Teknik pengelupasan kimia merupakan teknik kecantikan yang kurang popular dan kurang digemari berbanding laser dan rawatan lain muka. Kaedah ini dilakukan oleh doktor perubatan estetik yang terlatih. Ia menggunapakai agen pengelupasan untuk menggelupaskan kulit yang kusam, berjerawat atau berjeragat ataupun kulit berkedut yang dimamah usia.
Prosedur Rawatan - Cuci muka. - Muka akan disapu toner atau agen primer yang lain. - Agen pengelupasan akan disapu secara sekata atau spot bergantung masalah kulit. - Kulit akan dineutralkan sekiranya perlu. (bergantung kepada agen pengelupasan) - Kulit MUNGKIN akan menggelupas dalam tempoh 1hari hingga 2 minggu bergantung agen penggelupasan. - Kulit yang baru perlu dijaga dengan rapi menggunakan pencuci yang lembut pada kulit dan pelindung matahari setiap 2 jam sekiranya keluar ke kawasan terdedah matahari.
Kelebihan menggunakan kaedah penggelupasan kimia.
- Seperti mana kaedah lain yang meningkatkan radang pada kulit atau menipiskan kulit, kaedah ini meningkatkan penyerapan krim atau serum penjagaan wajah yang lain. - Sangat berkesan sekiranya menggunakan agen penggelupasan dan mencapai kedalaman yang cukup. - Kulit akan bersalin dengan lebih cepat apabila menyedari lapisan luarnya makin menipis. - Murah berbanding rawatan estetik yang lain. (Boleh jadi mahal juga) - Tempoh “downtime” @menyorok dalam gua bergantung kepada teknik dan agen digunakan jadi ianya lebih fleksibel. - Serba boleh. Dari rawatan kedutan, jerawat, jeragat, pemutihan kulit, melembapkan kulit, mengeringkan kulit, membuang –ketuat (warts), kulit berlebihan (skin tag), kolesterol mata di kelopak mata (xanthelasma), seborrheic keratosis, syringoma. - Kaedah ini tak sakit atau sakit sedikit saja. (Boleh jadi sangat sakit juga bergantung penggelupasan) - Perlu beberapa sesi namun kaedah penggelupasan kedalaman sederhana (medium peel) mungkin perlu sekali sahaja rawatan untuk mendapat kesan yang anda inginkan. Kelemahan Kaedah Ini. 1. Sangat bergantung kepada pengalaman dan teknik pngamal estetik untuk mendapat kesan yang memuaskan. 2. Boleh jadi sangat sakit, sangat mahal dan sangat lama masa pulih (downtime).Boleh diatasi dengan berunding dengan doktor estetik yang melakukan prosedur. 3. Pengelupasan yang dalam dan agen tertentu seperti (retinoic acid) boleh menyebabkan kulit menjadi sensitif dan pedih terutamanya pada matahari. Komplikasi: - Parut - Hypopigmen (kulit hilang pigmen) - Hyperpigmen (kulit jadi gelap) - Sensitiviti kulit berpanjangan. Antara agen penggelupasan 1.Penggelupasan Luaran - AHA dan BHA Alpha hydroxyl Acid (AHA) seperti: -Glycolic acid: sesuai untuk kedutan halus, jeragat halus dan mengembalikan seri wajah. - Mendelic acid : sesuai untuk jerawat dan antara agen penggelupasan permukaan sahaja. Ia juga dilaporkan boleh memutihkan kulit. -Lactic acid @ Asid susu : Melembapkan kulit mencerahkan kulit. Sangat berkesan untuk kulit kering. Beta Hydroxy acid(BHA): Salicylic acid: Sangat berkesan untuk jerawat open dan closed comedone (tiada mata). Ia larut lemak dan mampu menyerap jauh ke dalam liang termasuk minyak dan membersihkannya . Ia juga mengawal rembesan sebum iaitu minyak kulit. Di samping itu seperti mendelic acid salicylic mempunyai kesan anti radang dan juga anti bacteria. 2. Penggelupasan sederhana Trichloroacetic acid (TCA) : Menggelupaskan kulit sehingga ke mid papillary dermis..setebal satu lapisan luaran kulit iaitu epidermis. Menggelupaskan semua ruam atau tanda-tanda penuaan pada kulit paling luar(epidermis). Ia juga memberi kesan kepada penghasilan kolagen jauh lebih tinggi berbanding agen penggelupasan permukaan. Kulit akan menjadi tegang dan berkilat kerana peningkatan kolagen dan penggelupasan kulit luar yang kusam. Jessner’s: Merupakan agen penggelupasan sederhana gabungan asid salisilik, asid laktik dan resorsinol. Sangat berkesan jika digabungkan dengan TCA untuk masalah pigmen dan juga masalah parut jerawat. Sekadar ulangkaji apa yang belajar hehe..saya lebih suka gunakan teknik semulajadi dan bahan alami namun kadang-kadang gabungan teknik alami dan peeling ini juga bagus untuk masalah-masalah tertentu. Berbincang lah dengan doktor perubatan estetik untuk maklumat lanjut tentang masalah kulit anda ye. * gambar sekadar hiasan. |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|