![]()
Saya teringat 6 tahun lepas ketika di klinik kesihatan, seringkali pakcik makcik kategori warga emas tergelak kecil atau tersengih apabila saya menyarankan mereka bersenam angkat berat.
" Dah berumur takkan nak angkat berat doktor". " Umur kami ni berkebun, berjalan-jalan sekitar taman sesuai la doktor. Nak angkat besi dah tak larat lah doktor". " Saya tak minat nak bina badan doktor". Rasanya ramai yang keliru beza aktiviti harian, gaya hidup aktif dan bersenam. Tak kurang juga yang merasakan senaman angkat berat ini untuk mereka yang nak bina badan lawa-lawa saja hehe. Pada pendapat saya, semakin tua..semakin perlu seseorang itu senaman jenis angkat berat untuk mencegah SARKOPENIA.
SARKOPENIA : KEHILANGAN OTOT
Sarkopenia merupakan KEHILANGAN OTOT yang biasanya disebabkan oleh penuaan. Sarkopenia berpunca daripada pelbagai faktor. Ia dikaitkan dengan: - Peningkatan keradangan. - Perubahan molekul dikaitkan penuaan. - Kekurangan aktiviti dan nutrisi - Berkurangnya saraf motor (pergerakan). - Perubahan hormon. * Growth Hormone * Testosteron * IGF . IMPLIKASI SARKOPENIA 1) Meningkatkan risiko jatuh dan cedera. 2) Mengurangkan metabolisma badan. 3) Meningkatkan rintangan insulin. (Maka gula darah jadi kurang terkawal). 4) Lebih cenderung jadi obes terutama bahagian perut (disebabkan rintangan insulin). 5) Keupayaan melakukan aktiviti harian berkurang. 6) Lemah dan lembik bahagian bawah (kesannya: Susah bangkit dari kerusi atau susah naik tangga) 7) Hilang kualiti kehidupan dan memerlukan pergantungan dan bantuan orang lain. 8) Tidak tahan dan sensitif suhu sejuk @ panas. 9) Mengurangkan KEKUATAN dan KETUMPATAN tulang maka lebih berisiko kepatahan tulang. 10) Pergerakan berjalan menjadi lembab dan terhuyung. . Bersenam terutamanya senaman rintangan (angkat berat) terbukti mencegah malah menterbalikkan progres sarkopenia dengan : - Meningkatkan penghasilan protein badan. - Meningkatkan isipadu otot badan. - Membesarkan tisu otot. - Mencegah kadar "pencairan" otot. - Meningkatkan kekuatan badan. - Meningkatkan stabiliti (mengurangkan gigil) - Meningkatkan ketepatan (accuracy) pergerakan. . Maka ambillah langkah mencegah sarkopenia demi kesihatan yang lebih baik. Saya sendiri mahu mencontohi ayahanda saya yang masih angkat besi dan melakukan senaman HIIT pada usia 66 tahun. . Mulakan dengan perlahan dan berhati-hati. Sebaiknya pada peringkat awal diawasi dan di pantau oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang ini. Tidak pernah terlambat bagi warga emas untuk angkat berat dan mendapat manfaat darinya insha Allah :) . Suplemen? Sudah tentu banyak membantu! Nanti saya kupas nutrisi yang penting dan juga apa kegemaran kami anak beranak ?. Suplemen perlu kerana semakin tua penyerapan makanan pun sudah jadi berkurangan. Toksin pun semakin banyak dan bateri sel badan (mitokondria) juga semakin berkurangan. Ikhtiar lah selagi mampu. . Semoga bermanfaat :) . . Ikhlas, Hafiz Sulaiman -Pejuang Kesihatan- VIDEO SARKOPENIA https://player.vimeo.com/video/167868429 |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|