Gula dan karbohidrat (termasuk bijian cereal, wholemeat, whole wheat) meningkatkan kerosakan kebanyakan organ termasuk otak, mata, buah pinggang, dan jantung menerusi apa yang dinamakan sebagai:
[PRODUK AKHIR GLIKASI] @ Advace Glycation End Product (AGE) AGE menyebabkan salur darah menjadi keras (tidak fleksibel). Ia juga mengurangkan pengaliran darah dengan menyekat penghasilan nitric oxide (NO).Ia juga menjadi punca radang dan dikaitkan rapat dengan penyakit kronik seperti: 1) Kencing manis 2) Alzheimer (nyanyuk) 3) Katarak dan degenerasi makula. 4) Masalah buah pinggang kronik. 5) Atherosclerosis (salur darah menyempit)
Akhirnya AGE menempel di "RAGE" (Reseptor for Advance Glycation End Product) menyebabkan aktiviti radang meningkat dan peningkatan stress oksidatif yang merosakkan sel-sel dan mengganggu fungsi badan.
Terdapat beberapa ujian mudah membantu memahami kadar risiko berkaitan peningkatan AGE dan radang antaranya: 1) HBA1C dan kadar gula darah (puasa) 2) Homocystein darah 3) Hs CRP (radang akut). Kesimpulannya, semua masalah penuaan yang disebabkan AGE ini hanya memerlukan sedikit pengubahsuaian dan "taubat makanan" untuk mencegah malah merawat masalah kronik tersebut secara alami tanpa ubat. Insha Allah. |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|