KORTISOL : Hormon yang dirembeskan kelenjar adrenal (atas buah pinggang) ini lebih dikenali sebagai hormone “stress”. Ia sebenarnya ialah sejenis HORMON STEROID. Fungsi utamanya ialah untuk mengurangkan stress dan keradangan. Ia juga berfungsi dalam metabolisma makanan karbohidrat (jadi parasnya meningkat sekejap lepas makan karbohidrat). Ia juga meningkatkan kesedaran dan fokus. Perembesannya dikawal oleh PAKSI HPA (Hypothalamus-Pituitary-Adrenal Axis) di otak.
MELATONIN: Merupakan hormon “tidur” yang dirembeskan kelenjar pineal di otak. Penghasilan melatonin berkurangan dengan ransangan cahaya terutama lampu dengan wavelength BIRU (LED kebiasaanya). Antara fungsi lain melatonin ialah antioksida, mengawal system imuniti (immunomodulatory), anti”stress” dan antiradang. ------------------------------------------------------------------------------------- AKTIVITI TIDUR DAN SEDAR DIKAWAL KEDUA HORMON INI ------------------------------------------------------------------------------------- Kebiasaannya, pada waktu pagi kortisol akan meningkat selepas melatonin berkurangan kerana ransangan cahaya matahari pagi yang menerobosi tingkap dan menerangi pagi anda. Badan akan “sedar” dan cergas kerana kortisol. Saya galakkan mandi sejuk atau bersenam untuk meningkatkan stress awal pagi bagi orang normal. Maka apabila hormon STEROID ini tinggi, keradangan eczema, lelah dan resdung akan kurang. Tapi orang resdung dan lelah mungkin trigger simtom kerana ransangan suhu. Lain cerita. Jika anda menggeliat dan susah bangun pagi, anda mungkin mengalami "KEPENATAN" ADRENAL. Terma yang lebih betul ialah sebenarnya gangguan paksi HPA. saya akan cerita secara ringkas dalam artikel yang lain. Sangat penting dan ramai yang ada masalah ini terutama ibu dan anak eczema. Hormon kortisol memuncak di waktu pagi terutama selepas makan dan naik turun sepanjang hari. Bila malam menjelma, melatonin akan meningkat. Mata mula berat dan kesedaran jadi berkurangan kerana paras kortisol berkurangan dan melatonin menyebabkan mabuk nak tidur. Antara sebab utama kegatalan dan keradangan waktu malam: -------------------------------------------------------------------------------- 1) Melatonin bukan antiradang kuat seperti kortisol. Kegatalan memuncak kerana paras kortisol paling rendah ketika melatonin memuncak (pukul 10pm-2am). Melatonin lebih kepada immunomodulatory (untuk imuniti yang baik, perlu cukup tidur). Melatonin sangat berkesan mengurangkan stress. Jika paras melatonin baik, anda akan bangun pagi dengan sangat bersemangat dan positif! 2) Sunyi dan tiada ransangan dan aktiviti – iaitu stress maka menggaru menjadi fokus. 3) Menggaru meningkatkan histamin dan menyebabkan kegatalan dan STRESS. Menggaru menyebabkan kegatalan kerana histamin tetapi juga mengurangkan kegatalan dengan peningkatan kortisol (hormon steroid ini). Ha ha ha ha..sape tak pening angkat tangan saya bagi tabik. Sebab tu bila menggaru dah susah tidur lah. Perasan tak anak eczema, lelah, resdung ni suka tidur lewat, bangun pun lewat? 4) Jika adrenal anda tidak mengeluarkan kortisol kerana kepenatan, kitaran akan terganggu dan anda akan gatal dan meradang sepanjang hari siang dan malam. Bila pagi mula menjelma, paras kortisol akan mula meningkat dan melatonin akan berkurangan.menyebabkan kesedaran anda meningkat. Gatal pun akan berkurangan. Apakah yang paling penting anda pelajari dari kitaran KORTISOL ini? Pada pendapat saya yang paling penting untuk anda fahami ialah peningkatan kortisol secara berterusan (kronik) tinggi parasnya akan menyebabkan ransangan paksi HPA. Apabila hormon stress dirembeskan secara berlebihan di dalam badan, paksi ini yang berpusat di otak akan menghantar signal kepada kelenjar adrenal supaya berhenti menghasilkan kortisol(negative feedback inhibition). Ia merupakan cara badan untuk mengekalkan keseimbangan. Jika paksi ini terganggu, anda bukan sahaja mendapat kesan sampingan hormone kortisol yang terlampau tinggi ataupun rendah, tetapi juga mengganggu fungsi hormon melatonin. Peningkatan stress secara berterusan akan bertindak sama seperti penggunaan STEROID yang sering ditakuti kerana kesan sampingannya. TSW ialah kesan daripada gangguan pada paksi HPA. Maka tanganilah stress sebelum memulakan rawatan yang lain. Stress merupakan TOKSIN EMOSI yang seperti toksin lainnya, perlu ditangani sebelum memulakan rawatan. Kesimpulannya, Stress berpanjangan perlu ditangani supaya pemulihan badan akan mengambil alih. Dapatkan bantuan sekiranya anda tidak mampu menangani stress. Nutrisi yang baik dan suplemen seperti herba adaptogenik dan sokongan adrenal berpotensi merawat permasalahan ini. Untuk rujukan lebih terperinci berkenaan kepenatan adrenal, sila rujuk artikel rakan seperjuangan saya Dr Norhaslinda dari PERDIM. Semoga bermanfaat. Wassalamualaikum. Ikhlas, Hafiz Sulaiman -Pejuang Kesihatan- |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|