PERUT PUNCA & UBAT PENYAKIT
------------------------------------------------------- Sistem pencernaan merupakan satu sistem yang menjadi pusat kajian para saintis masa kini. Ini kerana banyaknya penemuan mengejutkan berkenaan kaitan penyakit dengan sistem ini dijumpai sejak beberapa kurun yang lepas. . Ia bukan sesuatu yang baru..Islam sendiri melarang makan secara berlebihan dan mengikut hawa nafsu kerana ia punca kepada penyakit. . "Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit" ( Hadis riwayat muslim) Makan dan minumlah kamu dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlebih-lebihan" ( Surah al-A'raf:31) . Malah "bapa kepada perubatan" yang hidup lebih 2400 tahun lepas mengatakan: "All disease begins in the gut.” – Hippocrates . dan ubatnya: "Let food be thy medicine and medicine be thy food" . Banyak kajian terbaru membuktikan kenyataan tokoh-tokoh perubatan berkenaan pentingnya sistem pencernaan sebagai pusat penyakit dan juga ubatnya. Sebagai contohnya: . Histamin iaitu pengantara keradangan banyak terdapat di usus (ECL cells)..maka tidak hairan banyak penyakit termasuk penyakit mental, autoimune, kanser dan juga penyakit akut yang mempamerkan simtomnya di usus/perut. . Ubatnya iaitu DAO & HNMT yang mengimbangi histamin juga terdapat di lapisan usus. Maka cara memulihkan keradangan ialah dengan memulihkan usus. . Cara paling terbaik pula pada pendapat saya ialah dengan berpantang @ berpuasa! Sememangnya badan kita punyai keupayaan menyembuh tersendiri. To do nothing is sometimes a good remedy - Hippocrates. . Berpuasa juga merupakan unjuran Islam. " Berpuasalah nescaya kamu akan sihat" (Hadis riwayat Ibnu Sunni dan Abu Naim dari Abu Hurairah). . . Maka berpuasa lah dan elakkan makanan berlebihan menjadikan badan lebih sihat supaya kita dapat beribadah kepadaNya. . . Wallahua'lam.. . . Khutbah Jumaat Oleh: Hafiz Sulaiman -Pejuang Kesihatan- |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|