![]()
Ramai orang mengambil supplemen mineral kalsium.
Tetapi ramai tidak tahu kepentingan mengimbanginya dengan magnesium. Penyerapan kalsium ke dalam sel memerlukan vitamin D, Magnesium dan juga vitamin K2. Tidak ramai yang diperiksa mengalami kekurangan kalsium sebaliknya majority populasi kekurangan vitamin D, magnesium dan juga vitamin K2.
Kajian membuktikan, kalsium daripada supplemen yang tidak diserap sel akan terdampar di luar sel (extracellular) dan boleh menyebabkan:
1) Salur darah menjadi keras : - Dikaitkan dengan berlebihan calcium menyebabkan salur jantung menjadi keras dan tidak fleksibel. - Kesannya banyak kelihatan pada orang berumur : Tekanan darah sistolik tinggi, diastolic rendah (salur jantung tidak boleh relaks semasa diastolik.) 2) Nephrocalcinosis: Pemendapan garam kalsium di buah pinggang mengakibatkan kerosakan buah pinggang. Ia dikaitkan juga dengan masalah hyperparathyroidism yang menghasilkan kalsium berlebihan. 3) Batu karang : kalsium berlebihan juga bereaksi dengan molekul lain di dalam badan seperti vitamin C menyebabkan pembentukan batu karang jenis calcium oxalate (80% kes batu karang ialah dari jenis ini). * Menariknya kajian membuktikan bahawa ia tidak berlaku disebabkan pemakanan tinggi kalsium sebaliknya disebabkan oleh SUPLEMEN KALSIUM. 4) Osteoarthritis dan calcinosis: Kalsium berlebihan juga terdampar di sendi-sendi badan mengakibatkan keras dan meminimakan pergerakan. 5) Otot juga boleh menjadi kejang (cramp) dengan berlebihan kalsium. Jika anda mengalaminya mungkin anda boleh tingkatkan magnesium dengan suplemen magnesium (flake, oil atau garam EPSOM) Kesimpulannya ambil kalsium daripada pemakanan seperti kekacang, sayuran hijau serta hasil tenusu. Tak perlu suplemen kecuali kekurangannya yang disahkan doktor. Magnesium yang secukupnya penting untuk mengimbangi kalsium. Amalkan sayuran hijau, badam, avokado dan dark chocholate (tanpa gula) untuk meningkatkan magnesium. Tingkatkan pengambilan vitamin D melalui pendedahan terhadap cahaya matahari dan jika tidak mampu melalui suplemen. Makan makanan tinggi vitamin K2 seperti HATI (paling tinggi vit K2) , daging dan natto :D Berjumpalah dengan doktor anda untuk pemeriksaan kalsium dan tulang (pemeriksaan darah, x-ray, bone densitometry). Saya bagi sedikit tips macam mana kenalpasti ciri-ciri mineral kalsium ni. Kalsium ini penting untuk kontraksi, magnesium untuk relaksasi ( maaf bahasa indonesia). Nak tenangkan diri boleh ambil garam magnesium rendam kaki, memang nyaman pakk :D Hasil pemerhatian, -Encik Hafiz Sulaiman- Pejuang Ksihatan |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|