Kolagen biasanya mempunyai 2 ciri yang menyusahkan penyerapan langsung ke dalam badan:
1) Saiz molekul yang besar. Penyerapan kulit: - Undang-undangnya saiz molekul apa-apa bahan biasanya harus kurang 500dalton. Purata saiz molekul kolagen ialah 300,000 dalton. Tak muat. - Kulit juga punyai enzim seperti collagenase yang menguraikan kolagen yang disapu. - Secara saintifiknya. Ia tidak berkesan. Jika berkesan, ia disebabkan bahan lain di dalam produk kebiasaannya bahan estrogenik (hormon wanita) . Kolagen ini cuma sebagai gimik jika disapu. Penyerapan Usus - Seperti kata tokey kolagen berkualiti Dr Zulkifli Mohamed Sharif, saiz tak penting melalui cara makan(oral). - Ini kerana, asid perut akan CERNA & PECAHKAN protein kolagen ini kepada molekul amino asid kecil untuk penyerapan. . Kesimpulannya: Kolagen tidak diserap melalui usus. "Tak dan Mat Dan" serap dah kena simbah asid. Jika anda ada masalah sistem pencernaan, kesannya lebih teruk. Asid perut kurang, kolagen tak tercerna melepasi perut ke usus kononnya untuk diserap. Jika benteng usus "bocor(leaky gut)", molekul protein kolagen haiwan tidak dicerna akan diserap masuk dalam darah dan mengaktifkan antibodi badan. Senang cerita, anda mungkin akan dapat reaksi alergi/alahan, keradangan menyebabkan berat badan naik, lemah2, stress, sakit kepala, dll. Rujuk artikel leaky gut untuk pemahaman. Antibodi badan ni akan serang apa-apa bahan protein tak tercerna dari luar yang masuk dalam darah. 2) Larut (cinta) air. - Sel kulit, sel usus biasanya lebih suka minyak. - Jika beri kolagen yang bersifat cinta air ni, sel badan akan tolak.. sama saja kesan letak minyak dalam air itulah jadinya. . Kesimpulannya. Kolagen susah serap oleh sel kerana "roadblock" kecuali menggunakan "jalan special" atau "kereta" special. Ini bidang kepakaranHanisah Azhari mahal tak ternilai ilmu orang ini. . . Rumusan akhirnya: * Produk kolagen sapu: tak serap - tak berkesan. * Produk kolagen makan : tak serap sebab kolagen dicerna - Jika tak dicerna, tak berkesan sebab tak serap. Anda akan berak kolagen haha. - Jika diserap sebab usus "bocor", alergi pula. - Jika dicerna, kolagen akan dipecahkan kepada glycine, proline dan juga glutamine : BERKESAN insha Allah. . Kenapa kolagen dicerna berkesan meningkatkan kolagen badan? Nantikan artikel seterusnya :) Saya akan kongsikan juga tips meningkatkan kolagen secara semulajadi dan berkesan dan murah. . . Nukilan, Hafiz Sulaiman -Pejuang Kesihatan- |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|