MINYAK TRANS MINYAK DURJANA
9 Febuari 2017
PEMAKANAN ZAMAN MODEN DAN IMPLIKASINYA TERHADAP KESIHATAN
[BAB MINYAK] TIPU DAYA MINYAK ABAD KE-20 : MINYAK TRANS PART1
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berhati-hati dengan label makanan mengandungi minyak hidrogen!
Minyak Trans (Trans Fat) tiruan merupakan antara minyak makanan paling durjana di muka bumi ini. Minyak ini dihasilkan dengan menambahkan molekul hidrogen untuk menjadikan minyak sayuran.Minyak Trans biasa didapati di dalam makanan proses berikut:
1) Marjerin
2) Biskut dan kerepek.
3) Bertih jagung gelombang mikro
4) Makanan segera.
5) Kek, pastri dan pai
6) Coklat. dan bar snek.
7) Roti/ bun berkrim.
8) Sesetengah mentega kacang
9) Krimer kopi
10) Makanan segera bergoreng dan bakar (shortening)
Jenis makanan/Kandungan Minyak Trans per 100g
shortenings
10 to 33 g
margarine/spreads
0.2 to 26 g
butter
2 to 7 g
whole milk
0.07 to 0.1 g
breads/cake products
0.1 to 10 g
cookies and crackers
1 to 8 g
salty snacks
0 to 4 g
cake frostings and sweets
0.1 to 7 g
animal fat
0 to 5 g
ground beef
1 g
Sumber : Maria; Tarrago-Trani, Teresa; Phillips, Katherine M.; Lemar, Linda E.; Holden, Joanne M. (2006). "New and Existing Oils and Fats Used in Products with Reduced Trans-Fatty Acid Content". Journal of the American Dietetic Association. 106: 867–880.
Shortening mengungguli carta kandungan minyak trans. Shortening merupakan minyak sayuran terhidrogen yang membeku pada suhu bilik. Ia biasa digunakan dalam pembuatan pastri kerana memberikan hasil produk yang gebu, tahan bakar dan tahan lama. Hati-hati dengan makanan segera yang digoreng ya, ia banyak menggunakan shortening dalam bentuk cecair.
Sejarah minyak trans ini bermula awal 1900an ketika ahli kimia german Wilhelm Normann mendapati minyak sayuran atau minyak ikan boleh dirawat dengan menggunakan gas hidrogen menjadikannya pepejal atau separa pepejal. Kerana kelebihannya yang pelbagai dan lebih murah berbanding lemak haiwan seperti butter, minyak sayuran terhidrogen ini menjadi semakin popular. Sejak sekian lama minyak ini dicanangkan lebih selamat dan sihat berbanding lemak tepu. Walaupun kajian awal pada tahun 1970-1980an menunjukkan minyak trans ini meningkatkan risiko sakit jantung, reviu oleh Food and Drug Administration (FDA) malangnya merumuskan kajian keseluruhan minyak trans dan minyak terhidrogen ini tidak berbahaya.
Hanya sehingga tahun 1990an, semakin banyak kajian membuktikan bahaya minyak trans ini. Usaha tanpa jemu saintis yang ikhlas dalam menyedarkan masyarakat berhasil apabila minyak trans ini tidak lagi dikategorikan sebagai GRAS (generally recognised as safe). FDA telah memberi tempoh selama 3 tahun mulai tahun 2015 kepada pengusaha makanan sebelum minyak trans ini diharamkan sepenuhnya pada tahun 2018.
Bagaimanakah durjananya minyak trans ini membawa mudarat kepada umat manusia? Insha Allah saya akan uraikan pada artikel berikutnya...
Like dan Share jika bermanfaat