ANDA RASA ANDA SIHAT?
-------------------------------------------- 1) Badan Rasanya Kuat Lagi Boleh Bekerja. - Hakikatnya obes ialah penyakit, bukannya anda lahir obes tahap 3. - Orang zaman dulu jarang gemuk. Malaysia negara obesiti. Ranking atas di negara asia. - Mengantuk waktu petang, selepas makan perkara biasa. "Angin" dan "gastrik"..sakit kepala sikit sikit...biasalah tu.. anda tak tahu, itu semua tidak normal walaupun biasa, ramai orang alaminya. . 2) Anda Rasa Perut Anda Kuat. - Orang zaman dulu makan kuman, perut mereka jadi kuat. Orang sekarang makan dapat alahan. - Seafood pun tak dapat makan. Telur pula pantang seumur hidup. Salah makan..cirit pulak..kuatkah perut anda? - Makan cili, koko, kopi, buah, kambing, anda jadi cirit birit. Tak tahu apa yang boleh makan perut kuat anda itu. . 3) Mental. - Menteri Kesihatan kata 1/3 orang dewasa Malaysia ada masalah mental. Its a freaking 4million+ rakyat ada isu kesihatan mental. -Anda nafikan. Biasalah... • Berdebar-debar tiba-tiba dan tak keruan. • Fikir macam2 bukan2. Mati. Jantung. Kanser. • Perjudis dan paranoid • Pelupa • Pemarah dan cepat sentap • Risau berlebihan dan panik. • Was-wasilkhannass..sikit-sikit OCD. • Nafas tak lawas, sesak, tercekik. • Bisikan akidah..bayang dan lembaga. . 4) Antibodi Anda Kuat! - Memanglah..kuat serang badan sendiri. - Sensitip. Sikit-sikit radang. Panas sangat tak boleh, sejuk sangat tak boleh. Bising tak boleh. Silau tak boleh. Bau tajam tak boleh. Panas matahari tak boleh. Peluh, susu tak boleh. Sabun dan bahan kimia sudah tentu reaksi lebih dahsyat. . 5) Anda Tak Stress. - Mengarut. Hari-hari duk confess kat IIUMC. - Maharaja Lawak yang tak kelakar pun boleh gelak. - Page troll jadi santapan rohani ramai. - Hakikatnya, anda menangis bucu katil hari-hari. . 6) Hati Anda Power Bab Detoks Ni. - Mana mungkin. Anda tau dok berapa ramai orang hatinya berlemak? Anda overweight? Acu try check. - Teh tarik, minuman 3-in-1 minum setiap hari. Kolestrol jahat & Triglyceride mencanak.. sebab hati tak cantik lah tu bro. . 7) Muda Lagi? - Tengok kulit. Kusam, berkedut dan kering gatai. - Kuku kaki rosak dan bergaris. - Tumit kering dan pecah-pecah. - Eye bag kemain sarat. - Mata macam panda. - Luka pun lambat baik. - Asyik tidur je sebab badan penat..Adik lelaki XXX pula taknak bangun bila diperlukan berhuhu je.. - Rambut gugur dan kering. - Mata dah mula rabun dan bayang-bayang. - Orang cakap kena ulang banyak kali sebab tak jelas kita dengar. - asyik lupa kunci kereta, pintu rumah, nama kawan sekolah. . . Anda perlu muhasabah diri.. mungkin perlu ambil suplemen untuk bantu kesihatan anda.. . Tapi jangan terlalu pantas capai suplemen anda.. Bersambung... |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|