Berpuasa di bulan ramadhan menyebabkan perubahan mendadak terhadap fisiologi badan. Perut yang sudah biasa dengan pengambilan makanan sekurangnya 3 kali sehari kali ini kosong pada waktu siangnya. Badan mengalami stres kerana pemecahan lemak di dalam badan. Maka penting untuk kita mengurangkan stres di dalam pemakanan juga kerana akibat stres berlebihan ini menyebabkan keradanganyang merosakkan kesihatan badan.
Malah mengurangkan stres dalaman adalah amat penting ketika berpuasa untuk membantu pemulihan organ-organ dan tisu badan yang rosak. elakkan 5 pemakanan yang meningkatkan stres dalaman ini.Stres bukan sahaja di hasilkan melalui gangguan emosi. Pemakanan juga menyebabkan peningkatan stres dalaman badan. Minimakan 5 jenis pemakanan ini untuk mengurangkan stres dalaman yang merosakkan kesihatan badan. 1. Makanan Bergula dan Manis. Pengambilan gula yang berlebihan meningkatkan stres dalaman. Pengambilan gula juga meningkatkan hormon insulin di dalam badan yang berfungi menyimpan lemak badan. Kita susah kurus walaupun berpuasa. Juadah berbuka puasa zaman moden 2. Makanan Tinggi Proses Makanan proses mengandungi pelbagai bahan sintetik seperti pengawet, pewarna, pengemulsi, penstabil dan perisa yang boleh meningkatkan stres dalaman. Makanan proses mengandungi pelbagai bahan yang boleh meningkatkan stres dalaman badan seseorang. 3. Lemak Trans Lemak trans atau trans fat ini sangat biasa didapati di dalam makanan proses termasuk marjerin, shortening, pastri, makanan segera dan dalam pek. Lemak trans ini meningkatkan stres dan keradangan dengan menyingkirkan lemak bermanfaat setiap sel di dalam badan kita iaitu lemak omega3 dan omega6. Hasilnya ialah kerosakan sel yang sangat teruk. Lemak trans ialah lemak utama penyebab penyakit jantung dan dikaitkan dengan kanser. 4. Makanan Alahan. Jika kita ada alahan, makanan yang sihat pun boleh meningkatkan stres dalaman. Makanan tinggi histamin terutamanya boleh menyebabkan kegatalan, keradangan, sesak nafas, refluks makanan dan kembung serta cirit birit. Maka elakkan makanan tinggi histamin buat sementara waktu ketika badan kita dalam keadaan stres. Makanan ini biasanya terdiri daripada makanan peram seperti yogurt, budu, belacan serta buah-buahan seperti betik dan pisang. Makanan histamin perlu dielakkan ketika stres dan radang bagi mereka yang mempunyai isu alahan. 5. Makanan merosakkan sistem pencernaan Hormon kortisol yang tinggi secara berpanjangan boleh menyebabkan "kebocoran usus" @ leaky gut yang meningkatkan stres dan keradangan badan. Makanan seperti gluten dan lectin bukan sahaja susah dicerna, ia merosakkan lapisan dinding pertahanan usus dan masuk ke dalam badan menyebabkan peningkatan stres dalaman. Jika ada masalah penghadaman, elakkan makanan ini sewaktu bulan ramadhan. Mengurangkan stres kronik ialah strategi yang sangat baik untuk memulihkan kesihatan badan. Pemakanan yang meningkatkan stres harus diambil secara minima atau dielakkan buat sementara waktu untuk mengelakkan kerosakan akibat peningkatan stres dalaman. Diharapkan artikel ini membantu mengurangkan derita pesakit yang tinggi stres badannya. Semoga puasa kita dipermudahkan dan mendapat keberkatan insha Allah. |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|