![]() Nak kongsi sikit pasal pemakanan daging memandangkan ramai pesakit gastritis dan GERD tanya. Pesakit ekzema saya pasti tahu saya memang wajibkan daging dalam protokol diet saya. Ini perkongsian saja ya bukan info dan nasihat perubatan. Kenapa daging penting: ------------------------------------ - Daging ni penting dalam menguatkan genetik. Kerana daging dan organ hati merupakan sumber b12 yang tinggi. Pemakan sayur sahaja (vegan) kena supplemen b12 sbb b12 hanya dari sumber haiwan. -Daging dan folate (dalam sayur hijau) penting dalam proses metilasi genetik..err..senang cerita utk buat DNA korang lah..utk detoks, utk fungsi macam2 dlm badan..untuk.senyapkan gene2 radang dan penyakit. - Ada orang baik dah GERD kununnya..tp sbb rosakkan perut blk makan makanan yg trigger genetik jahat..senang dia mai blk sbb gene x kuat. Makanan b12 dan folate ni utk senyapkan..kuatkan gene..moga2 sampi bila2. - Kita punya b12 dan folate mmg kurang. Terutamanya bila b12 ni perlu pertolongan garam magnesium (Mg) dan asid perut untuk penyerapannya. GERD korang tahu kan...KURANG ASID PERUT (ACHLORHYDRIA). Takkan lah perut rosak, asid perut makin banyak! Magnesium pun automatik la kurang sbb Mg ni perlu asid perut utk penyerapan. Tahukah anda apakah kegunaan magnesium? Untuk RELAX. Senang cerita. Relaxkan salur darah, ia boleh bantu kurgkan tekanan darah. Relax otot, akan kurangkan cramp kaki, relaxkan emosi juga..sbb tu garam magnesiun ni guna byk kat Spa utk bagi relax..tp kena pandai pilih la jenis magnesium pun byk. Ok berbalik pada vitamin b12 antara kesan kekurangan ..badan penat2..kurang selera makan...badan kurus keding..sel darah merah pun.kurang (megaloblastic anemia)..banyak lagi lah kesannya..oksigen pun jadi kurang bila darah merah kurang. Isu daging ------------------- Daging naikkan asid perut..lagi2 daging lama atau busuk..mmg daging pun tinggi histamin. Reseptor histamin di perut (H2) ni yang kawal asid perut akan teransang sbb dlm daging ada histamin tinggi. Pergerakan perut juga teransang dengan makanan histamin sebab tu jadi cirit-birit, sendawa atau kentut2. Namun begitu asid tinggi juga perlu untuk cerna protein. PH perut biasa 3-5 tp bila makan daging byk2 boleh jadi pH 1-2 (sangat berasid). Jadi salah dagingkah? Orang lain.makan daging rilek je.. Korang punya saraf sensitif..salahkan daging Hehe..rilek rilek..jgn marah..dan bakar kelambu pulak.. Saraf sensitif ni akan sebabkan keradangan terutamanya di bahagian saraf tu sendiri.. sbb histamin ni pengantara kepada KERADANGAN. Yang korang rasa "angin" tu pun pada hemat dan teori saya..bukan sbb asid makin tinggi pun..tapi SARAF KORANG LEBIH SENSITIF. Sebab perut makin rosak maa..tadak pantang..mau makan ubat saja takmo ubah gaya hidup, pakar pun x berani jamin maa. Sebenarnya pendapat peribadi saya, saraf sensitif ni yang perlu ditangani.. dengan pulihkan perut..bila dah pulih..korang makan lah daging kambing ke lembu ke kerbau ke..insha Allah akan menguatkan genetik yang anda sumpah seranah tu ( taubatlahh..syukurlahh).. Genetik anda teruk pun boleh jadi sebab makanan teruk.. Pilih daging fresh. -Lagi byk kuman hinggap lg kuat "anginnya" Kuman kat daging tu yang tukarkan "protein" dalam daging jadi histamin. -Elakkan simpan makanan lama walaupun tempat beku. -Elakkan daging lembu yang makan antibiotik sokmo -Digalakkan makan daging lembu grassfed dan organik yang tinggi omega 3 disamping lebih selamat. Mmg susah sikit yang ni..tp kalau anda alergik antibiotik mmg naya reaksinya. Nak kurangkan sensitif saraf tu boleh baca di wall FB sy berkenaan isu histamin. Kalau nak tanya detail kena lah konsultasi..x mampu nak jawab semua personal mesej yang byk..lain org lain pulak isu dan risiko pendedahannya. - - Semoga bermanfaat :) Encik Hafiz Sulaiman -Pejuang Kesihatan- |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|