SOALAN: Apakah kolagen dimakan mampu meningkatkan kolagen kulit? . JAWAPAN: Iya, boleh. Protein kolagen akan dipecahkan oleh asid perut kepada protein kecil (amino asid) : 1) Glycine 2) Proline 3) Glutamine . Proline dan Glycine terutamanya merupakan BAHAN ASAS untuk membina struktur KOLAGEN! . Jadi anda tak banyakkan kolagen dengan serap kolagen sebijik-sebijik lepas tu letak bawah kulit. . Tapi asid perut akan pecahkan kepada bahan asas binaan kolagen yang diserap badan dan digunakan untuk buat kolagen. . . Apa yang penting ialah pencernaan kolagen ini oleh sistem pencernaan. Ramai populasi kita mengalami masalah penyerapan menyebabkan cirit birit dan sakit perut. Tidak kurang juga mengalami ALAHAN..kemungkinan besar disebabkan oleh masalah "kebocoran usus" (leaky gut). Kolagen yang besar tak dicerna akan masuk ke dalam usus dan mencetus reaksi antibodi. . . Sebab itu banyak produk kolagen menggunakan kolagen "hydrolysate" yang lebih kecil molekulnya supaya lebih mudah dicerna..bukan diserap ya. Tauke kolagen Zulkifli Mohamed Sharif tengah buat promotion tu collagen hydrolysate ;) . . Kolagen semulajadi boleh diperoleh daripada sumber: . 1) Gelatin haiwan.
Gelatin haiwan dapat diperoleh dengan cara mudah. Anda cuma perlu memanaskan bahagian haiwan ini untuk memperolehi gelatin daripadanya.: - Tendon - Ligamen - Tulang - Kulit . Buat sup tulang tuan..sedapp..dan berkhasiat..tinggi kolagen tuu.. Kaki ayam juga banyak tendon dan ligamen...tinggi kolagen tuu.. Kulit haiwan seperti kulit ayam...tinggi kolagen juga! Namun awas ayam komersial toksik kumpul kawasan berlemak juga. Ayam organik anda boleh enjoy saja kulitnya..meremajakan! :D . . Ramai orang bila buat sup tulang dia buang lemak gelatin dekat bahagian atas sup tu..*tepuk dahi...tinggi kolagen tuu.. . . * Sup tulang mungkin boleh beri kesan alahan kepada sesetengah orang seperti mana-mana produk atau bahan makanan yang mengandungi protein. Cara mengurangkan risiko alahan ialah tidak memasak sup tulang terlalu lama..kuranglah kolagennya..Tapi lebih selamat bagi yang ada masalah alahan. Saya suka guna pressure cooker masak sup tulang dalam sejam sahaja. Tulang jadi lembut dan lebih banyak gelatin berbanding slow cooker. . . Glutamin di dalam sup tulang juga memulihkan usus dengan "menampal" kebocoran ataupun leaky gut(IP). Insha Allah saya akan kongsikan artikel tersendiri berkenaan kebaikan sup tulang ini (bone broth). . . Selain daripada itu antara makanan lain tinggi bahan-bahan membuat kolagen badan: 1) Daging (ayam, lembu, kambing) 2) Ikan dan sup ikan. Sirip jerung juga. 3) Sayur-sayuran 4) Buah-buahan 5) Seaweed 6) Soya . . Sayur-sayuran dan buah-buahan juga mempunyai kelebihan lain iaitu vitamin C di dalamnya meningkatkan penghasilan kolagen. "2 in 1" untuk tingkatkan kolagen badan. . . Maka kesimpulannya, Makanlah kolagen untuk kesihatan kulit, sendi dan tulang serta salur darah yang sihat. . Pilih sumber toyyib, sama ada daripada makanan semulajadi ataupun boleh suplemen dengan kolagen hydrolysate. Kajian juga mendapati sebahagian daripada kolagen hydrolysate berkesan untuk mengurangkan kedutan dan meremajakan kulit. Insha Allah jika diberi kelapangan masa saya akan ulas berkenaan cara meningkatkan kolagen 5-in-1 pula... sudah tentu secara saintifik seperti biasa ;) . . Nukilan, Hafiz Sulaiman -Pejuang Kesihatan- |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|