Bagus ke buat test alergi ni? Tepat? Perlu patuh dan pantang sepenuhnya mengikut kepada keputusan alergi? Ramai betul yang salah faham fungsi ujian alergi. Sehingga ada yang sanggup habis beribu ringgit kerana merasakan ujian ini adalah paling penting untuk pulih. Ujian alergi ini sebenarnya bukannya panduan muktamad. Ia hanya panduan kepada perawat dalam mengenal pasti bahan yang mencetus alergi kita. Perawat perlu bertanyakan sejarah dan mungkin membuat pemeriksaan lanjut untuk mengesahkan alahan atau alergi tersebut. Iya, maknanya kebanyakan waktu ujian ini adalah tidak tepat! Ujian darah dan ujian cucuk untuk mengenal pasti bahan penyebab alergi ada banyak kelemahannya. Ujian darah mempunyai risiko terdedah dengan pencemaran alergen di persekitaran. Ujian darah juga mempunyai julat perbezaan keputusan yang sangat tinggi mengikut teknik makmal yang menilai. Ujian cucuk kulit pula adalah tidak tepat kerana hanya mengukur respon alergi serta merta pada waktu itu. Respon alergi makanan selalunya berlaku dalam tempoh 48-72jam maka keputusan selalunya adalah negatif yang salah. Kedua-dua ujian ini juga memerlukan respon antibodi badan kita terhadap IgE. Perlu diketahui umum, kebanyakan alahan adalah bukan disebabkan alergi hakiki tetapi adalah alahan ataupun alergi tiruan! (pseudoallergy). Alergi tiruan ini tidak memerlukan reaksi antibodi, maka kedua ujian cucuk kulit atau ujian darah tidak dapat mengesan pencetus alahan. Respon alahan daripada alergi tiruan ini ini mungkin disebabkan oleh pemakananan seperti histamin, salicylate, benzoate, dan sebagainya. Ia adalah alahan makanan yang biasa di dalam pesakit yang mempunyai alahan seperti ekzema, resdung, asma dan alahan makanan. Maka jangan hairan jika kita alah macam-macam tapi keputusan ujian alahan darah kita negatif kepada semua alergen! Tidak kurang juga yang alergi kepada semua jenis bahan menurut ujian darah tetapi pada hakikatnya tiada respon alahan apabila mengambil bahan itu. Terlalu bergantung kepada ujian alahan adalah bahaya kerana kita boleh kekurangan zat sekiranya pantang sesetengah zat penting badan kerana mengikutkan ujian alahan. Maka tiadakah ujian yang lebih tepat? Saintis dan pakar alergi sedunia sependapat bahawa ujian yang merupakan "gold standard" bagi mengenalpasti alergi ialah "double blind placebo controlled food challenge" (DBPCFC) atau bahasa mudahnya diari pemakanan. Dengan mengenalpasti makanan yang alah, kita boleh menjalani diet eliminasi buat beberapa ketika untuk mengurangkan risiko mencetuskan reaksi alahan. Diet eliminasi bagaimana pun tidak boleh dilakukan terlalu lama kerana badan akan jadi lebih sensitif terhadap bahan yang kita pantang sekiranya terlalu lama. Apabila badan sudah tidak lagi sensitif, makanan yang kita alah perlulah diperkenalkan secara sedikit demi sedikit bagi menjadikan badan kita lebih toleran dan mengelakkan reaksi tercetus kembali alahan.
Kesimpulannya, tiada satu pun ujian alahan paling tepat di dunia ini yang patut kita letakkan sepenuhnya kepercayaan. Dapatkan panduan daripada perawat kesihatan kita dan amalkan diari pemakanan dengan betul. Semoga dengan izin Allah, alahan akan berkurang, dikawal dan tidak mustahil juga pulih sepenuhnya. Saban tahun saya berkongsi mengenai krisis awal penyakit ekzema di bulan ramadhan. Ramai tidak menjangkakan krisis ini maka tidak bersedia menghadapi berpuasa di bulan ramadhan. Dalam beberapa hari berpuasa, ruam baru timbul dan ruam sedia ada menjadi merah dan lebih gatal berbanding biasa. Ramai jadi keliru dan menyalahkan pemakanan dan persekitaran yang menerukkan ruam ekzema. Semoga artikel ini memberi manfaat dan memudahkan urusan berpuasa di bulan ramadhan insha Allah. mengapa ekzema jadi teruk di awal ramadhan.Apakah bahan kimia paling utama di dalam badan kita yang menyebabkan kegatalan? Jawapannya ialah HISTAMIN. Histamin merupakan bahan kimia saraf yang paling utama menyebabkan kegatalan. Menurut WEBMD.com, apabila badan dalam keadaan stres, hormon dan bahan kimia termasuk histamin akan dihasilkan. Peningkatan bahan kimia saraf histamin ini pada kulit akan menyebabkan:
Selain daripada itu, histamin juga mungkin menerukkan masalah lain seperti:
mengapa stres di awal puasa? |
Enzim DAO merupakan pengurai histamin yang banyak terletak di lapisan salur pencernaan. |
- Apabila enzim ini pulih, insha Allah makanan tinggi histamin seperti ikan-ikan "gatal" ini tidak lagi menyebabkan keradangan dan alah.
- Maka, pulihkan usus demi pemulihan alahan histamin ini!
#pulihususpulihekzema
#pulihususpulihGERD
#pulihususpulihpenyakit
Artikel oleh:
Hafiz Sulaiman
Pengamal Pemakanan Functional
Ramai sangka jika sesuatu makanan itu baik dan berkhasiat, ia sesuai untuk semua orang.
"Tidak semestinya."
Ramai tidak tahu kebanyakan zat antioksida jika diambil dalam kuantiti yang tinggi akan menjadi pro-oksida..iaitu kesan yang berlawanan dengan antioksida.
Malah, antioksida di dalam kebanyakan makanan sunnah di atas mengandungi kedua antioksida dan prooksida.
Di dalam kajian saintifik, makanan ini dipanggil SERAMPANG DUA MATA.
"Makananan sunnah merupakan makanan yang unik kerana merupakan makanan "serampang dua mata". Di samping mengurangkan stres dalaman kerana ciri antioksida, ia juga mempunyai ciri prooksida di dalam situasi tertentu.
Contohnya :
1) Madu : Mengandungi zat polyphenol termasuk antioksida quercetin yang membantu mengurangkan histamin.
Namun pada masa yang sama, hampir semua madu mengandungi peroxide yang mungkin meningkatkan stres dalaman.
2) Minyak habbatussauda : Mengandungi thymoquinone yang merupakan antioksida kuat. Pada masa yang sama, habbatussauda juga mempunyai ciri menjana radikal bebas peroxide.
3) Minyak zaitun : Mengandungi antioksida kuat seperti hydroxytyrosol dan penstabil histamin iaitu luteolin. Minyak zaitun juga meningkatkan stres dalaman dengan menjana radikal bebas peroxide.
Antioksida (REDuction agent) = mengurangkan radikal bebas maka mengurangkan stres dalaman.
Prooksida (OXidative agent)= meningkatkan radikal bebas yang meningkatkan stres dalaman.
Maka adakah stres daripada radikal bebas ini bahaya?
Ya, mungkin. Jika badan sudah terlalu tinggi stres dalaman (radikal bebas) ini.

DOS sesuatu bahan makanan itu penting.
Di dalam kes ini juga, kita mahu memastikan keseimbangan
stres dalaman di dalam badan kita.
Keseimbangan ini dipanggil KESEIMBANGAN REDOX
iaitu keseimbangan antioksida (REDuction) dan prooksida (OXidation)
Jika stres terlampau kurang kerana terlalu banyak antioksida,
- Badan akan lemau dan lemah.
Jika stres pada pada optimum iaitu EUSTRES,
- Prestasi badan akan meningkat.
Jika berlebihan stres dalaman, badan akan mengalami DISTRES,
- Prestasi akan mulai menurun dan badan akan mulai alami kesan negatif stres.
Jika berlebihan stres terlalu lama, badan akan mengalamai BURNOUT
- Kegagalan fungsi dan organ badan akan berlaku.

BERLEBIHAN STRES MENYEBABKAN KEGAGALAN FUNGSI:
1) Pesakit ekzema : kegagalan kulit jika terlampau tinggi stres dan sensitif:
- Gagal melindungi daripada perubahan suhu. Panas,sejuk.
- Menjadi terlebih sensitif gatal dan mudah radang.
- Kulit tidak mampu lagi menjadi benteng menahan daripada jangkitan kuman masuk melalui kulit.
- Penumbuhan kulit jadi terganggu. Apabila stres dan radang kulit tinggi, sel baru kulit dihasilkan dengan cepat tetapi "cacat". Kulit baru itu kering, gugur dan mungkin membentuk ketumbuhan.
2) Pesakit GERD : Peningkatan histamin akan berlaku disebabkan stres dalaman meningkat mengakibatkan:
- Asid perut naik menyebabkan loya, sebu dan sakit ulu hati.
- Salur pernafasan menjadi aktif dan sempit menyebabkan sesak nafas.
- Salur pemakanan esofagus menjadi sensitif menyebabkan rasa tercekik.
- Tekak mungkin menjadi perit dan bengkak.
- Badan mungkin jadi panas kerana keradangan seluruh badan.
- Keradangan di perut dan usus akan mengakibatkan keradangan di otak serta gangguan kepada mental.
Pesakit yang mengalami masalah kronik seperti ekzema dan GERD ini lazimnya mempunyai kadar stres dalaman yang lebih tinggi berbanding mereka yang sihat.
LANGKAH 1
Maka adalah wajar mengambil langkah mengurangkan dahulu stres dalaman terlebih dahulu sebelum menambah apa-apa makanan yang mungkin meningkatkan stres dalaman. Langkah awal dicapai dengan:
- Mengambil nutrisi antioksida yang mengurangkan stres dalaman.
- Mengelakkan stres pemakanan
- Minimakan pendedahan terhadap stres persekitaran.
LANGKAH 2
Meningkatkan stres dalaman secara perlahan secara berkala akan meningkatkan adaptasi badan. Ini menjadikan badan lebih kuat.
- Ambil makanan dan lakukan aktiviti meningkatkan stres secara berkala.
- Jika simtom timbul, rehatkan makanan atau aktiviti tersebut. Ulang langkah 1.
- Lakukan percubaan kemudiannya apabila badan lebih bersedia.
Badan manusia ini adalah sesuatu yang sangat kompleks tetapi secara fitrahnya berada di dalam keseimbangan. Ma sha Allah.
Segala sesuatu yang kita makan atau lakukan mungkin boleh mengubah malah mengganggu keseimbangan ini jika badan tidak mampu lagi menahan stres dari luar ini.
Segala sesuatu yang kita makan atau lakukan mungkin boleh mengubah malah mengganggu keseimbangan ini jika badan tidak mampu lagi menahan stres dari luar ini.
Maka menjadi tanggungjawab kita makan makanan yang toyyib, iaitu baik untuk diri kita. Ingat, makanan yang baik untuk kita mungkin mendatangkan mudarat untuk orang lain.
Amalkan pemakanan dengan ilmu dan belajar mendengar suara badan kita.
Amalkan pemakanan dengan ilmu dan belajar mendengar suara badan kita.
Apa yang jelas adalah sunnah ialah makan makanan yang halal dan toyyib.
Serta tidak mengikuti langkah syaitan:
1) Sunnah adalah tidak makan berlebihan.
2) Sunnah adalah tidak makan mengikut hawa nafsu dengan mengambil makanan memudaratkan badan.
3) Sunnah adalah tidak menjadi ketagih terhadap sesuatu makanan..kerana sesungguhnya ketagihan itu membawa kemudaratan.
Semoga aktiviti makan kita dikira sebagai ibadah insha Allah.
Bila gatal, apa yang awal-awal sekali biasanya orang buat? Tentulah ambil ubat gatal bukan?
Ubat gatal ini ialah anti-histamin. Ia menyekat aktiviti histamin badan.
Apa itu histamin?
Histamin merupakan agen saraf badan yang berfungsi memberi pelbagai signal kepada badan.
Antara fungsi paling penting histamin ialah menyebabkan keradangan iaitu:
- Bengkak
- Sakit (atau gatal)
- Merah
- Panas
- Hilang fungsi.
Mengapa pentingnya keradangan ini?
Keradangan penting bagi memberi signal kepada badan. Kita akan terus memegang kuali yang panas jika tiada histamin yang memberi rasa sakit.

Jika tiada histamin, tulang kaki yang patah tidak akan bercantum. Jika tiada aktiviti histamin, tangan yang tergores dengan pisau tidak akan sembuh:
- Histamin memanggil agen pembekuan darah untuk memberhentikan darah yang mengalir
- Histamin juga mengaktifkan stem sel untuk bersalin sel-sel baru yang menutup kulit yang berlubang.
- Histamin meransang sistem pertahanan badan seperti antibodi untuk menyerang benda asing yang cuba menceroboh badan melalui luka terdedah seperti kuman dan habuk.
Apabila terlalu banyak bahan histamin ini dihasilkan di satu-satu kawasan, kawasan itu menjadi radang dan gatal. Maka antihistamin diambil untuk mengurangkan kegatalan ini.
Namun, terdapat teori mengatakan histamin badan boleh menjadi terlalu banyak dan menyebabkan keradangan di seluruh badan.
Histamin badan jadi berlebihan kerana antihistamin semulajadi di dalam badan kita iaitu enzim DAO kurang daripada yang sepatutnya.
Enzim DAO ini terletak paling banyak di lapisan sistem pencernaan (perut dan usus). Ia jadi kurang kerana berlaku kerosakan kepada lapisan usus.
Maka kaedah untuk mengurangkan kegatalan yang paling utama ialah memulihkan lapisan sistem pencernaan yang mengandungi enzim pengurai histamin ini.
Kaedah ini adalah lebih fitrah kerana pemulihan usus ini mengembalikan antihistamin semulajadi badan kita yang akan mengurangkan kegatalan dan bengkak ekzema secara lebih kekal. Insha Allah.
Kaedah ini adalah lebih fitrah kerana pemulihan usus ini mengembalikan antihistamin semulajadi badan kita yang akan mengurangkan kegatalan dan bengkak ekzema secara lebih kekal. Insha Allah.
Adakah histamin ini bahaya kepada badan? Tidak! Histamin merupakan bahan kimia saraf penting yang melindungi dan memulihkan badan apabila berada di dalam keadaan seimbang. Antara fungsi utamanya di dalam badan ialah:
1. MENYINGKIRKAN PUNCA ALERGI
Histamin sebenarnya merupakan sebahagian daripada imuniti badan yang berfungsi "menyingkirkan" bahan asing seperti pencetus alergi (trigger).
Contohnya,
PARU-PARU
Kita mula batuk apabila terhidu asap atau habuk kerana fungsi histamin
HIDUNG
Begitu juga kawasan hidung, histamin yang diransang oleh stres di kawasan hidung akan menyebabkan perembesan lendir hingus, salur dan turbin hidung menjadi bengkak dan sempit dan sensitif. Kita akan bersin dan menjauhi alergen itu kerana reaksi ini.
Cuma yang jadi masalah ialah sekiranya respon histamin itu berlebihan, badan jadi sensitif.

- Menyebabkan salur pernafasan menjadi sempit
- Merembeskan lebih banyak lendir mukus untuk memerangkap habuk dan asap.
- Menyebabkan salur pernafasan menjadi bengkak supaya pengaliran darah menjadi lebih banyak dan imuniti kawasan itu menjadi lebih tinggi untuk pemulihan dan penyingkiran kuman.
HIDUNG
Begitu juga kawasan hidung, histamin yang diransang oleh stres di kawasan hidung akan menyebabkan perembesan lendir hingus, salur dan turbin hidung menjadi bengkak dan sempit dan sensitif. Kita akan bersin dan menjauhi alergen itu kerana reaksi ini.
Cuma yang jadi masalah ialah sekiranya respon histamin itu berlebihan, badan jadi sensitif.
2. MEMULAKAN AKTIVITI PENYEMBUHAN BADAN.
Histamin juga merupakan komponen penting yang memberi arahan untuk pemulihan.
Histamin juga merupakan komponen penting yang memberi arahan untuk pemulihan.
Dah selalu sangat makan ubat tapi gatal tak kurang?
Makin teruk menggaru?
Penawar kepada ruam, gatal dan keradangan mungkin berada di lapisan sistem pencernaan badan kita.
Enzim DAO merupakan antihistamin semulajadi yang banyak berpusat di lapisan sistem pencernaan badan manusia. Fungsinya ialah menguraikan histamin yang merupakan punca keradangan seperti gatal, Merah, sakit, panas dan bengkak.

Enzim DAO berfungsi menguraikan histamin yang menyebabkan kegatalan dan ruam bengkak.
Apabila lapisan sistem pencernaan kita rosak, enzim yang menguraikan histamin ini menjadi kurang. Maka histamin berkumpul di dalam badan.
Semakin tinggi histamin di dalam badan, kita jadi makin sensitif dan badan cepat radang.. termasuk radang di kulit iaitu ekzema.
Maka kaedah paling masuk akal ialah memulihkan kesihatan lapisan sistem pencernaan untuk memulihkan enzim yang menawarkan penyakit ekzema ini.
Semoga dengan mengembalikan enzim DAO ini, ekzema semakin pulih insha Allah.

PEMULIHAN SECARA SEMULAJADI
Perawatan ekzema dan alahan makanan menggunakan kaedah functional dan perubatan pemakanan.