Zaman moden menyaksikan peningkatan pengeluaran hasil pertanian dan perindustrian secara besar-besaran hasil teknologi yang lebih canggih. Pengubahsuaian genetik, penghibridan dan penggunaan jentera serta bahan kimia .Malangnya ia mempunyai kesan sampingan yang dikhuatiri membawa kemudaratan kepada masyarakat umum.
Gandum merupakan sebahagian tanaman penting yang menjadi subjek utama perbincangan kesihatan mutakhir ini dikatakan berpunca kemungkinan kerosakan genetik hasil penggunaan racun glyphosate dan penghibridan.Penghibridan menghasilkan tanaman gandum yang lebih tinggi kandungan gluten dan saiznya lebih besar. Apakah makanan yang mengandungi gluten? Ia disekeliling anda: Roti, Roti canai, biskut, kek, kuih, mee, barli, jagung, oat dan bermacam-macam lagi makanan kebiasaan zaman moden.
GLUTEN
------------- Gluten berasal dari perkataan “glue” merupakan bahan yang “mengikat” antara makanan menjadikan lebih kenyal dan elastik. Ia merupakan simpanan protein tumbuhan yang dinamakan prolamin. Prolamin merupakan protein tumbuhan yang susah dihadam dan hanya larut di dalam cecair alkohol yang kuat. Antara prolamin di dalam makanan termasuk: 1) Gandum(glutenin & gliadin) 69% 2) Barli (hordein) 50% 3) Rye (secalin) 30-50% 4) Jagung (zein) 55% 5) Sorghum (kafirin) 52% 6) Avenin (oat) -protein minority 16% 7) Nasi (Orzenin) 5% (nota pendek: nasi memang paling selamat kerana lebih mudah dihadam) . . KLASIFIKASI PENYAKIT UTAMA BERKAITAN GLUTEN. --------------------------------------------------------------------------- Makanan tinggi dengan gluten selalunya mengandungi sedikit nutrisi berbanding makanan bebas gluten (GLUTEN FREE). Gluten juga dikaitkan dengan beberapa penyakit berikut: 1) Penyakit Celiac (CD) ..................................... Merupakan penyakit genetik yang menyebabkan autoimuniti (antibody serang badan sendiri) akibat pemakanan gluten. Ini mengakibatkan kerosakan usus kecil dan rawatannya ialah PANTANG GLUTEN SEUMUR HIDUP. . Pesakit yang menderita penyakit celiac ini mendapat simtom yang serius dengan pengambilan gluten, antara simtom-simtomnya ialah : a) Masalah system pencernaan: kembung, sakit perut, cirit birit dan kehilangan berat badan. b) Masalah kulit yang teruk : dermatitis herpetiformis. c) Anemia kekurangan zat besi: darah merah berkurang. d) Masalah perkembangan dan pembesaran pada kanak-kanak. e) Sawan. f) Kebas-kebas kaki kerana kerosakan saraf dan kekurangan kalsium. g) Masalah kitaran haid, kesuburan dan keguguran. Antara masalah-masalah saraf yang masih dikaji, dikaitkan dengan gluten: 1) Gluten ataxia: gigil dan tak stabil badan. Masalah penglihatan. 2) Sawan Antara masalah psikiatri yang masih dikaji ,dikaitkan dengan gluten 1) Kerisauan (Anxiety Disorder). 2) Tekanan perasaan dan masalah mood. 3) Masalah hiperaktif (ADHD). 4) Spektrum Autism (ASD). 5) Schizophrenia. Rujukan: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3641836/ http://www.medscape.com/viewarticle/863756 Pada tahun 2003, Dr Alessio Fasano menerbitkan kajian yang menganggarkan bahawa kadar prevalen penyakit celiac di Amerika Syarikat bagi MEREKA YANG TIDAK BERISIKO ialah 1 di dalam 133 orang! Dianggarkan ebih kurang 3 juta rakyat AS yang tidak berisiko mendapat masalah CD malah menderita penyakit ini. . . 2) Alergi Gandum (Wheat Allergy) .............................................. Respon imuniti dan antibody badan terhadap protein yang terdapat di dalam gandum seperti gluten atau yang lainnya. Seperti penyakit celiac, hanya sedikit protein diperlukan untuk meransang reaksi antibody yang sangat serius dan membawa maut seperti anafilaksis (sesak nafas, bengkak dan pengsan). . . 3) Non Celiac Gluten Sensitivity(NCGS)/NCWS @ Gluten Intolerance/Sensitivity(GS) ............................................. Sesetengah orang mengalami simtom seperti “minda yang kabur”, tekanan perasaan, simtom seperti ADHD, sakit atau kembung perut, dan kepenatan kronik walaupun tidak positif bila diuji untuk penyakit Celiac. NCGS atau NCWS merupakan terma yang digunakan untuk mereka yang hilang simtom-simtom tersebut setelah mengamalkan diet tanpa gluten. Antara simtom yang dialami oleh pengidap masalah sensitiviti pada gluten adalah seperti berikut Menurut Kajian : Center for Celiac Research, University of Maryland, US 347 NCGS pts diagnosed between 2004 and 2010. Vs Kajian oleh Center for Celiac Research, University of Bologna, Italy 78 NCGS pts diagnosed between 2009 and 2011 Kembung 72% vs72% Sakit Perut 68% vs 77% Cirit Birit 33% vs 40% Sembelit tiada rekod(n.r.) vs 18% Ekzema dan/atau ruam 40% vs 33% Sakit Kepala 35% vs 32% Kabur Otak (Foggy mind) 34% vs 42% Lesu 33% vs 36% Tekanan/Kerisauan 22% vs 15% Anemia (kurang hemoglobin) 20% vs 15% Kebas Kaki, Tangan dan Jari 20% vs 17% Sakit Otot dan Sendi 11% vs 28% Nota: Perhatikan 2 kajian berlainan dengan keputusan kajian yang lebih kurang sama Penghidap masalah sensitiviti gluten mungkin menderita masalah ini pada satu ketika dalam kehidupannya. Kebiasaannya amalan makanan tanpa gluten buat seketika waktu menghilangkan simtom-simtom yang dideritai pesakit. Sensitiviti gluten hanya dikaitkan dengan simtom yang menyerupai penyakit Celiac dan Sindrom Iritasi Usus @ Irritable Bowel Syndrome (IBS) namun dipercayai tiada kerosakan fizikal yang berlaku. Namun pada Julai 2016, sekumpulan penyelidik daripada Columbia University Medical Centre mengesahkan bahawa masalah sensitiviti gluten juga menyebabkan kerosakan usus dan pengaktifan system imuniti sistemik (seluruh badan). [Lebih menakutkan, kesan kerosakan gluten ini didapati MELIBATKAN SEMUA INDIVIDU walaupun pesakit celiac mendapat respon kerosakan yang lebih teruk daripada pengaktifan antibodinya sendiri. Mujur, simtomnya tidak seteruk penyakit celiac dan hanya timbul jika anda mengalami “kerosakan system pencernaan”. Bila perut anda pulih dengan pemakanan tanpa gluten (Gluten Free Diet@ GFD), anda boleh mengambil semula makanan dengan gluten. Masih terdapat kontroversi berkenaan kerana tidak dapat disahkan sama ada gluten atau protein lain di dalam gandum yang menyebabkan simtom berkenaan, maka terma non celiac wheat sensitivity (NWCS) juga digunapakai dalam kes-kes berkenaan. Berbanding penyakit celiac yang mengaktifkan imuniti adaptif (antibody), respon terhadap gluten bagi mereka yang sensitif datang daripada imuniti semulajadi (innate immunity). Dilaporkan di wall street journal, 6% populasi (18juta) di Amerika Syarikat menghidapi masalah sensitivity gluten berbanding 1% penyakit celiac yang lebih serius. Namun setakat ini tiada kajian atau statistic yang dikeluarkan berkenaan masalah sensitiviti gluten ini. Apa yang pasti, kes yang dilaporkan meningkat saban hari dan semakin ramai yang mula menyedari kewujudan masalah sensitiviti gluten ini. IBS DAN FODMAP --------------------------- Ramai juga mengalami simtom dan tidak toleransi terhadap makanan jenis FODMAP yang selalunya juga sama dengan makanan tinggi gluten. Ini akan saya bincangkan pada topik yang akan datang. Apa yang pastinya ada orang yang tiada sesitiviti FODMAP tetapi mengalami simtom dengan mengambil gluten. UJIAN MAKMAL dan PENGESAHAN. --------------------------------------------------- Cara memastikan anda celiac atau tidak ialah dengan ujian darah dan tisu usus – pergi klinik lah. Untuk penyakit sensitif gluten, ujian makmal biasanya tidak konklusif. Cara yang anda sendiri boleh lakukan ialah dengan “mencabar gluten” : Puasa gluten seminggu, perkenalkan semula selepas seminggu. Bagi yang ada simtom GERD, PA dan AD, bersiap sedia untuk “mendapat” kata sahabat saya dalam group itu hehe.. bagi yang eczema, kebiasaannya ruam akan meradang berair dan macam-macam lah. Jangan kata saya tak warning ya. Apa pun gluten ini tiada lah khasiatnya yang tersendiri, anda tidak akan mati tanpa gluten..dan khasiat makanan gluten ini sudah tentu jauh jika dibandingkan seketul daging atau hati apatah lagi sayur-sayuran. 6-8 minggu merupakan masa yang diperlukan kebiasaannya untuk pulih ketara dan pemulihan sepenuhnya mungkin memakan masa 6bulan- setahun (ini tiada kajian hanya pemerhatian peribadi). Cubalah..apa salahnya kan Masih ramai skeptik dan prejudis tentang gluten ini..kajian pula banyak yang tidak konklusif katanya..Namun saya secara perib adi tidak akan teragak untuk menasihatkan rakan dan keluarga saya mengelakkan gluten terutamanya ketika sensitif. Kerosakan dan kesan daripada gluten ini lebih mendatangkan mudarat daripada khasiat. Saya syorkan pembacaan lanjut dua buku bestseller berkaitan gluten: 1) The Grain Brain : oleh Dr David Pelmutter. (Board certified Neurologist) 2) Wheat Belly : Dr William Davis (Board certified Cardiologist) Bagaimanakah gluten bertindak merosakkan perut dan memudaratkan kesihatan? Nantikan artikel seterusnya yang akan saya kupas dengan lebih ringkas dan mudah difahami, insha Allah. Saya mendoakan agar semua yang menderita masalah ini bertabah, usaha dan bertawakkal padaNya. Insha Allah ada jalannya. Nukilan, -Encik Hafiz Sulaiman- Pejuang Kesihatan *penafian: walaupun separuh mutan...saya masih makan roti canai sekali sekala. Sedak tuu. Harap maklum. Segala perkongsian hanya perkongsian pembacaan penulis dan tidak boleh menggantikan nasihat perubatan. Jika sakit, sila jumpa doktor di klinik. Sekian. |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|