Sayur dan buah merupakan makanan yang sangat berkhasiat. Namun logik kah makan vitamin kemudian makan racun bersama?
Mengapa anda patut merasa ngeri apabila makan sayur dan buah yang disirami racun pestisid ini? (1) KANSER Banyak kajian mengaitkan pendedahan pestisid kepada risiko kanser. Antaranya: - Leukemia - Limfoma - Kanser otak - Kanser buah pinggang - Kanser payudara - Kanser prostat - Kanser pankreas - Kanser hati - Kanser paru-paru - Kanser kulit Ibu mengandung yang terdedah terhadap pestisid dikaitkan dengan risiko menyebabkan kandungannya mendapat leukemia, Wilm's tumor dan kanser otak. Pendedahan terhadap racun serangga di rumah (spray nyamuk, lipas etc2) serta herbisid luar rumah dikaitkan dengan kanser darah kanak-kanak. Banyak kajian juga menunjukkan herbisid roundup (glyphosate)yang digunakan dalam tanaman GMO mungkin menyebabkan kanser. ![]()
Memandangkan banyak permintaan berkenaan terapi integratif@komplementari dalan perawatan sendi, otot dan saraf, saya akan menerangkan sedikit sebanyak informasi terkini berkenaan perawatan tidak konvensional dalam perawatan sendi, urat saraf dan otot.
Penafian: Maklumat ini tidak bertujuan mendiagnosa, merawat ataupun memberi nasihat perubatan.Segala maklumat bukan dakwaan keberkesanan rawatan cuma sebagai maklumat umum semata. Jika ada kemusykilan dan pertanyaan sila berjumpa doktor anda. Saya akan menerangkan secara ringkas dahulu teknik perawatan tidak konvensional yang ada. Nanti ada kesempatan saya akan jelaskan dengan terperinci. ![]()
Persoalan yang mengelirukan, orang yang bertanya pada saya juga kelihatan sangat keliru.
Kemungkinan kerana prosedur keduanya sama yang mana darah dikeluarkan daripada badan. Jadi adakah manfaat keduanya sama? Ada yang sama mungkin tapi banyak bezanya! Derma darah sangat penting bagi menyelamatkan nyawa. Ini bagi saya manfaat terbesar melebihi semua manfaat lain termasuk manfaat bekam. Niat pada yang ni bila derma darah , insha Allah akan dibalasNYA dengan kesihatan yang lebih baik. Bekam pula banyak manfaatnya. Ramai lebih percaya pada gimiknya, iaitu “buang darah kotor” menyebabkan terdapat mereka yang skeptik dan memandang serong pada terapi bekam ini. Walhal banyak kajian ke atas terapi ini secara saintifik telah dijalankan terutama oleh negara-negara timur tengah, China, india dan juga Malaysia. ![]()
Setiap lapisan sel di dalam tubuh anda terdiri daripada dua lapisan phospholipid daripada lemak dan juga kolesterol.
. Lemak tepu dan kolesterol memelihara integriti sel badan dan juga membenarkan nutrient larut lemak seperti vitamin A, D, E, K, choline dan DHA melaluinya. . Otak merupakan bahagian paling berlemak dengan 60% daripadanya terdiri daripada lemak dan kolesterol. . Selaput Myelin (Myelin sheath) di saraf manusia meningkatkan kelajuan impuls (maklumat saraf) dengan lompatan. Tanpanya maklumat akan bergerak secara gelombang yang lebih perlahan. Penyakit yang dikaitkan dengan kerosakan selaput myelin ialah >Multiple Sclerosis (MS) >Alzheimer (nyanyuk). ![]() Leaky gut merupakan masalah kesihatan kronik yang secara senyap merosakkan pelbagai sistem kesihatan tubuh badan manusia. Setelah membaca 2 artikel berkaitan gluten dan masalah leaky gut, dapatkan rawatan sekiranya anda merasakan anda atau keluarga anda terlibat. Sebarkan ilmu dan kesedaran berkenaan isu global ini yang menyebabkan banyak timbulnya penyakit-penyakit kronik yang semakin parah di zaman moden ini. Mulakan langkah kearah kesihatan lebih baik dengan gluten free diet (GFD). . Semua masalah kepenatan kronik, minda lebih jelas dan fokus, masalah tekanan dan kemurungan akan berkurangan , alahan makanan dan keradangan akan menjadi semakin baik selepas seminggu dua berpantang. Insha Allah sistem pencernaan anda akan pulih dalam masa 6-8 minggu. “Pintu” benteng pertahanan badan anda akan tertutup. Meskipun pintu sudah tertutup, namun gluten yang sudah menerobosi pintu pada pencerobohan awal mungkin mengambil masa 6 bulan – setahun untuk “dibersihkan” daripada sistem badan. Setiap individu adalah berbeza maka terdapat variasi tempoh pemulihan sistem pencernaan bagi setiap individu.
Bila sebut kurangkan berat badan, ramai yang terbayang kurangkan kalori. Jadi ramai mengambil cara berikut untuk membakar kalori badan demi mengurangkan lemak berlebihan:
1) Kurangkan karbohidrat dan gula serta makanan berlemak. 2) Banyakkan aktiviti kardio, bersenam lagi lama lagi bagus. Maraton, panjat gunung, berbasikal berpuluh dan beratus kilometer. Angkat berat biar sampai koyak sakit-sakit.. gym bro kata..."no peng no geng". 3) Supplemen: Protein perlu banyak dan supply tak boleh putus, casein ambil untuk malam dan sebelum puasa "slow releasing" bagus hehe Kena hantam supplement naikkan metabolisma sampai dup dap dup dap gigil-gigil terberak cair sampai saraf pun "terbako". Teh, kopi, limau dan lemon, protein sana sini pagi petang siang malam. Boleh. Boleh kurangkan berat badan jika bersemangat waja terus berusaha, yakin.boleh..rakan muda~ Namun kesihatan mungkin terjejas kerana keradangan dan peningkatan stress (radikal bebas) pada sel badan. Lebih naya kerana berat yang turun akan kembali dengan DENDAM. Bagi yang kurang bernasib baik, berat badan susah turun. Jika turun mungkin akan mencapai "plateau"..satu tahap yang.mana berat tak turun lagi walaupun anda sudah workout bagai nak rak. Anda jadi buntu. Dua perkara UTAMA anda mungkin tidak pernah dengar atau faham kenapa berat badan anda susah turun ialah faktor: HORMON ![]() Nak kongsi sikit pasal pemakanan daging memandangkan ramai pesakit gastritis dan GERD tanya. Pesakit ekzema saya pasti tahu saya memang wajibkan daging dalam protokol diet saya. Ini perkongsian saja ya bukan info dan nasihat perubatan. Kenapa daging penting: ------------------------------------ - Daging ni penting dalam menguatkan genetik. Kerana daging dan organ hati merupakan sumber b12 yang tinggi. Pemakan sayur sahaja (vegan) kena supplemen b12 sbb b12 hanya dari sumber haiwan. -Daging dan folate (dalam sayur hijau) penting dalam proses metilasi genetik..err..senang cerita utk buat DNA korang lah..utk detoks, utk fungsi macam2 dlm badan..untuk.senyapkan gene2 radang dan penyakit. - Ada orang baik dah GERD kununnya..tp sbb rosakkan perut blk makan makanan yg trigger genetik jahat..senang dia mai blk sbb gene x kuat. Makanan b12 dan folate ni utk senyapkan..kuatkan gene..moga2 sampi bila2. - Kita punya b12 dan folate mmg kurang. Terutamanya bila b12 ni perlu pertolongan garam magnesium (Mg) dan asid perut untuk penyerapannya. GERD korang tahu kan...KURANG ASID PERUT (ACHLORHYDRIA). Takkan lah perut rosak, asid perut makin banyak! Magnesium pun automatik la kurang sbb Mg ni perlu asid perut utk penyerapan. Tahukah anda apakah kegunaan magnesium? Untuk RELAX. Senang cerita. Relaxkan salur darah, ia boleh bantu kurgkan tekanan darah. Relax otot, akan kurangkan cramp kaki, relaxkan emosi juga..sbb tu garam magnesiun ni guna byk kat Spa utk bagi relax..tp kena pandai pilih la jenis magnesium pun byk. Ok berbalik pada vitamin b12 antara kesan kekurangan ..badan penat2..kurang selera makan...badan kurus keding..sel darah merah pun.kurang (megaloblastic anemia)..banyak lagi lah kesannya..oksigen pun jadi kurang bila darah merah kurang.
Sebelum membeli, anda perlu tau kenapa minyak ikan ni istimewa.
Minyak ikan mengandungi lemak tidak tepu (PUFAs) Omega 3 yang tinggi. Omega 3 ialah antiradang yang sangat penting untuk mengimbangi radang dalam badan. Kebanyakan penyakit ialah disebabkan radang terutamanya pesakit kronik mengalami radang sistemik (seluruh badan). Radang ni sama jugak macam meradang.. tandanya: 1. Merah 2. Bengkak 3. Sakit 4. Hilang Fungsi (kalau meradang orang kata hilang akal :D) Radang ni menyebabkan kerosakan di mana-mana saja..radang otak, radang buah pinggang, radang salur darah, radang saraf, radang lutut, radang hati, radang di mana-mana saja yang boleh difikirkan.
Ilmu manusia ini amat terbatas. Tanpa kita sedari kadang-kadang kita merasakan ilmu yang kita tahu itu sudah sangat hebat dan mendalam. Walhal ia cuma bagai setitik air di lautan yang luas. Di dalam bidang kesihatan umpamanya makanan yang kita rasakan selamat itu mungkin pada suatu hari ditemui sebagai pencetus utama kanser? Wallahua'lam kita sebagai manusia hanya mampu berdoa agar mampu dilindungiNya.
Terdapat beberapa contoh sesuatu yang dahulunya diberitakan selamat oleh badan kesihatan dunia, pakar-pakar kesihatan dan saintis rupanya membawa padah kepada kesihatan selama berpuluh tahun lamanya. Antaranya:
--------------------------------------------------------------------------
Tidak dinafikan sumber vitamin C yang seimbang ialah daripada sumber makanan. . Penggunaan vitamin C pada dos kurang 1000mg merupakan ANTIOKSIDAN yang mencegah penyakit skurvi pada paras 60mg. (RDA:80mg). . Namun vitamin C sintetik dipercayai oleh pakar-pakar vitamin C seperti Linus Pauling, Dr Fred Klenner, Robert Cathcart, Thomas Levy, dll mempunyai kesan yang lebih daripada hanya pencegahan skurvi. Dos yang tinggi . Pengambilan lebih 1000mg melalui suntikan..ada kajian mengatakan 10,000mg memberi stress (PROOKSIDAN) kepada badan yang mengaktifkan antioksida dalaman (enzimatik). Ia juga boleh dicapai menggunakan kaedah "toleransi usus" oleh Dr Robert Cathcart..insha Allah saya akan kongsi post lama saya ni.. . Maka mereka menyarankan sekurangnya 2gram setiap hari (Linus Pauling Institute Oregon). . Terdapat banyak kajian menunjukkan 1) Dos tinggi vitamin C membunuh kuman termasuk TB, Virus dan melawan sel kanser. 2) Dos tinggi vitamin mencepatkan penyembuhan luka luaran dan juga kerosakan dalaman. 3) Vitamin C mencepatkan pemulihan selsema dan batuk-batuk. 4) Vitamin C mengurangkan alahan. 5) Vitamin C mengurangkan kolesterol jenis jahat. 6) Vitamin C membantu mengurangkan asid urik. 7) Vitamin C mengurangkan keradangan dan juga kesakitan. 8) Vitamin C mengurangkan stress. 9) Vitamin C membantu pesakit kencing manis mengawal paras gula darah. 10) Vitamin C meningkatkan kolagen. 11) dan lain lain lain lain... . Jika diteruskan, dinding facebook anda akan dipenuhi dengan kebaikan dan khasiat vitamin C yang boleh saya senaraikan dan terangkan secara terperinci selama 2 hari 2 malam ? . Vitamin C mempunyai banyak kelebihan dan manfaat kepada kesihatan..maka tidak hairan ia merupakan zat paling saya gemari dan wajibkan kepada semua pesakit saya.. untuk kesihatan yang lebih baik..insha Allah.. . Namun anda juga perlu berjaga-jaga... Bersambung.. Bhgn 2 : Berjaga-jaga suplemen Vitamin C . . Ikhlas, Hafiz.Sulaiman -Pejuang Kesihatan- Tahukah anda?
. Haiwan kebanyakannya dapat menghasilkan sendiri vitamin C di dalam badan mereka. . Manusia kekurangan enzim GULO (Gulonolactone oxidase) yang penting untuk menghasilkan sendiri vitamin C. . Semakin tinggi stress dan teruk penyakit itu, semakin tinggi vitamin C diperlukan oleh manusia dan juga haiwan untuk melawan penyakit itu. . Maka tidak hairan jika zat vitamin C ini sangat penting & "essential" untuk kehidupan yang sihat. . Amalkan pemakanan tinggi vitamin C seperti sayuran dan buah-buahan. Jika tidak mencukupi, ambil suplemen vitamin C yang baik. . Ia merupakan keadaan di mana badan tidak mampu menangani keradangan disebabkan ketidakseimbangan dan kelemahan sistem badan.
Ia berlaku pada fasa awal kesembuhan iaitu FASA KERADANGAN. Kebiasaannya fasa keradangan ini mengambil masa 2-5 hari. Begitu lah kebiasaannya healing krisis. Namun ia berbeza mengikut kapasiti penyembuhan masing-masing. Kangen merupakan Air terion yang dihasilkan mesin menggunakan konsep elektrolisis. Plat negatif menghasilkan oksigen dan plat positif menghasilkan gas hidrogen. Pertama kali saya mendengar nama Kangen water saya membuat anggapan ringkas bahawa kangen water merupakan air yang sama dengan air alkali komersial yang selalu diberi nilai kesihatan melampau dan tidak saintifik. Setelah pendedahan FB "Pseudoscience Watch" berkenaan enhancer sodium hypochlorite di dalam Kangen water, saya merasa tertarik untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan air alkali dari negara nipon ini.
Apakah itu sodium hypochlorite? Menurut Wikipedia : Natrium hipoklorit ialah satu sebatian kimia dengan formula NaOCl. Larutan natrium hipoklorit, lebih dikenali sebagai peluntur atau clorox, selalunya digunakan sebagai penyahjangkitan atau agen peluntur. Wikipedia Formula: NaClO Takat lebur: 18 °C Ketumpatan: 1.11 g/cm³ Takat didih: 101 °C Jisim molar: 74.44 g/mol Larut dalam: Air NaClO merupakan salah satu bahan yang selalu digunakan loji perawatan air. Ia juga merupakan bahan yang sama digunakan untuk.membunuh kuman di dalam kolam renang. Mengapa NaOCl di dalam Kangen water? ia adalah kerana beberapa sebab antaranya: 1. Sodium hypochlorite atau nama lainnya natrium hipoklorit menghasilkan oksidiser yang kuat iaitu hypochlorous acid (HOCL) yang memberi kesan "redox" meningkatkan antioksida dalaman badan secara adaptasi. HOCL juga merupakan antikuman yang sangat kuat dalam kajian in vitro (tabung uji). Kesan ini lah yang menggalakkan penjualan kangen water kerana ramai pelanggan merasa kesan “positif” yang pelbagai hasil daripada kesan redoks oleh HOCL. 2. Gas hidrogen walaupun mempunyai kesan positif pada kesihatan namun ia adalah gas yang sangat reaktif. Hidrogen dalam masa yang singkat beberapa minit akan terurai menjadi air dan oksigen. Hypochlocorous acid yang terhasil dari penambahan sodium hipoklorit sebaliknya mempunyai jangka hayat (shelf life) yang lebih lama 4-6 minggu. Shelf life ini boleh dipertingkatkan sehingga setahun dengan penambahan sodium hydroxide (NaOH) yang meningkatkan pH air sehingga pH 11.5. Mesin Kangen water mengguna pakai prinsip elektrolisis untuk menghasilkan NaOH yang memanjangkan jangka hayat air yang terhasil. Meskipun hypochlorous acid dianggap sebagai oxidizer yang kuat dan memberi kesan “positif” kepada kesihatan namun banyak kajian yang menunjukkan kesan sitotoksiknya kepada sel. Saya mendapat tahu menerusi perbincangan di halaman forum molecular hydrogen institute yang dikendalikan oleh saintis pengkaji Tyler Le Baron bahawa Kangen water menggunakan bahan kimia calcium sulfite sebagai agen menyahkan klorin namun belum dapat disahihkan kerana tiada pengesahan dari pihak Enagic (Kangen water). Saya ingin mengulas sedikit tentang kesan positif penggunaan Kangen water ke atas beberapa masalah kesihatan. Secara asasnya pesakit kronik mempunyai kandungan stres oksidatif yang lebih tinggi kesan daripada kerosakan radikal bebas yang dihasilkan oleh ketidak seimbangan hormon dan ejen biokimia badan, emosi dan pemakanan yang tidak sihat. Sekiranya sistem antioksida dalaman (endogenous antioxidant) badan masih mampu melawan radical bebas dengan disokong antioksida dari pemakanan yang mencukupi (exogenous antioxidant), penggunaan Kangen water mampu meransang menguatkan lagi sistem antioksida badan. Kesannya:
Penambahan ejen oksidatif seperti hypochlorous acid dari luaran walau bagaimana pun mungkin memburukkan keadaan dalaman badan pada pesakit yang terlampau banyak radikal bebas (ROS) dan lemah sistem antioksida badan. Kesannya: 1. Batuk menjadi lebih teruk. (Iritasi pada paru-paru) 2. Iritasi sistem penghadaman seperti gastrik, muntah dan cirit birit terutama dengan pH yang tinggi. 3. Iritasi pada mukosa lain menyebabkan resdung makin teruk, alergi, “flare” eczema dll. 4. Sakit kepala. 5. Pertambahan beban oksidatif pada organ mungkin menyebabkan lemah dan rosak 6. Penyakit akan progres lebih cepat menjadi lebih teruk. Kesan Air Alkali Saya masih menkaji pembacaan yang saintifik dan layak digelar ilmiah berkenaan air alkali ini. Terdapat artikel yang membuktikan sel kanser dan kuman kebiasaanya hidup dalam keadaan berasid dan kurang oksigen.Namun pada pendapat peribadi saya pemakanan dan minuman pH tinggi ke dalam semua gizi merupakan solusi dan rumusan mudah yang boleh membahayakan kesihatan. Akhirnya, bidang terapi redoks dan bio-oksidatif merupakan cabang bukan “mainstream” yang tidak diterima di dalam perubatan masa kini. Terdapat pro dan kontra terhadap penggunaan Kangen.water sebagai terapi mahupun sebagai minuman harian.Paling penting ialah anda perlu tahu apa yang anda benarkan masuk ke dalam tubuh badan anda kerana kesihatan merupakan tanggungjawab dan amanah . Dapatkan nasihat mereka yang pakar dalam bidang ini dan merupakan doktor yang bertauliah dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Nota kaki: Penulisan ini merupakan pendapat peribadi penulis sebagai seorang pengamal kesihatan holistik. Ia tidak boleh dianggap sebagai nasihat kesihatan dan penulis tidak akan bertanggungjawab di atas segala akibat daripada perkongsian di atas. |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|