Lemak trans industri (tiruan) merupakan lemak durjana yang meningkatkan kolesterol jahat dan mengurangkan kolesterol baik.
Banyak kerosakan berlaku dikaitkan dengan pengambilan lemak trans termasuk kanser, kencing manis. masalah jantung, strok dan kerosakan organ badan serta meningkatkan keradangan yang menjadi punca kepada banyak penyakit kronik. Anda tentu lega bukan, apabila mendapati makanan dengan label seperti di atas. Zero gram trans fat tu bro.. Tunggu dulu....sabarr....tuan dengar dulu penjelasan selanjutnya...tuan mungkin akan tukar fikiran murni tuan itu :) ![]()
ZERO TAK ZERO...
Janganlah kita pengguna ni sentiasa "dikencing" oleh pengeluar produk makanan yang hanya memikirkan keuntungan tanpa mengambil kira halal-haram dan implikasi kesihatan produk makanan mereka kepada masyarakat. Tahukah anda zero trans fat itu sifar minyak trans yang telah dibundarkan? maknanya kuantiti bawah daripada 0.5gram itu dikira ZERO. Main matematik pulak dahhh.. Lebih teruk lagi, zero trans fat ini ialah jumlah untuk setiap hidangan. Ini bermakna, jika pengeluar meletakkan satu hidangan marjerin yang mengandungi 0.4gram lemak trans sebagai setengah sudu kecil, ia bermaksud satu hidangan (setengah sudu kecil) dikira ZERO (0.4gram dikira 0). Bayangkan jika anda sekali ngap marjerin 5 sudu kecil sudah 4 gram lemak trans. Campur cereal pula, campur biskut pula, campur bertih jagung pula, campur ayam goreng, kentang goreng mekdi pula..camano tu? melambak la penyumbat jantung anda nauzubillah.. Bijak bukan? Ini adalah kelemahan daripada penetapan oleh FDA (Food and Drug Administration) yang mana peluang ini dipergunakan oleh pengeluar makanan yang tidak jujur. DI samping itu,walaupun banyak kajian muncul alaf baru ini membuktikan bahayanya lemak trans ini pada pembuluh darah, hakikatnya penggunaannya masih berleluasa. Kajian yang diterbitkan di CDC dalam jurnal: Preventing Chronic Disease menunjukkan banyak produk yang menggunakan label zero trans fat dan masih ada lagi produk yang mempunyai tahap lemak trans melebihi 0.5gram bagi setiap hidangan.
Rumusan dari kajian di atas ialah:
1) Daripada 4340 produk yang berlabel trans fat, hanya 9% (391) meletakkan label minyak separa hidrogen (lemak trans) di dalam bahannya. 2) Daripada jumlah 391 ini, 16% (61 produk) dijumpai mengandungi kandungan lemak trans melebihi 0.5gram (zero) 3) Produk lainnya 330 produk (84%) meletakkan label ZERO bermaksud kurang 0.5gram lemak trans setiap hidangan. Kajian juga menjelaskan pada tahun 2011, hasil jualan semua produk ini berjumlah USD3.5billion! Untungnyerr.. Sabboh doh..kata orang Terengganu...lemok trans ni ada di mana-mana..dalang sekkuk meri pung ade gok! Natang nguh! Syukur alhamdulillah, FDA akhirnya mengumumkan tahun lepas, bahawa 492hari daripada hari ini iaitu pada 18 Jun 2018, penguatkuasaan sepenuhnya akan dijalankan. Label ZERO trans fat akan bermakna betul-betul bebas lemak trans! akhirnya setelah penat lelah perjuangan 60tahun saintis anti lemak trans ini, FDA mengakui bahawa hanya sedikit lemak trans mampu membawa mudarat yang amat dahsyat kepada kesihatan manusia. Maka berhati-hatilah anda dengan label licik di sebalik ZERO trans fat sementara penguatkuasaan larangan sepenuhnya pada 18 Jun 2018. Sebarkan kepada saudara-mara dan kenalan anda jika anda prihatin pada kesihatan mereka. |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|