![]()
Leaky gut atau ketelapan usus merupakan terma yang kabur dalam dunia perubatan moden. Ia merupakan SINDROM, iaitu gabungan simtom-simtom dan bukannya diagnosis perubatan.
Perut menjadi “bocor” kerana beberapa sebab. Antaranya menurut Bischoff et al, 2014: 1) Keseimbangan hidupan (kuman) sistem pencernaan (pre dan probiotik dan persekitarannya). 2) Perubahan lapisan mukus atau kerosakan lapisan system pencernaan. 3) Gaya hidup seperti diet tinggi kalori dan alkohol. . Menurut NHS UK, punca kerosakan lapisan sistem pencernaan adalah seperti: 1) Alkohol 2) Aspirin ubat tahan sakit NSAIDs yang lainnya. 3) Penyakit keradangan perut seperti Crohn's disease 4) Jangkitan system pencernaan. 5) celiac disease 6) Ubat Kemoterapi 7) Sakit buah pinggang kronik. 8) Radioterapi kearah usus 9) Immunosuppressants. Ubat yang melemahkan imuniti badan seperti steroid dan kemoterapi. 10) HIV/AIDS 11) Cystic fibrosis 12) type 1 diabetes 13) Jangkitan kuman darah (sepsis). 14) Pembedahan rumit.
Asalnya masalah perut bocor @ leaky gut ini terma biasa digunakan oleh pengamal alternatif dan holistik sahaja sehingga tahun milenia yang baru. Dr Alessio Fasano pada waktu itu mengkaji vaksin untuk jangkitan taun yang disebabkan kuman Vibrio Cholera.
. Pada tahun 2000, beliau menjumpai ZONULIN, iaitu protein yang seakan toksin kuman penyebab wabak taun iaitu “Zona Occluden toxin”. Zonulin merupakan PINTU pada sistem pencernaan yang mendedahkan darah anda kepada dunia luar. Kuncinya ialah : GLUTEN (gliadin) . Gluten mengaktifkan zonulin yang menyebabkan kelonggaran pintu (tight junction).ini menyebabkan lumpuhnya pintu penghalang kepada kuman dan “molekul besar makanan tidak hadam” yang tidak sepatutnya melepasi lapisan penghalang perut. . Masalah Autoimuniti ----------------------------- Apa sahaja bendasing yang memasuki badan akan membentuk antibodi dan reaksi badan menyebabkan masalah autoimmuniti (antibody badan serang diri sendiri). Kompleks gabungan bendasing dan antibodi ini akan menyerang tisu-tisu dan organ badan yang menyebabkan kerosakan. Ia juga menyebabkan peningkatan keradangan dan stress biologi badan. . Pembentukan Antibodi Penyebab Alahan ------------------------------------------------------- Hanya molekul makanan kecil sahaja diserap seperti gula, mineral dan vitamin,asid amino (protein), dan asid lemak ( lemak dan minyak). Pintu yang terbuka akan membenarkan molekul besar seperti daging kerbau jantan yang anda makan tengahari tadi menerobos masuk ke dalam darah anda. Antibodi darah anda akan save "daging kerbau jantan(DKJ)" sebagai musuh baru ke dalam memori kad antibodi anda dan tentera antibodi akan bersiap sedia jika anda membawa masuk sekali lagi DKJ melalui pintu usus yang terbuka itu. Kompleks gabungan DKJ-antibodi ini menyebabkan keradangan dan merosakkan organ dan sistem badan anda. . Pencerobohan Kuman ------------------------------ Pintu benteng pertahanan badan dah terbuka, kuman akan bergumbira memasuki darah dengan mudah dan anda senang dapat penyakit kuman virus, bakteria dan kulat. Antibodi badan anda yang semakin lemah kerana pencerobohan kuman akan menyebabkan anda mendapat jangkitan yang berulang-ulang. . Malnutrisi ------------- Penyerapan makanan juga menjadi berkurangan dengan kerosakan sistem pencernaan. Asid perut menjadi kurang (achlorhydria) dan mengurangkan penyerapan vitamin b12, zat besi,kalsium, magnesium, zinc, copper, chromium, selenium, manganese, vanadium, molybdenum and cobalt. Banyak penyakit lain akan timbul disebabkan kekurangan zat-zat ini. . Antara penyakit yang dikaji mempunyai kaitan dengan masalah leaky gut ini ialah: 1. Diabetes type 1 2. Penyakit celiac 3. Rheumatoid arthritis 4. Multiple sclerosis Malah masalah leaky gut ini juga dikaji mempunyai kaitan dengan banyak lagi penyakit-penyakit seperti: 1) Fatty liver (hati berlemak). 2) Kembung dan masalah system pencernaan. 3) Masalah psikiatri. 4) Penyakit nyanyuk (Alzheimer) 5) Penyakit Parkinson. 6) Masalah alahan dan hipersensitif. Ekzema, asma. 7) Sakit kepala dan migrain 8) Masalah kulit seperti jerawat dan ruam. 9) Masalah tiroid 10) Masalah sindrom metabolic 11) Diabetes type 2 12) Masalah peningkatan berat badan. 13) Sesetengah kanser seperti kanser usus dan darah. 14) Sakit sendi. 15) Spondyloarthropathy (Masalah-masalah sendi tulang belakang). 16) Malnutrisi. . . Begitu banyak sekali masalah yang dikaitkan dengan leaky gut ini.. yang dicetuskan dengan pengambilan gluten yang merosakkan dinding pelindung antara dunia luar dan badan kita. Gluten merupakan sesuatu yang dipandang remeh malah tidak diberi sorotan yang sepatutnya, kerana kesannya mungkin sangat "halus", penyakit kemudian datang menyerang hendap di kala anda merasa anda "sihat". . Memandangkan terdapat kajian yang membuktikan gluten di dalam makanan tepung ini juga memberi kesan kepada SEMUA INDIVIDU, adalah wajar mengelakkan pengambilannya secara berterusan terutamanya bagi mereka yang sensitif kepada gluten. Sama-sama kita tingkatkan kesedaran orang ramai terhadap bahaya gluten. . . Nukilan, -Encik Hafiz Sulaiman- Pejuang Kesihatan . . Gambar dipetik daripada Pengamal Perubatan Functional DrAxe.com |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|