![]()
Memandangkan banyak permintaan berkenaan terapi integratif@komplementari dalan perawatan sendi, otot dan saraf, saya akan menerangkan sedikit sebanyak informasi terkini berkenaan perawatan tidak konvensional dalam perawatan sendi, urat saraf dan otot.
Penafian: Maklumat ini tidak bertujuan mendiagnosa, merawat ataupun memberi nasihat perubatan.Segala maklumat bukan dakwaan keberkesanan rawatan cuma sebagai maklumat umum semata. Jika ada kemusykilan dan pertanyaan sila berjumpa doktor anda. Saya akan menerangkan secara ringkas dahulu teknik perawatan tidak konvensional yang ada. Nanti ada kesempatan saya akan jelaskan dengan terperinci. ![]()
Persoalan yang mengelirukan, orang yang bertanya pada saya juga kelihatan sangat keliru.
Kemungkinan kerana prosedur keduanya sama yang mana darah dikeluarkan daripada badan. Jadi adakah manfaat keduanya sama? Ada yang sama mungkin tapi banyak bezanya! Derma darah sangat penting bagi menyelamatkan nyawa. Ini bagi saya manfaat terbesar melebihi semua manfaat lain termasuk manfaat bekam. Niat pada yang ni bila derma darah , insha Allah akan dibalasNYA dengan kesihatan yang lebih baik. Bekam pula banyak manfaatnya. Ramai lebih percaya pada gimiknya, iaitu “buang darah kotor” menyebabkan terdapat mereka yang skeptik dan memandang serong pada terapi bekam ini. Walhal banyak kajian ke atas terapi ini secara saintifik telah dijalankan terutama oleh negara-negara timur tengah, China, india dan juga Malaysia. ![]()
Setiap lapisan sel di dalam tubuh anda terdiri daripada dua lapisan phospholipid daripada lemak dan juga kolesterol.
. Lemak tepu dan kolesterol memelihara integriti sel badan dan juga membenarkan nutrient larut lemak seperti vitamin A, D, E, K, choline dan DHA melaluinya. . Otak merupakan bahagian paling berlemak dengan 60% daripadanya terdiri daripada lemak dan kolesterol. . Selaput Myelin (Myelin sheath) di saraf manusia meningkatkan kelajuan impuls (maklumat saraf) dengan lompatan. Tanpanya maklumat akan bergerak secara gelombang yang lebih perlahan. Penyakit yang dikaitkan dengan kerosakan selaput myelin ialah >Multiple Sclerosis (MS) >Alzheimer (nyanyuk).
Teknik pengelupasan kimia merupakan teknik kecantikan yang kurang popular dan kurang digemari berbanding laser dan rawatan lain muka. Kaedah ini dilakukan oleh doktor perubatan estetik yang terlatih. Ia menggunapakai agen pengelupasan untuk menggelupaskan kulit yang kusam, berjerawat atau berjeragat ataupun kulit berkedut yang dimamah usia.
Prosedur Rawatan - Cuci muka. - Muka akan disapu toner atau agen primer yang lain. - Agen pengelupasan akan disapu secara sekata atau spot bergantung masalah kulit. - Kulit akan dineutralkan sekiranya perlu. (bergantung kepada agen pengelupasan) - Kulit MUNGKIN akan menggelupas dalam tempoh 1hari hingga 2 minggu bergantung agen penggelupasan. - Kulit yang baru perlu dijaga dengan rapi menggunakan pencuci yang lembut pada kulit dan pelindung matahari setiap 2 jam sekiranya keluar ke kawasan terdedah matahari. SOALAN: Apakah kolagen dimakan mampu meningkatkan kolagen kulit? . JAWAPAN: Iya, boleh. Protein kolagen akan dipecahkan oleh asid perut kepada protein kecil (amino asid) : 1) Glycine 2) Proline 3) Glutamine . Proline dan Glycine terutamanya merupakan BAHAN ASAS untuk membina struktur KOLAGEN! . Jadi anda tak banyakkan kolagen dengan serap kolagen sebijik-sebijik lepas tu letak bawah kulit. . Tapi asid perut akan pecahkan kepada bahan asas binaan kolagen yang diserap badan dan digunakan untuk buat kolagen. . . Apa yang penting ialah pencernaan kolagen ini oleh sistem pencernaan. Ramai populasi kita mengalami masalah penyerapan menyebabkan cirit birit dan sakit perut. Tidak kurang juga mengalami ALAHAN..kemungkinan besar disebabkan oleh masalah "kebocoran usus" (leaky gut). Kolagen yang besar tak dicerna akan masuk ke dalam usus dan mencetus reaksi antibodi. . . Sebab itu banyak produk kolagen menggunakan kolagen "hydrolysate" yang lebih kecil molekulnya supaya lebih mudah dicerna..bukan diserap ya. Tauke kolagen Zulkifli Mohamed Sharif tengah buat promotion tu collagen hydrolysate ;) . . Kolagen semulajadi boleh diperoleh daripada sumber: . ![]() Ramai tidak mengetahui otak terdiri daripada 60% lemak. Ia merupakan organ yang paling berlemak dalam badan manusia. Walaupun kecil, ia menggunakan 20% daripada tenaga metabolism badan. Sumber utama tenaga bagi otak tidak dapat dinafikan ialah gula. Namun begitu penggunaan secara berlebihan akan menyebabkan ketagihan gula. Iya benar, gula boleh menyebabkan ketagihan. Pemberian gula terutamanya fruktosa (gula buah) akan mengaktifkan “sistem ganjaran” di “Mesolimbic pathway”.Otak akan menyimpan memori “keseronokan” makan gula fruktosa dan makin lama semakin banyak gula ini diperlukan untuk memenuhi kepuasan dan keseronokan makan gula. Kekurangannya akan menyebabkan kelesuan, kerisauan, tekanan perasaan dan emosi yang tidak stabil Serupa dengan ketagihan bukan. Cuba periksa sekiranya anda atau keluarga anda dalam kategori ini.Kesan akan menjadi lebih buruk jika ketagihan gula digabungkan dengan ketagihan cafein. Cafein dan gula merupakan antara penyumbang utama kepada masalah keletihan adrenal. Sikit tak mengapa, banyak menjadi racun. Quote yang saya suka guna daripada Paracelcus, yang digelar bapa toksikologi: Dosis facit venunum. "dos yang menentukan sesuatu benda itu beracun". Mengapa lemak pilihan saya?
Kolesterol dan lemak merupakan komponen utama dinding sel.Dinding sel penting utk mengekalkan struktur sel dan mengekalkan zat-zat penting di dalam sel. Diet tinggi lemak akan menukarkan glutamate kepada GABA manakala gula berlebihan menyebabkan penghasilan aspartate dari glutamate. Peningkatan apartate dikaitkan dengan masalah kanak-kanak hiperaktif yang kian meningkat. Pembakaran lemak sebagai tenaga juga menghasilkan ketone yang lebih efisyen digunakan oleh otak.Pada tahun 1920-1930an diet ketogenik merupakan rawatan utama bagi masalah epilepsi (sawan).Namun penggunaanya diabaikan setelah penemuan ubat epilepsi. Kolesterol di dalam otak juga banyak di simpan di dalam selaput myelin (myelin sheath) pada saraf otak. Myelin sheath ini terdiri daripada 30% protein , 27% kolesterol (lemak) dan 43% phospholipid (lemak) Fungsi myelin sheath ni ialah untuk mempercepatkan pemindahan impuls dari saraf ke saraf jiran. Kerosakan myelin sheath mengakibatkan masalah degenerasi saraf seperti Alzheimer (nyanyuk) dan Multiple sclerosis. Pengambilan gula berlebihan serta lemak trans akan menghasilkan radikal bebas yang akan merosakkan struktur saraf ini. ![]() Lemak merupakan nutrisi yang sangat penting bagi perkembangan otak. Lemak Tepu (daging, ayam, telur, minyak kelapa, minyak kelapa sawit, butter, minyak sapi) -Merupakan komponen utama sel-sel otak. -Memelihara integriti dan kelikatan dinding sel. -Penting bagi mengekalkan nutrisi sel otak. ![]() Lemak Tak Tepu (PUFAs) - ( minyak ikan, minyak flax, walnut, makanan laut)
Monounsaturated (minyak zaitun, kekacang,)
Kesimpulannya, lemak merupakan antara komponen utama dalam perkembangan otak. Pengambilan lemak yang sihat seperti lemak tepu dan lemak monounsaturated sangat penting untuk meningkatkan kecerdasan dan mencapai fungsi optimum otak. |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|