![]()
Kunyit merupakan antara sorotan utama kajian-kajian sains pemakanan abad ini. Ia dipetik lebih 6000 kali sebagai rujukan saintifik.
Kajian yang pesat beberapa tahun ini membuktikan banyak kesan positif kunyit, terutama ekstraknya iaitu curcumin dan curcuminoids yang efektif sebagai ubat tahan sakit dan anti radang, antivirus, antibakteria, antioksida dan juga antikanser. Curcumin juga meningkatkan paras Brain Derived Neurotropic Factor (BDNF) yang meningkatkan penjanaan saraf maka berpotensi mencegah dan merawat penyakit penuaan seperti nyanyuk (Alzheimer) dan juga Parkinson.
Malangnya penyerapan kunyit di dalam makanan adalah terbatas kerana sifatnya yang tidak larut air. Kajian kemudiannya mendapati bahawa pengambilan lemak bersama kunyit bertindak sebagai “pembawa" meningkatkan penyerapan kunyit ke dalam badan. Lebih menarik lagi, penambahan piperine, iaitu bahan aktif di dalam lada hitam meningkatkan penyerapan kunyit sehingga 2000%.
Perasankah anda pemakanan ini sudah berkurun diamalkan oleh nenek moyang kita? Kunyit+lemak+ cili = masak lemak cili api Kunyit+lemak+lada hitam= Kari Kunyit+lemak= Ayam goreng kunyit Kunyit+lemak+durian+cili = masak lemak tempoyak ikan patin (urghh sedapnye) Nampaknya ia memerlukan kajian kurun ke 21 untuk membuktikan makanan nenek moyang kita awesome….. .. .. Nukilan, Encik Hafiz Sulaiman -Pejuang Kesihatan- |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|