Pegangan saya terhadap prinsip pemakanan di dalam Islam hanya berlandaskan beberapa dalil naqli di dalam Al-Quran terutamanya ayat yang saya lampirkan. Saya tidak berniat menafsir cuma berkongsi pembacaan dan ijtihad saya atas ayat ini.
. . Di dalamnya terdapat beberapa beberapa arahan
1) Yang Jelas.
- Jangan makan yang HARAM. Full stop. Baik ini bersifat universal. 2) Yang banyak takrifan. -Baik ni boleh ditakrifkan sebagai bersih, suci, tidak tercemar dan bermacam lagi takrifan. Baik ini bersifat spesifik. BAIK HANYA UNTUK KAMU! 3) Jangan ikut setan. Macam2 takrifan tapi saya faham salah satunya ialah jangan ikut HAWA NAFSU dan GODAAN SETAN. Makan perlu bersederhana. Saya ingin berkongsikan pendapat saya point yang kedua sebagai ahli sains. Makanan boleh jadi baik bagi kamu tapi jadi RACUN bagi orang lain. Contohnya: 1) Gula memberi tenaga kepada kebanyakan orang. Tapi dalam hal kamu pesakit KENCING MANIS yang mempunyai rintangan insulin. Ia tidak TOYYIB bagi kamu. Sehingga kamu tingkatkan sensitiviti insulin. Ia menjadi TOYYIB kembali. 2) Makanan berprotein dan tinggi Purin mempunyai banyak zat. Asid Urik pula.merupakan salah satu antioksida badan.Tetapi apabila kamu punyai masalah tinggi asid urik (Gout) ataupun masalah pembuangannya. Ia tidak TOYYIB bagi kamu. Sehingga kamu tingkatkan sistem perkumuhan asid urik. Ia menjadi TOYYIB kembali. 3) Histamin ini agen bawa maklumat saraf (neurotransmitter dan signaling) dalam badan. Makanan tinggi histamin juga kebanyakannya tinggi nutrisinya. Apabila secara genetiknya enzim DAO kamu lemah mengakibatkan badan kamu tidak dapat menguraikannya, histamin berkumpul dan mengakibatkan penyakit. Ia menjadi TOYYIB kembali apabila kamu memulihkan perut kamu yang rosak dan menyokong penghasilan DAO yang optimum. 4) Makanan yang mempunyai makanan UNIK dengan aktiviti antioksida dan pro-oksida (HABBATUSSAUDA, madu, zaitun, oregano, vitC mega, quercetin mega) mempunyai aktiviti: - Antikuman virus, bakteria, kulat. - Sel kanser di dalam tabung uji. - Menjana tenaga (ATP dan mito) - Meningkatkan antioksida dalaman badan melalui adaptasi selular. - Meningkatkan kesihatan, menguatkan imuniti, dll. Ia menjadi TIDAK TOYYIB sekiranya kamu sakit setelah mengambilnya kerana badan penuh dengan stress (oksidatif) dan kamu LEMAH ANTIOKSIDA dalaman. Ia menjadi TOYYIB kembali sekiranya kamu kuatkan antioksida dalaman kamu, seterusnya menjadi lebih sihat setelah mengamalkannya kembali. Ini berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya yang sedikit mengenai REDOKS. Tidak boleh pukul rata semua orang baik dengan sesuatu nutrisi atau bahan. PERLU ILMU. Apa yang saya kongsi mungkin terbatal dengan pengetahuan baru kemudiannya. Tiada yang fixed kecuali dalil naqli dari Quran dan Sunnah. Begitu juga dalam bidang kesihatan. Dah 40 tahun dimomokkan kolesterol dalam makanan membawa penyakit. Garis panduan pemakanan USDA 2015-2020 tahun ini tidak.mrnghadkan lagi kolesterol dalam makanan. Tiada bukti kolesterol makanan membawa penyakit. Ubat-ubatan juga tidak boleh pukul rata. Sebab itu pentingnya berjimpa doktor untuk mengetahui kondisi badan anda, ubatan dan MAKANAN yang TOYYIB untuk anda. Berbalik kepada tajuk panas di atas, kekeliruan timbul kerana dikatakan HBS boleh merosakkan buah pinggang. Penjelasan saya: Kebanyakan pesakit buah pinggang mempunyai radikal bebas yang tinggi salah satunya terhasil daripada pengumpulan urea. Memberi pro-oksida (stress) sudah pasti akan meningkatkan kandungan radikal bebas di buah pinggang yang meradang@ rosak! Saya PASTI. Mungkin patut diberikan antioksida dulu kurangkan radikal bebas dan kemudian baru amalkan HBS. Saya tidak pasti ia hanya teori dan diluar pengalaman saya. Tapi begitulah manipulasi redoks. Perlu Ilmu. Saya tidak berani buat konklusi HBS merosakkan buah pinggang tanpa ilmu cukup berkenaan aktiviti biologi HBS terhadap badan Kesimpulannya, ambillah tahu keadaan kesihatan dan bertanyalah pada pakar bidang masing2 makanan dan ubatan TOYYIB bagi kamu. Saya ingin perkenalkan FUNCTIONAL MEDICINE bidang perubatan yang merawat kamu secara individu, holistik dan mengambil kira faktor fizikal, emosi, biokimia dan.metabolisma badan, persekitaran dan menekankan KESIHATAN PERUT! Perubatan yang mengambil kira pentingnya TOYYIB sesuatu makanan itu untuk KAMU! Ya..kamu di situ :D Nanti kita cerita lagi. Nak makan HBS dulu ;) Pejuang kebenaran, -Encik Hafiz Sulaiman- Pejuang Kesihatan. |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|