![]()
Racun pada buah dan sayuran mungkin membawa kepada kesan kesihatan yang serius terutamanya dalam jangka masa panjang. Berikut merupakan tips yang boleh diambil bagi membuang pestisid pada permukaan:
. 1) BASUH DAN GOSOK DENGAN AIR 75-80% sisa pestisid boleh dikurangkan dengan membasuh tanaman dan menggosoknya di bawah aliran air sejuk. Menurut kajian lain pula, bukan suhu yang penting, tetapi aktiviti menggosok itu lah yang mengurangkan pestisid. Gunakan sarung tangan plastik dan gosok sekurangnya 30 saat. Pastikan juga menggosok di celahan buah dan sayuran di mana racun serangga ini berkumpul. ![]() Pemakanan suplemen yang diluluskan agensi regulatori farmasi kebangsaan sepatutnya selamat dimakan oleh umum. . Namun bukan semua orang boleh makan semua suplemen. Suplemen bukan "whole food" ialah zat-zat yang tidak seimbang seperti mana juga ubatan. Sebahagian besar darinya memerlukan penilaian sejarah, pemeriksaan fizikal, dan ujian makmal tehadap darah dan juga sampel lain dari tubuh untuk memastikan keperluaannya.
Gula dan karbohidrat (termasuk bijian cereal, wholemeat, whole wheat) meningkatkan kerosakan kebanyakan organ termasuk otak, mata, buah pinggang, dan jantung menerusi apa yang dinamakan sebagai:
[PRODUK AKHIR GLIKASI] @ Advace Glycation End Product (AGE) AGE menyebabkan salur darah menjadi keras (tidak fleksibel). Ia juga mengurangkan pengaliran darah dengan menyekat penghasilan nitric oxide (NO).Ia juga menjadi punca radang dan dikaitkan rapat dengan penyakit kronik seperti: 1) Kencing manis 2) Alzheimer (nyanyuk) 3) Katarak dan degenerasi makula. 4) Masalah buah pinggang kronik. 5) Atherosclerosis (salur darah menyempit)
Pegangan saya terhadap prinsip pemakanan di dalam Islam hanya berlandaskan beberapa dalil naqli di dalam Al-Quran terutamanya ayat yang saya lampirkan. Saya tidak berniat menafsir cuma berkongsi pembacaan dan ijtihad saya atas ayat ini.
. . Di dalamnya terdapat beberapa beberapa arahan ![]()
Kunyit merupakan antara sorotan utama kajian-kajian sains pemakanan abad ini. Ia dipetik lebih 6000 kali sebagai rujukan saintifik.
Kajian yang pesat beberapa tahun ini membuktikan banyak kesan positif kunyit, terutama ekstraknya iaitu curcumin dan curcuminoids yang efektif sebagai ubat tahan sakit dan anti radang, antivirus, antibakteria, antioksida dan juga antikanser. Curcumin juga meningkatkan paras Brain Derived Neurotropic Factor (BDNF) yang meningkatkan penjanaan saraf maka berpotensi mencegah dan merawat penyakit penuaan seperti nyanyuk (Alzheimer) dan juga Parkinson.
Masalah Gout berpunca daripada kandungan asid urik yang tinggi dalam darah (hyperuricemia) serta masalah perkumuhan asid uric ini. Ia berkumpul menjadi kristal (tophi) pada tempat-tempat tertentu seperti sendi dan menyebabkan kesakitan. Antara makanan yang disarankan pantang sekiranya anda pesakit gout ialah makanan tinggi purin seperti makanan laut contohnya ikan bilis dan kerang, hati dan organ dan juga daging.
Antara sebab-sebab lain menyebabkan gout ialah kekurangan air (dehidrasi) dan juga pengambilan alkohol. Senaman berlebihan yang meningkatkan stres oksidatif perlu dielakkan. Amalkan senaman ringkas seperti senaman kekuatan dalam tempoh hanya 10-20 minit sehari terutamanya bagi pesakit gout. ![]() Leaky gut merupakan masalah kesihatan kronik yang secara senyap merosakkan pelbagai sistem kesihatan tubuh badan manusia. Setelah membaca 2 artikel berkaitan gluten dan masalah leaky gut, dapatkan rawatan sekiranya anda merasakan anda atau keluarga anda terlibat. Sebarkan ilmu dan kesedaran berkenaan isu global ini yang menyebabkan banyak timbulnya penyakit-penyakit kronik yang semakin parah di zaman moden ini. Mulakan langkah kearah kesihatan lebih baik dengan gluten free diet (GFD). . Semua masalah kepenatan kronik, minda lebih jelas dan fokus, masalah tekanan dan kemurungan akan berkurangan , alahan makanan dan keradangan akan menjadi semakin baik selepas seminggu dua berpantang. Insha Allah sistem pencernaan anda akan pulih dalam masa 6-8 minggu. “Pintu” benteng pertahanan badan anda akan tertutup. Meskipun pintu sudah tertutup, namun gluten yang sudah menerobosi pintu pada pencerobohan awal mungkin mengambil masa 6 bulan – setahun untuk “dibersihkan” daripada sistem badan. Setiap individu adalah berbeza maka terdapat variasi tempoh pemulihan sistem pencernaan bagi setiap individu. ![]()
Leaky gut atau ketelapan usus merupakan terma yang kabur dalam dunia perubatan moden. Ia merupakan SINDROM, iaitu gabungan simtom-simtom dan bukannya diagnosis perubatan.
Perut menjadi “bocor” kerana beberapa sebab. Antaranya menurut Bischoff et al, 2014: 1) Keseimbangan hidupan (kuman) sistem pencernaan (pre dan probiotik dan persekitarannya). 2) Perubahan lapisan mukus atau kerosakan lapisan system pencernaan. 3) Gaya hidup seperti diet tinggi kalori dan alkohol. . Menurut NHS UK, punca kerosakan lapisan sistem pencernaan adalah seperti: 1) Alkohol 2) Aspirin ubat tahan sakit NSAIDs yang lainnya. 3) Penyakit keradangan perut seperti Crohn's disease 4) Jangkitan system pencernaan. 5) celiac disease 6) Ubat Kemoterapi 7) Sakit buah pinggang kronik. 8) Radioterapi kearah usus 9) Immunosuppressants. Ubat yang melemahkan imuniti badan seperti steroid dan kemoterapi. 10) HIV/AIDS 11) Cystic fibrosis 12) type 1 diabetes 13) Jangkitan kuman darah (sepsis). 14) Pembedahan rumit.
Zaman moden menyaksikan peningkatan pengeluaran hasil pertanian dan perindustrian secara besar-besaran hasil teknologi yang lebih canggih. Pengubahsuaian genetik, penghibridan dan penggunaan jentera serta bahan kimia .Malangnya ia mempunyai kesan sampingan yang dikhuatiri membawa kemudaratan kepada masyarakat umum.
Gandum merupakan sebahagian tanaman penting yang menjadi subjek utama perbincangan kesihatan mutakhir ini dikatakan berpunca kemungkinan kerosakan genetik hasil penggunaan racun glyphosate dan penghibridan.Penghibridan menghasilkan tanaman gandum yang lebih tinggi kandungan gluten dan saiznya lebih besar. Apakah makanan yang mengandungi gluten? Ia disekeliling anda: Roti, Roti canai, biskut, kek, kuih, mee, barli, jagung, oat dan bermacam-macam lagi makanan kebiasaan zaman moden.
5 Sebab Mengapa 2 Keping Roti Menyukarkan Pelan Diet Anda Berbanding Nasi Lemak Dan Telur Sebagai Sarapan.
*Sebab Pertama Roti mempunyai Glycaemic Index (GI) dan glycaemic load (GL) yang lebih tinggi berbanding nasi per gram. Di bawah saya sertakan kajian GI untuk roti-roti yang terdapat di Malaysia. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/18785052 Bermakna roti lebih cepat diserap dan lebih tinggi kandungan gula yg diserap. Ini ialah hasil pemprosesan roti yang dihasilkan dari tepung yg diperhalusi. Ini ialah kelebihan nasi yang mempunyai lebih serat yg mengurangkan penyerapan gula ke dalam darah.
Ramai yang musykil bila saya kata makan 2 keping roti masa sarapan menyebabkan lebih susah kurang berat badan berbanding nasi lemak sebungkus kecil atau pun beberapa biji telur separuh masak.
Mungkin kerana perbandingan dari segi kalori sudah tentunya 2 keping roti lebih kurang kalorinya. Mungkin saya patut mengulas lebih terperinci macam mana 3-4 biji telur atau sebungkus kecil nasi lemak lebih berkesan sebagai diet berbanding 2 keping roti masa sarapan.
Ilmu manusia ini amat terbatas. Tanpa kita sedari kadang-kadang kita merasakan ilmu yang kita tahu itu sudah sangat hebat dan mendalam. Walhal ia cuma bagai setitik air di lautan yang luas. Di dalam bidang kesihatan umpamanya makanan yang kita rasakan selamat itu mungkin pada suatu hari ditemui sebagai pencetus utama kanser? Wallahua'lam kita sebagai manusia hanya mampu berdoa agar mampu dilindungiNya.
Terdapat beberapa contoh sesuatu yang dahulunya diberitakan selamat oleh badan kesihatan dunia, pakar-pakar kesihatan dan saintis rupanya membawa padah kepada kesihatan selama berpuluh tahun lamanya. Antaranya: PERUT PUNCA & UBAT PENYAKIT
------------------------------------------------------- Sistem pencernaan merupakan satu sistem yang menjadi pusat kajian para saintis masa kini. Ini kerana banyaknya penemuan mengejutkan berkenaan kaitan penyakit dengan sistem ini dijumpai sejak beberapa kurun yang lepas. . Ia bukan sesuatu yang baru..Islam sendiri melarang makan secara berlebihan dan mengikut hawa nafsu kerana ia punca kepada penyakit. . "Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit" ( Hadis riwayat muslim) Makan dan minumlah kamu dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlebih-lebihan" ( Surah al-A'raf:31) . Malah "bapa kepada perubatan" yang hidup lebih 2400 tahun lepas mengatakan: "All disease begins in the gut.” – Hippocrates . dan ubatnya: "Let food be thy medicine and medicine be thy food" . Banyak kajian terbaru membuktikan kenyataan tokoh-tokoh perubatan berkenaan pentingnya sistem pencernaan sebagai pusat penyakit dan juga ubatnya. Sebagai contohnya: . Histamin iaitu pengantara keradangan banyak terdapat di usus (ECL cells)..maka tidak hairan banyak penyakit termasuk penyakit mental, autoimune, kanser dan juga penyakit akut yang mempamerkan simtomnya di usus/perut. . Ubatnya iaitu DAO & HNMT yang mengimbangi histamin juga terdapat di lapisan usus. Maka cara memulihkan keradangan ialah dengan memulihkan usus. . Cara paling terbaik pula pada pendapat saya ialah dengan berpantang @ berpuasa! Sememangnya badan kita punyai keupayaan menyembuh tersendiri. To do nothing is sometimes a good remedy - Hippocrates. . Berpuasa juga merupakan unjuran Islam. " Berpuasalah nescaya kamu akan sihat" (Hadis riwayat Ibnu Sunni dan Abu Naim dari Abu Hurairah). . . Maka berpuasa lah dan elakkan makanan berlebihan menjadikan badan lebih sihat supaya kita dapat beribadah kepadaNya. . . Wallahua'lam.. . . Khutbah Jumaat Oleh: Hafiz Sulaiman -Pejuang Kesihatan-
Ramai yang musykil bila saya kata makan 2 keping roti masa sarapan menyebabkan lebih susah kurang berat badan berbanding nasi lemak sebungkus kecil atau pun beberapa biji telur separuh masak. Mungkin kerana perbandingan dari segi kalori sudah tentunya 2 keping roti lebih kurang kalorinya. Mungkin saya patut mengulas lebih terperinci macam mana 3-4 biji telur atau sebungkus kecil nasi lemak lebih berkesan sebagai diet berbanding 2 keping roti masa sarapan.
Resepi ayahanda dapat dari perkongsian seorang pegawai pertanian..dan pernah amalkan dulu alhamdulillah berkesan mengurangkan radang. Cuma kesannya tidaklah seperti terapi sel atau perubatan regeneratif. Kalau dah tak amalkan lagi dan tak pantang makanan penyebab radang memang akan datang balik. Apa pun sememanya ia merupakan alternatif lebih selamat berbanding ubat tahan sakit dan steroid yang menyebabkan masalah buah pinggang, ulser perut dan masalah jantung sekiranya diambil buat jangka masa panjang. Sesuai untuk masalah radang terutama rheumatoid arthritis, gouty arthritis. Lain-lain saya tiada pengalaman. Selamat mencuba! * Betik wajib hijau.. Oren memang tak jalan.. Boleh try ambil sekali kulitnya sebab papain banyak simpan di kulit betik. Ramai tidak mengetahui otak terdiri daripada 60% lemak. Ia merupakan organ yang paling berlemak dalam badan manusia. Walaupun kecil, ia menggunakan 20% daripada tenaga metabolism badan.
Selain mengurangkan makanan tinggi gula dan kafein, makanan tinggi bijian (grains) tinggi phytic acid juga perlu dikurangkan bagi pesakit kekurangan darah atau anemia.
Amalkan merendam beras dan bijian lain untuk mengurangkan kandungan phytic acid di dalamnya. Tingkatkan pengambilan makanan tinggi zat besi seperti daging, sayuran hijau dan makanan laut. Tingkatkan penyerapan zat besi berkali ganda dengan pengambilan vitamin C berkualiti tinggi. * Nota kaki: jangan pulak minum "jus vitamin C" padat HFCS! Mengapa 2 Keping Roti Menyukarkan Pelan Diet Anda Berbanding Nasi Lemak Dan Telur Sebagai Sarapan.27/3/2016 *Sebab Pertama
Roti mempunyai Glycaemic Index (GI) dan glycaemic load (GL) yang lebih tinggi berbanding nasi per gram. Di bawah saya sertakan kajian GI untuk roti-roti yang terdapat di Malaysia. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/18785052 Bermakna roti lebih cepat diserap dan lebih tinggi kandungan gula yg diserap. Ini ialah hasil pemprosesan roti yang dihasilkan dari tepung yg diperhalusi. Ini ialah kelebihan nasi yang mempunyai lebih serat yg mengurangkan penyerapan gula ke dalam darah. Kajian di sebuah universiti di Sepanyol menunjukkan peningkatan risiko obes sebanyak 40% dengan memakan 3-4 keping roti putih sehari. **fakta menarik. Roti putih dan roti wholemeal tergolong dalam makanan tinggi GI dalam 85-100 manakala whole grain dan sourdough tergolong dalam GI pertengahan 50-55 Glycaemic index antara yang terendah jatuh pada ROTI BARLI iaitu lebih kurang 25- 30 sahaja. Di dalam Hadith Rasulullah S.A.W. mengamalkan roti barli tetapi tidak setiap hari juga. Roti barli juga tinggi nutrisi dan antioksida berbanding roti-roti yang lain *Sebab Kedua Roti menyebabkan ketagihan disebabkan gula diperhalusi (refined) dan juga HFCS. Pengambilan gula terutamanya HFCS memberi imej "memori seronok" pada sistem ganjaran pada otak. Pengambilan karbohidrat diperhalusi juga menyebabkan masalah "withdrawal" yang teruk seperti kegelisahan dan "perasaan hypoglycaemia". Akibatnya anda sukar berpisah dengan roti. *Sebab Ketiga Roti tak mengenyangkan berbanding nasi. Ini kerana roti diperhalusi lebih cepat diserap ke dalam darah berbanding nasi..apatah nasi berlemak seperti nasi lemak. Sarapan lemak seperti telur lebih mengenyangkan dan tahan lama. Telur juga mengandungi antioksida yang mengurangkan stress. * Sebab Keempat Gula Terutamanya gula fruktosa menyebabkan rintangan leptin (hormon leptin tiggi tapi tidak sensitif). Hormon leptin merupakan hormon kekenyangan yang memberi signal "kenyang" selepas makan. Pengambilan makanan tinggi lemak untuk jangka masa panjang menurut kajian, meningkatkan paras hormon leptin. Kesimpulannya: makan roti otak cakap tak kenyang pun. * Sebab Kelima Roti mengandungi Gluten penyebab keradangan. Ramai yang mempunyai masalah menghadamkan gluten. Gluten merupakan antara penyebab utama keradangan, kerosakan usus dan masalah autoimun. Keradangan pula menyulitkan proses mengurangkan berat badan. Emosi menjadi tidak stabil dan badan menjadi stress. Antara kepantangan utama dalam mencapai kesihatan optimum ialah roti dan biskut yang diperhalusi dan banyak prosesnya. Amalkan makanan kurang gula dan karbohidrat diperhalusi. Lebihkan lemak dan minyak yang sihat. Makan protein secukupnya dan ambil sayuran hijau sebanyak yang mungkin. Badan anda kan berterima kasih pada anda. Sebagai ganjarannya, badan akan membalas dengan memberi berat badan ideal yang anda impikan, walaupun tanpa sebarang senaman. |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|