Pengenalan Stem sel merupakan sel induk yang mampu bertukar (differentiate) kepada sel-sel yang pelbagai di dalam badan kita. Stem sel ada di mana-mana sahaja di dalam badan kita (ubiquitous). Sel kulit, rambut, kuku, otot dan sel pada organ-organ dan sebagainya semuanya mempunyai stem sel masing-masing. Stem sel perlu untuk memperbaharui sel-sel yang mati setiap hari. Kemampuan bertukar diukur melalui kebolehupayaan atau potensi stem sel tersebut. Antaranya:
2. Pluripoten (Sel Embrio) - Mampu berubah kepada semua sel embrionik germ line : ektodem, mesoderm dan endoderm. 3. Multipoten ( Stem sel dewasa, Stem sel tali pusat) - Kebolehupayaan untuk berubah terhad. 4. Unipoten ( Stem sel darah) - Hanya berubah kepada satu jenis keturunan sel sahaja. Aplikasi Perubatan Stem Sel mampu menggantikan tisu yang rosak dengan yang baru. Stem sel darah seperti platelet rich plasma (PRP) dengan potensi unipoten menjana salur darah baru bagi membolehkan faktor tumbesaran (growth factor), antioksida,nutrisi penting sampai ke kawasan yang rosak. Beberapa faktor memainkan peranan dalam penggantian sel. Antaranya: Terdapat banyak potensi bidang regeneratif yang masih di tahap bayi dalam dunia perubatan moden. Terdapat banyak kajian-kajian baru yang mengkaji potensi penyembuhan bagi penyakit-penyakit kronik antaranya: Kecederaan Saraf Tunjang Multiple sclerosis Nyanyuk (Alzheimer) Parkinson’s disease Masalah-masalah Ortopedik : sendi, tulang, otot dll. Kegagalan fungsi organ seperti pancreas, buah pinggang, hati, paru-paru dll. Rawatan kulit : Ekzema, psoriasis dll. Bidang kecantikan : Mengurangkan kedutan, mengembalikan seri wajah, mengisi rongga cekung (volumisation) dll. Pendek kata banyak masalah kesihatan mempunyai potensi rawatan menggunakan terapi sel ini terutamanya melalui transplan menggunakan stem sel badan sendiri (autologous) yang mana risikonya kurang dan diterima lebih baik oleh badan sendiri.Tidak mustahil tidak lama lagi kita mampu menjana kembali organ yang rosak! Isu dan Kontroversi Stem Sel Namun begitu terdapat banyak juga kontroversi penggunaan terapi sel ini antaranya: Produk scam
Dakwaan kesihatan yang berlebihan
Prosedur rawatan dan persekitaran kondusif dan selamat
Stem sel penyebab kanser
Kesimpulannya terapi regeneratif mempunya potensi yang sangat besar dalam perawatan pesakit yang gagal dalam rawatan konvensional terutamanya dalam rawatan penyakit-penyakit kronik. Ia membuka lembaran baru dalam mendalami bidang-bidang lain seperti nutrigenomik, epigenetic dan juga pengkulturan sel. Namun begitu, aplikasi terapi regeneratif perlu diteliti secara mendalam dan mendapat nasihat doktor perubatan bertauliah yang pakar dalam bidang ini bagi mengelakkan terjadinya kejadian yang tidak diingini akibat komplikasi terapi ini. |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|