Ia tiada kaitan dengan kolesterol. Kolesterol tidak wujud dalam santan mahupun mana-mana bahan dari tumbuhan di muka bumi ini. Dakyah menyalahkan kolesterol punca bermacam penyakit sudah DIMITOSKAN oleh garis panduan pemakanan USDA 2015.. . Amylopectin dan Amylose merupakan komponen kanji di dalam nasi lemak. Mengikut kajian oleh Shanita et al (2011), Nasi lemak mengandungi kandungan amylopectin paling tinggi. Amylopectin ini lebih senang diserap sistem pencernaan maka meningkatkan gula dalam darah dengan cepat. . Gula yang tinggi menurunkan kadar aktiviti sistem kesedaran yang dikawal di otak iaitu OREXIN. Sistem ini juga sangat mempengaruhi obesiti..insha Allah akan saya huraikan di lain masa. . Maka otak menjadi MENGANTUK dan badan menjadi lemah. Ia ketara bagi sesetengah orang yang lemah sistem orexin mereka. . Mengambil protein di waktu pagi pula meningkatkan aktiviti orexin. Maka jika makanan protein diambil bersama karbohidrat, ia mengurangkan rasa mengantuk. . Jangan risau makan karbohidrat di waktu pagi terutama jika anda sudah bersenam. Makanan karbohidrat meningkatkan penyerapan asid amino tryptophan ke dalam otak maka meningkatkan hormon serotonin (gembira) dan melatonin (fungsi tidur waktu malam). Bagi yang tertinggal bas, rujuk artikel serotonin: https://m.facebook.com/story.php… . Lagipun, walaupun nasi lemak tinggi amylopectin, mengikut kajian Shanita et al juga, indeks glisemik nasi lemak didapati TERENDAH dalam makanan sarapan yang dikaji. Mungkinkah kerana penambahan santan (lemak) ke atas nasi menjadikannya RESISTANT STARCH yang lebih degil susah diserap? Wallahua'lam. . . Coretan, Hafiz Sulaiman -Pejuang Kesihatan-. |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|