Ia merupakan keadaan di mana badan tidak mampu menangani keradangan disebabkan ketidakseimbangan dan kelemahan sistem badan. Ia berlaku pada fasa awal kesembuhan iaitu FASA KERADANGAN. Kebiasaannya fasa keradangan ini mengambil masa 2-5 hari. Begitu lah kebiasaannya healing krisis. Namun ia berbeza mengikut kapasiti penyembuhan masing-masing. Terapi semulajadi berkemungkinan menimbulkan krisis kesembuhan ini. Agen pro- keradangan mungkin menyebabkan keradangan akut yang mengaktifkan kesembuhan sesuatu kawasan. Contohnya:
1) Terapi estetik (kerosakan terkawal): laser, chem peel, microneedling, microderm. 2) Terapi sendi dan otot : - Prolotherapy (dextrose/gula) - Prolozone ( Ozone iaitu radikal bebas meransang IL-1&6, nf-kappaB dan nrf pathway) - PRP ( Pro radang seperti IL-1 & IL-6) - MSC (molekul signaling seperti PRP juga). 3) Produk botanikal - Sesetengah tumbuhan, herba mempunyai kesan pro-keradangan. - Sesetengah juga mempunyai kesan "chelation" @ detox logam berat seperti "cilanto" di dalam ketumbar. Berlebihan detox ini boleh menyebabkan kesan kerosakan penyebaran @ redistribution damage. Bukan saya cakap. Dr Andy Cutler. pHD biochem siapa dalam group think tank pasti tahu prinsip ini. Detox logam berat perlu perlahan dan dos rendah mengikut beliau. 4) Terapi alternatif lain: Saya kurang arif dan bukan ahli, tapi saya tahu konsep perawatan lebih kurang sama. Contohnya homeopati: LIKE CURES LIKE. - Arsenicum tu (arsenik logam berat)..atropa belladona itu deadly nightshades. Kalau ambil dos normal boleh mati ASAP. Jadi racun ini dicairkan beratus/ribu kali cair dan dijadikan rawatan. Ia juga berpotensi trigger krisis. Alaa..sama juga live attenuated vaccine.. boleh trigger krisis. Cuma kita diajar semuanya ialah reaksi negatif. Kena report..report sajalah..hehe 5) Ubatan. Contoh ubatan menggunakan bahan semulajadi seperti vitamin A (retinoic acid). Jika dimakan, ia menjadikan kulit menggelupas, kering, sensitif matahari kerana tretinoin pada awalnya meningkatkan keradangan dengan ransangan interleukin-1 ( pro-radang). Keradangan menyebabkan kulit mati lebih cepat dan mungkin menggelupas. Seterusnya ini menghantar signal kepada badan supaya lebih cepat bersalin kulit. Penggelupasan dan kekeringan akan hilang setelah beberapa minggu bersama jerawat kerana minyak tak sempat teroksida dan tersumbat jadi jerawat, lapisan kulit sumbat sudah menggelupas. Kulit bersalin lebih cepat tanpa menggelupas. Keradangan juga boleh jadi tak terkawal mengakibatkan kematian tidak semestinya krisis semata. Itu antara sebabnya perlu pengawasan pakar untuk preskripsi isotretinoin oral ini. 6) PUASA. Puasa atau pantang gula/karbo mengakibatkan pemecahan lemak (lipolysis/ketosis). Pemecahan lemak mengakibatkan: - Toksin seperti logam berat, bahan kimia dan xenoestrogen yang bersifat lipophilic keluar dari lemak masuk ke sistem darah. Ini mengakibatkan "kerosakan penyebaran". Stres dalaman badan akan meningkat. - Lemak yang dipecahkan dan teroksida menghasilkan LOP, seterusnya menghasilkan peroxyl radical..iaitu radikal bebas. Ini meningkatkan keradangan dalam badan. - Kulat pencinta gula seperti candida mati kelaparan kerana kekurangan gula punca makanan utama mereka. Kulat ini dikatakan juga membebaskan endotoksin yang memberi stress kepada badan (sumber saintifik sy belum jumpa). Jadi pengamal diet Atkins, Paleo, Southbeach, Virgin, ketogenik dan LCHF selalunya mengalami simtom KETOSIS. Ini antara sebab utama ketosis. Stress jerawat keluar, cepat sentap dan sensitif, KETO-flu, sakit kepala berdenyut, menggigil, rasa nak pitam merupakan salah satu daripada berpuluh simtom ketosis yang lain..disebabkan kerosakan hasil tinggi stres oksidatif. Biasanya, sistem imuniti badan akan melawan kembali dalam 1-3mggu kesan akan hilang. Anda rasa bertenaga, pemikiran jadi jelas dan tajam, pemulihan badan lebih cepat. Penyakit kronik semakin pulih. Emosi juga lebih stabil dan ceria disebabkan BHB @ ganja ketone :D hehe.. Ketosis merupakan antara contoh terbaik healing crisis. Sedar tak anda, hari-hari awal puasa ramadhan, anda stress, yang ekzema jd meradang, cirit birit dan emosi jadi tak stabil.. hampir saja musim perayaan, semua sakit itu hilang. Baik merujuk kepada topik asal, macam mana nak bezakan ia healing crisis atau reaksi adverse disebabkan alahan, wallahua'lam.saya suka buat pemeriksaan dan mgkin hentikan agen keradangan ataupun rendahkan dos supaya mampu ditangani badan. Antara garis panduan yang bagus, ditulis seorang pengamal TCM di blognya : https://whitepinehealingarts.org/topicsblog/?p=393 1) Simtom awal pesakit..atau simtom yang berulang lebih baik daripada sebelum krisis. 2) Simtom baru yang muncul kurang teruk berbanding simtom asal. 3) Pesakit rasa lebih sihat..atau simtom awal berkurangan dan lebih baik rasanya. 4) Simtom krisis tak berpanjangan. Sekejap saja timbul krisis itu. Jika anda guna produk dan dapat reaksi, berjumpalah doktor ataupun perawat anda untuk pemeriksaan dan nasihat profesional. Jangan merisikokan kesihatan kerana sangka kan ia krisis kesembuhan. Minyak kelapa ramai juga yang alah salicylate dan bukan candida die off. Jika lama dapat cirit birit, udah-udah le.. Baik mungkin ramai boleh kongsikan pengalaman healing crisis terutama sekali ketika buat rawatan dengan saya. Ramai rasanya dapat healing krisis ambil produk pemakanan..lagi ramai dapat healing crisis semasa buat keto/low carb diet seperti diet Atkins bukan? Kesimpulannya, krisis kesembuhan ini..walaupun tiada kajian gred 1... Tapi pesakit saya membuktikannya, saya sendiri mengalaminya, bukti biokimia juga berlambak. dan saya percaya KRISIS KESEMBUHAN ini WUJUD. Ikhlas, Hafiz Sulaiman -Pejuang Kesihatan- **Saya tidak akan menanggung mana2 akibat daripada penulisan saya. Jika ada reaksi adrvers, jumpa atau dapatkan nasihat doktor atau perawat...jangan taklid buta kepada penjual produk semata sebab tiada siapa boleh pasti tanpa apa-apa pemeriksaan. Sayangi kesihatan dan nyawa anda. |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|