Susu dan yogurt rendah lemak sentiasa menjadi pilihan ramai yang ingin lebih sihat dan kurus. Dakyah "rendah lemak" ini digunakan untuk mengaut keuntungan yang lebih kepada pengeluar . Produk rendah lemak ini dihasilkan dengan membuang krim yang terhasil pada bahagian atas susu. Maka bergembiralah industri susu kerana sebelum ini susu yang dibuang lemak ini dikira hasil buangan industri membuat krim. . Sejarahnya susu skim ini digunakan untuk menggemukkan Al-babb. Rujuk: Oliver, A. W.; E. L. Potter (November 1930)."Fattening Pigs for Market" . Sekarang sudah jadi "healthy food" pula ;) . Apa yang dibuang bersama lemak ya? 1) Vitamin D (larut lemak) dan K2.
--------------------------------------------------------- Anda minum susu, yogurt untuk naikkan kalsium bukan? Penyerapan kalsium berkurangan tanpa zat ini: - Vitamin D ( Matahari, lemak ikan, telur, hati) - Magnesium (sayur &kekacang), - Vitamin K2 ( telur, tempe, hati) - Hormon kewanitaan (estrogen) yang seimbang. . Anda kerja pejabat tak kena matahari. Sayur tak makan. Telur, hati pun tak makan sebab ada kolesterol padahal bahayanya cuma mitos. . Hormon estrogen memang out lah..asyik stres dan sebab terdedah toksin xenoestrogen. Itu yang ramai menopause awal tu. . Tak guna minum susu bertong hari-hari untuk kalsium jika badan anda kekurangan nutrisi untuk penyerapan kalsium. . 2) Asid LEMAK Omega 3 ------------------------------------------ Omega 3 merupakan lemak tak tepu yang penting mengurangkan keradangan penyebab penyakit kronik seperti sakit jantung, strok, kerosakan organ, keradangan sendi dan sebagainya. . Ini sebabnya susu organik lemak penuh paling tinggi kandungan Omega3 sila rujuk gambar jadual hampir 20kali ganda bezanya di dalam susu yang diuji! . 3) Mineral dan Vitamin Larut Lemak. ------------------------------------------------------------ Sebahagian mineral seperti zinc, phosphorus, selenium dan magnesium menempel pada bahagian lemak susu. Vitamin A, D, E, K pula hanya terdapat di dalam bahagian berlemak susu. . Maka sepatutnya jika anda mendapat bahan yang dahulunya buangan industri yang gunanya untuk gemukkan al-khinziri, sepatutnya lebih murah harganya bukan. Oh tidak...disebabkan kegilaan rendah lemak inilah, susu skim dan rendah lemak dijual sebagai premium harganya lebih mahal! Kesian korang kan 😭 . Kolesterol di dalam makanan menyebabkan penyakit sudah secara rasminya menjadi mitos Sejak tahun 2015. Rujuk garispanduan USDA. . Lemak tepu pula semakin banyak kontroversinya kerana banyak kajian baru membuktikan tidak semua keadaan lemak tepu itu berbahaya. Saya cenderung untuk percaya jika anda makan lemak yang sihat, anda jadi lebih kurus. Lemak ini cepat mengenyangkan dan muak jika diambil banyak. Lemak yang diambil bersama makanan lain juga lambat diserap berbanding gula dan karbohidrat. . Untuk menjadikan sesuatu produk itu sedap dan "ketagih", gula paling toksik tinggi fruktosa ditambah dengan banyaknya terutamanya di dalam susu dan yogurt berperisa. Sudah lah kita diberi bahan buangan industri susu yang dulunya guna untuk gemukkan khinzir, tambah pula gula toksik pada otak dan hati. . Kita dengan penuh rasa sihatnya beli susu premium ini dan beri minum pada anak-anak kita yang kecil untuk "pembesaran dan kesihatan tulang"... . . Kesian kita kena game dengan kapitalis.. . . Ikhlas, Hafiz Sulaiman -Pejuang Kesihatan- . . Oh bagi yang mata tajam macam helang, di dalam jadual itu vitamin D susu skim sama sahaja dengan whole milk. Ianya fortified atau ditambah. Buang zat, tambah balik zat sama merupakan kerja gila. Omega 3 tak tambah pula sebab mahal kan hehe..Zat di dalam makanan semulajadi ni dicipta secara seimbang..ada sesiapa pengeluar berani dakwa tahu resepi Tuhan? |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|