5 Sebab Mengapa 2 Keping Roti Menyukarkan Pelan Diet Anda Berbanding Nasi Lemak Dan Telur Sebagai Sarapan.
*Sebab Pertama Roti mempunyai Glycaemic Index (GI) dan glycaemic load (GL) yang lebih tinggi berbanding nasi per gram. Di bawah saya sertakan kajian GI untuk roti-roti yang terdapat di Malaysia. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/18785052 Bermakna roti lebih cepat diserap dan lebih tinggi kandungan gula yg diserap. Ini ialah hasil pemprosesan roti yang dihasilkan dari tepung yg diperhalusi. Ini ialah kelebihan nasi yang mempunyai lebih serat yg mengurangkan penyerapan gula ke dalam darah.
Kajian di sebuah universiti di Sepanyol menunjukkan peningkatan risiko obes sebanyak 40% dengan memakan 3-4 keping roti putih sehari.
**fakta menarik. Roti putih dan roti wholemeal tergolong dalam makanan tinggi GI dalam 85-100 manakala whole grain dan sourdough tergolong dalam GI pertengahan 50-55 Glycaemic index antara yang terendah jatuh pada ROTI BARLI iaitu lebih kurang 25- 30 sahaja. Di dalam Hadith Rasulullah S.A.W. mengamalkan roti barli tetapi tidak setiap hari juga. Roti barli juga tinggi nutrisi dan antioksida berbanding roti-roti yang lain *Sebab Kedua Roti menyebabkan ketagihan disebabkan gula diperhalusi (refined) dan juga HFCS. Pengambilan gula terutamanya HFCS memberi imej "memori seronok" pada sistem ganjaran pada otak. Pengambilan karbohidrat diperhalusi juga menyebabkan masalah "withdrawal" yang teruk seperti kegelisahan dan "perasaan hypoglycaemia". Akibatnya anda sukar berpisah dengan roti. *Sebab Ketiga Roti tak mengenyangkan berbanding nasi. Ini kerana roti diperhalusi lebih cepat diserap ke dalam darah berbanding nasi..apatah nasi berlemak seperti nasi lemak. Sarapan lemak seperti telur lebih mengenyangkan dan tahan lama. Telur juga mengandungi antioksida yang mengurangkan stress. * Sebab Keempat Gula Terutamanya gula fruktosa menyebabkan rintangan leptin (hormon leptin tiggi tapi tidak sensitif). Hormon leptin merupakan hormon kekenyangan yang memberi signal "kenyang" selepas makan. Pengambilan makanan tinggi lemak untuk jangka masa panjang menurut kajian, meningkatkan paras hormon leptin. Kesimpulannya: makan roti otak cakap tak kenyang pun. * Sebab Kelima Roti mengandungi Gluten penyebab keradangan. Ramai yang mempunyai masalah menghadamkan gluten. Gluten merupakan antara penyebab utama keradangan, kerosakan usus dan masalah autoimun. Keradangan pula menyulitkan proses mengurangkan berat badan. Emosi menjadi tidak stabil dan badan menjadi stress. Antara kepantangan utama dalam mencapai kesihatan optimum ialah roti dan biskut yang diperhalusi dan banyak prosesnya. Amalkan makanan kurang gula dan elakkan karbohidrat diperhalusi. Lebihkan lemak dan minyak yang sihat. Makan protein secukupnya dan ambil sayuran hijau sebanyak yang mungkin. Badan anda kan berterima kasih pada anda. Sebagai ganjarannya, badan akan membalas dengan memberi berat badan ideal yang anda impikan..walaupun tanpa sebarang senaman. |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|