Sayur dan buah merupakan makanan yang sangat berkhasiat. Namun logik kah makan vitamin kemudian makan racun bersama?
Mengapa anda patut merasa ngeri apabila makan sayur dan buah yang disirami racun pestisid ini? (1) KANSER Banyak kajian mengaitkan pendedahan pestisid kepada risiko kanser. Antaranya: - Leukemia - Limfoma - Kanser otak - Kanser buah pinggang - Kanser payudara - Kanser prostat - Kanser pankreas - Kanser hati - Kanser paru-paru - Kanser kulit Ibu mengandung yang terdedah terhadap pestisid dikaitkan dengan risiko menyebabkan kandungannya mendapat leukemia, Wilm's tumor dan kanser otak. Pendedahan terhadap racun serangga di rumah (spray nyamuk, lipas etc2) serta herbisid luar rumah dikaitkan dengan kanser darah kanak-kanak. Banyak kajian juga menunjukkan herbisid roundup (glyphosate)yang digunakan dalam tanaman GMO mungkin menyebabkan kanser.
Tikar getah dikatakan mempunyai kesan buruk kepada kesihatan kerana mengandungi BPA dan pthalates yang dikelaskan sebagai xenoestrogen.
Sebagai ringkasan, Xenoestrogen merupakan bahan bukan berasal dari badan tapi mampu memberi kesan kepada hormon estrogen di dalam badan anda..hormon yang dikaitkan dengan "kewanitaan". Antara Bahan Xenoestrogen: Tidak Organik -------------------- 1) Plastik : BPA, pthalates 2) Logam berat :Merkuri, aluminium, plumbum. 3) Produk Organoklorin 4) Racun Serangga 5) Kosmetik dan penjagaan badan tertentu Organik ------------ 1) Phytoestrogen : soya, flax, oat 2) Mycoestrogen
Masalah Gout berpunca daripada kandungan asid urik yang tinggi dalam darah (hyperuricemia) serta masalah perkumuhan asid uric ini. Ia berkumpul menjadi kristal (tophi) pada tempat-tempat tertentu seperti sendi dan menyebabkan kesakitan. Antara makanan yang disarankan pantang sekiranya anda pesakit gout ialah makanan tinggi purin seperti makanan laut contohnya ikan bilis dan kerang, hati dan organ dan juga daging.
Antara sebab-sebab lain menyebabkan gout ialah kekurangan air (dehidrasi) dan juga pengambilan alkohol. Senaman berlebihan yang meningkatkan stres oksidatif perlu dielakkan. Amalkan senaman ringkas seperti senaman kekuatan dalam tempoh hanya 10-20 minit sehari terutamanya bagi pesakit gout. ![]() Seringkali tekanan emosi melanda anak-anak yang menghafaz Al-Quran. Terutamanya jika menghafaz ayat yang susah dan ibu/bapa pula garang macam tiger shark. Ini menyukarkan pembelajaran dan didikan Al-Quran akan menjadi lebih mencabar buat ibubapa pendidik anak-anak huffaz. Stress yang berlebihan dan berpanjangan (kronik) akan menyebabkan anak-anak hilang mood, tertekan, kepenatan dan ketakutan dengan tiger shark
Bila sebut kurangkan berat badan, ramai yang terbayang kurangkan kalori. Jadi ramai mengambil cara berikut untuk membakar kalori badan demi mengurangkan lemak berlebihan:
1) Kurangkan karbohidrat dan gula serta makanan berlemak. 2) Banyakkan aktiviti kardio, bersenam lagi lama lagi bagus. Maraton, panjat gunung, berbasikal berpuluh dan beratus kilometer. Angkat berat biar sampai koyak sakit-sakit.. gym bro kata..."no peng no geng". 3) Supplemen: Protein perlu banyak dan supply tak boleh putus, casein ambil untuk malam dan sebelum puasa "slow releasing" bagus hehe Kena hantam supplement naikkan metabolisma sampai dup dap dup dap gigil-gigil terberak cair sampai saraf pun "terbako". Teh, kopi, limau dan lemon, protein sana sini pagi petang siang malam. Boleh. Boleh kurangkan berat badan jika bersemangat waja terus berusaha, yakin.boleh..rakan muda~ Namun kesihatan mungkin terjejas kerana keradangan dan peningkatan stress (radikal bebas) pada sel badan. Lebih naya kerana berat yang turun akan kembali dengan DENDAM. Bagi yang kurang bernasib baik, berat badan susah turun. Jika turun mungkin akan mencapai "plateau"..satu tahap yang.mana berat tak turun lagi walaupun anda sudah workout bagai nak rak. Anda jadi buntu. Dua perkara UTAMA anda mungkin tidak pernah dengar atau faham kenapa berat badan anda susah turun ialah faktor: HORMON ![]() Nak kongsi sikit pasal pemakanan daging memandangkan ramai pesakit gastritis dan GERD tanya. Pesakit ekzema saya pasti tahu saya memang wajibkan daging dalam protokol diet saya. Ini perkongsian saja ya bukan info dan nasihat perubatan. Kenapa daging penting: ------------------------------------ - Daging ni penting dalam menguatkan genetik. Kerana daging dan organ hati merupakan sumber b12 yang tinggi. Pemakan sayur sahaja (vegan) kena supplemen b12 sbb b12 hanya dari sumber haiwan. -Daging dan folate (dalam sayur hijau) penting dalam proses metilasi genetik..err..senang cerita utk buat DNA korang lah..utk detoks, utk fungsi macam2 dlm badan..untuk.senyapkan gene2 radang dan penyakit. - Ada orang baik dah GERD kununnya..tp sbb rosakkan perut blk makan makanan yg trigger genetik jahat..senang dia mai blk sbb gene x kuat. Makanan b12 dan folate ni utk senyapkan..kuatkan gene..moga2 sampi bila2. - Kita punya b12 dan folate mmg kurang. Terutamanya bila b12 ni perlu pertolongan garam magnesium (Mg) dan asid perut untuk penyerapannya. GERD korang tahu kan...KURANG ASID PERUT (ACHLORHYDRIA). Takkan lah perut rosak, asid perut makin banyak! Magnesium pun automatik la kurang sbb Mg ni perlu asid perut utk penyerapan. Tahukah anda apakah kegunaan magnesium? Untuk RELAX. Senang cerita. Relaxkan salur darah, ia boleh bantu kurgkan tekanan darah. Relax otot, akan kurangkan cramp kaki, relaxkan emosi juga..sbb tu garam magnesiun ni guna byk kat Spa utk bagi relax..tp kena pandai pilih la jenis magnesium pun byk. Ok berbalik pada vitamin b12 antara kesan kekurangan ..badan penat2..kurang selera makan...badan kurus keding..sel darah merah pun.kurang (megaloblastic anemia)..banyak lagi lah kesannya..oksigen pun jadi kurang bila darah merah kurang.
KORTISOL : Hormon yang dirembeskan kelenjar adrenal (atas buah pinggang) ini lebih dikenali sebagai hormone “stress”. Ia sebenarnya ialah sejenis HORMON STEROID. Fungsi utamanya ialah untuk mengurangkan stress dan keradangan. Ia juga berfungsi dalam metabolisma makanan karbohidrat (jadi parasnya meningkat sekejap lepas makan karbohidrat). Ia juga meningkatkan kesedaran dan fokus. Perembesannya dikawal oleh PAKSI HPA (Hypothalamus-Pituitary-Adrenal Axis) di otak.
MELATONIN: Merupakan hormon “tidur” yang dirembeskan kelenjar pineal di otak. Penghasilan melatonin berkurangan dengan ransangan cahaya terutama lampu dengan wavelength BIRU (LED kebiasaanya). Antara fungsi lain melatonin ialah antioksida, mengawal system imuniti (immunomodulatory), anti”stress” dan antiradang.
Penyakit Celiac (CD) merupakan penyakit yang mengaktifkan autoimuniti (antibodi serang badan sendiri) seluruh badan menyebabkan kerosakan usus pada mereka yang berisiko. Ia diransang oleh pemakanan gluten yang menyebabkan keradangan seterusnya kerosakan dinding pertahanan di usus.
Gluten yang menerobosi benteng pertahanan di usus ini masuk ke dalam darah dan diserang antibodi badan lalu membentuk “kompleks” yang terdampar di organ-organ seterusnya menyebabkan kerosakan sistem pencernaan.
Sebelum membeli, anda perlu tau kenapa minyak ikan ni istimewa.
Minyak ikan mengandungi lemak tidak tepu (PUFAs) Omega 3 yang tinggi. Omega 3 ialah antiradang yang sangat penting untuk mengimbangi radang dalam badan. Kebanyakan penyakit ialah disebabkan radang terutamanya pesakit kronik mengalami radang sistemik (seluruh badan). Radang ni sama jugak macam meradang.. tandanya: 1. Merah 2. Bengkak 3. Sakit 4. Hilang Fungsi (kalau meradang orang kata hilang akal :D) Radang ni menyebabkan kerosakan di mana-mana saja..radang otak, radang buah pinggang, radang salur darah, radang saraf, radang lutut, radang hati, radang di mana-mana saja yang boleh difikirkan.
Ilmu manusia ini amat terbatas. Tanpa kita sedari kadang-kadang kita merasakan ilmu yang kita tahu itu sudah sangat hebat dan mendalam. Walhal ia cuma bagai setitik air di lautan yang luas. Di dalam bidang kesihatan umpamanya makanan yang kita rasakan selamat itu mungkin pada suatu hari ditemui sebagai pencetus utama kanser? Wallahua'lam kita sebagai manusia hanya mampu berdoa agar mampu dilindungiNya.
Terdapat beberapa contoh sesuatu yang dahulunya diberitakan selamat oleh badan kesihatan dunia, pakar-pakar kesihatan dan saintis rupanya membawa padah kepada kesihatan selama berpuluh tahun lamanya. Antaranya:
Teh tarik alaf baru menggunakan krimer bukan tenusu iaitu lemak daripada minyak kelapa sawit bagi menggantikan pepejal susu yang semakin mahal kosnya..
. Minyak kelapa sawit menjadikan teh tarik berlemak menggantikan lemak susu..namun rasanya sudah tentu berbeza dengan lemak susu.. . Maka gula diletakkan dengan banyaknya..gula paling beracun jika diambil berlebihan, iaitu gula fruktosa kepekatan tinggi.. Terdapat banyak persamaan antara gula HFCS dan ARAK ialah keduanya menyebabkan ketagihan. - Keduanya hanya diproses di HATI semata. - Keduanya juga meningkatkan asid urik menyebabkan gout - Keduanya menyebabkan penyakit hati berlemak dan merosakkan hati. - Keduanya juga meningkatkan trigliserida dan kolesterol lemak jahat VLDL. - Keduanya menyebabkan masalah metabolic dan penyakit jantung. - Keduanya menyebabkan peningkatan stres radikal bebas yang merosakkan badan. - Keduanya juga meningkatkan produk glikasi (AGEs) yang merosakkan organ dan menyebabkan penuaan. - Pengambilan berlebihan juga dikaitkan dengan perkembangan pesat sel kanser pancreas mengikut kajian . Elakkan mengambil teh tarik dan air manis setiap hari. Jika diambil hari itu, maka hadkan pengambilan gula di dalam makanan anda termasuk gula tersembunyi di dalam nasi, biskut, gandum dan karbohidrat diperhalusi lainnya. . . Hafiz Sulaiman -Pejuang Kesihatan- |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|