Ia bermaksud sistem pencernaan yang bocor, bukan berlubang ya. Usus atau perut berlubang merupakan kes kecemasan yang boleh membawa maut.
Sebaliknya ia bermaksud, kebocoran sangat halus (mikro) dan secara fungsinya.
Sistem pencernaan menjadi lebih telap. Lebih telap bermaksud membenarkan lebih banyak bahan asing masuk daripada rongga sistem pencernaan ke dalam sistem darah.
Benda asing yang tak sepatutnya menerobosi dinding lapisan usus:
Bahan makanan tak tercerna dengan baik.
Kuman pembawa penyakit daripada usus.
Bahan kimia dan toksik termasuk logam berat.
Sistem pencernaan boleh menjadi telap kerana beberapa sebab:
PUNCA DAN RISIKO LEAKY GUT.
Perubahan hormon: peningkatan kortisol disebabkan stres meningkatkan ketelapan usus.
Penyakit keradangan usus seperti Celiac, IBD dan IBS meningkatkan ketelapan usus.
Gangguan terhadap kuman usus dan persekitarannya meningkatkan ketelapan usus.
Sesetengah makanan meningkatkan ketelapan usus contohnya gluten, susu dan "getah" tumbuhan (nightshades).
Alahan terhadap makanan seperti Amines, FODMAPs, Salicylate dan Sulfite .
Pembiakan berlebihan kuman usus kecil (SIBO).
Kerosakan lapisan usus disebabkan penggunaan antibiotik dan ubat tahan sakit.
Pendedahan terhadap bahan kimia dan logam berat.
Pendedahan terhadap chemotherapy dan radiotherapy dos tinggi.
Mengandung.
APA YANG BERLAKU DI DALAM SINDROM LEAKY GUT.
Leaky gut merupakan kondisi di mana kerosakan lapisan sistem pencernaan menyebabkan KEBOCORAN : makanan tidak cerna, bahan sisa toksik dan kuman menerobosi lapisan usus dan menceroboh ke sistem darah seterusnya mencetuskan reaksi antibodi badan.
KEBOCORAN : Bahan asing menerobosi dinding usus yang "bocor" dan masuk ke sistem darah mencetus reaksi antibodi yang menyebabkan keradangan.
KESAN LEAKY GUT TERHADAP KESIHATAN
Benda asing seperti makanan tidak cerna, kuman dan sisa toksik menceroboh sistem darah seterusnya akan ke organ-organ badan seperti:
Hati
Otak
Jantung
Paru-paru
Buah pinggang
Pankreas
Tiroid
Kulit
Usus
......Serta mungkin ke seluruh sistem badan.
Tidak lama bermulanya pencerobohan, antibodi yang merupakan sistem pertahanan badan akan bertindak.
Dalam masa beberapa saat hingga beberapa hari, antibodi ini akan menyerang benda asing yang menceroboh dan berkeliaran di dalam darah dan organ .
"Peperangan" yang meletus antara antibodi dan benda asing ini menghasilkan KEROSAKAN menyebabkan kebakaran dalaman atau KERADANGAN.
Sekiranya "peperangan keradangan" ini meletus di pankreas contohnya, terjadilah kerosakan pankreas menyebabkan kencing manis jenis 1.
Sekiranya gabungan antibodi dan bendasing (antibody-antigen complex) ini meradang di kulit, maka terjadilah penyakit keradangan kulit iaitu EKZEMA.
Kaitan antara leaky gut (intestinal permeability) dengan ekzema dan alahan makanan sudah lama dikaji. Kajian di atas diterbitkan di jurnal terkemuka Lancet pada tahun 1981.
Bahan asing seperti makanan tak cerna, kuman dan bahan kimia menerobosi lapisan dinding pertahanan usus yang rosak masuk ke dalam sistem darah seterusnya terdampar di kulit. Imuniti badan mengesan "penceroboh asing" ini dan antibodi akan menyerang benda asing ini di kulit. Ini mencetuskan keradangan kulit iaitu ekzema.
Malah, antibodi juga boleh "menyerang" benda asing yang terdampar di lapisan usus, menyebabkan kerosakan. Contohnya alergi gluten boleh mencetus antibodi menyerang lapisan usus menyebabkan keradangan pada sesetengah orang. Penyakit ini dinamakan PENYAKIT CELIAC.
Kerosakan usus juga menyebabkan usus jadi lebih bocor dan telap. Semakin lama, keradangan dalam badan jadi semakin teruk dan sistem badan lain mungkin terkesan.
Pencerobohan benda asing juga menyebabkan badan mengecam penceroboh dan menghasilkan "askar" antibodi yang khusus untuk penceroboh itu. Contohnnya:
Kacang tidak tercerna yang masuk ke dalam badan melalui dinding usus yang rosak akan menyebabkan badan menghasilkan antibodi terhadap kacang. Kacang kemudiannya akan dikenali badan sebagai penceroboh yang akan mencetuskan reaksi serangan antibodi terhadap badan sendiri(autoimuniti) apabila dimakan. Maka kita akan mendapat alergi terhadap kacang!
TAHUKAH ANDA? Leaky gut juga dikaiktkan sebagai pencetus masalah alergi makanan dan alergi persekitaran.
Di dalam kajian saintifik, antara penyakit yang dikaitkan dengan masalah leaky gut ialah:
Kerosakan Selaput Saraf - Multiple Sclerosis.
Kencing Manis - Diabetes type 1.
Radang Sendi Kecil - Rheumatoid arthritis.
Keradangan Tiroid - Autoimmune Thyroiditis.
Kerosakan Usus Disebabkan Alergi Gluten - Celiac Disease
Semakin banyak kajian mengaitkan sindrom leaky gut dengan gangguan terhadap pelbagai sistem badan