![]()
Setiap lapisan sel di dalam tubuh anda terdiri daripada dua lapisan phospholipid daripada lemak dan juga kolesterol.
. Lemak tepu dan kolesterol memelihara integriti sel badan dan juga membenarkan nutrient larut lemak seperti vitamin A, D, E, K, choline dan DHA melaluinya. . Otak merupakan bahagian paling berlemak dengan 60% daripadanya terdiri daripada lemak dan kolesterol. . Selaput Myelin (Myelin sheath) di saraf manusia meningkatkan kelajuan impuls (maklumat saraf) dengan lompatan. Tanpanya maklumat akan bergerak secara gelombang yang lebih perlahan. Penyakit yang dikaitkan dengan kerosakan selaput myelin ialah >Multiple Sclerosis (MS) >Alzheimer (nyanyuk).
Ramai yang musykil bila saya kata makan 2 keping roti masa sarapan menyebabkan lebih susah kurang berat badan berbanding nasi lemak sebungkus kecil atau pun beberapa biji telur separuh masak.
Mungkin kerana perbandingan dari segi kalori sudah tentunya 2 keping roti lebih kurang kalorinya. Mungkin saya patut mengulas lebih terperinci macam mana 3-4 biji telur atau sebungkus kecil nasi lemak lebih berkesan sebagai diet berbanding 2 keping roti masa sarapan. ![]() Nak kongsi sikit pasal pemakanan daging memandangkan ramai pesakit gastritis dan GERD tanya. Pesakit ekzema saya pasti tahu saya memang wajibkan daging dalam protokol diet saya. Ini perkongsian saja ya bukan info dan nasihat perubatan. Kenapa daging penting: ------------------------------------ - Daging ni penting dalam menguatkan genetik. Kerana daging dan organ hati merupakan sumber b12 yang tinggi. Pemakan sayur sahaja (vegan) kena supplemen b12 sbb b12 hanya dari sumber haiwan. -Daging dan folate (dalam sayur hijau) penting dalam proses metilasi genetik..err..senang cerita utk buat DNA korang lah..utk detoks, utk fungsi macam2 dlm badan..untuk.senyapkan gene2 radang dan penyakit. - Ada orang baik dah GERD kununnya..tp sbb rosakkan perut blk makan makanan yg trigger genetik jahat..senang dia mai blk sbb gene x kuat. Makanan b12 dan folate ni utk senyapkan..kuatkan gene..moga2 sampi bila2. - Kita punya b12 dan folate mmg kurang. Terutamanya bila b12 ni perlu pertolongan garam magnesium (Mg) dan asid perut untuk penyerapannya. GERD korang tahu kan...KURANG ASID PERUT (ACHLORHYDRIA). Takkan lah perut rosak, asid perut makin banyak! Magnesium pun automatik la kurang sbb Mg ni perlu asid perut utk penyerapan. Tahukah anda apakah kegunaan magnesium? Untuk RELAX. Senang cerita. Relaxkan salur darah, ia boleh bantu kurgkan tekanan darah. Relax otot, akan kurangkan cramp kaki, relaxkan emosi juga..sbb tu garam magnesiun ni guna byk kat Spa utk bagi relax..tp kena pandai pilih la jenis magnesium pun byk. Ok berbalik pada vitamin b12 antara kesan kekurangan ..badan penat2..kurang selera makan...badan kurus keding..sel darah merah pun.kurang (megaloblastic anemia)..banyak lagi lah kesannya..oksigen pun jadi kurang bila darah merah kurang.
Sebelum membeli, anda perlu tau kenapa minyak ikan ni istimewa.
Minyak ikan mengandungi lemak tidak tepu (PUFAs) Omega 3 yang tinggi. Omega 3 ialah antiradang yang sangat penting untuk mengimbangi radang dalam badan. Kebanyakan penyakit ialah disebabkan radang terutamanya pesakit kronik mengalami radang sistemik (seluruh badan). Radang ni sama jugak macam meradang.. tandanya: 1. Merah 2. Bengkak 3. Sakit 4. Hilang Fungsi (kalau meradang orang kata hilang akal :D) Radang ni menyebabkan kerosakan di mana-mana saja..radang otak, radang buah pinggang, radang salur darah, radang saraf, radang lutut, radang hati, radang di mana-mana saja yang boleh difikirkan.
Ilmu manusia ini amat terbatas. Tanpa kita sedari kadang-kadang kita merasakan ilmu yang kita tahu itu sudah sangat hebat dan mendalam. Walhal ia cuma bagai setitik air di lautan yang luas. Di dalam bidang kesihatan umpamanya makanan yang kita rasakan selamat itu mungkin pada suatu hari ditemui sebagai pencetus utama kanser? Wallahua'lam kita sebagai manusia hanya mampu berdoa agar mampu dilindungiNya.
Terdapat beberapa contoh sesuatu yang dahulunya diberitakan selamat oleh badan kesihatan dunia, pakar-pakar kesihatan dan saintis rupanya membawa padah kepada kesihatan selama berpuluh tahun lamanya. Antaranya: Ia tiada kaitan dengan kolesterol. Kolesterol tidak wujud dalam santan mahupun mana-mana bahan dari tumbuhan di muka bumi ini. Dakyah menyalahkan kolesterol punca bermacam penyakit sudah DIMITOSKAN oleh garis panduan pemakanan USDA 2015.. . Amylopectin dan Amylose merupakan komponen kanji di dalam nasi lemak. Mengikut kajian oleh Shanita et al (2011), Nasi lemak mengandungi kandungan amylopectin paling tinggi. Amylopectin ini lebih senang diserap sistem pencernaan maka meningkatkan gula dalam darah dengan cepat. . Gula yang tinggi menurunkan kadar aktiviti sistem kesedaran yang dikawal di otak iaitu OREXIN. Sistem ini juga sangat mempengaruhi obesiti..insha Allah akan saya huraikan di lain masa. . Maka otak menjadi MENGANTUK dan badan menjadi lemah. Ia ketara bagi sesetengah orang yang lemah sistem orexin mereka. . Mengambil protein di waktu pagi pula meningkatkan aktiviti orexin. Maka jika makanan protein diambil bersama karbohidrat, ia mengurangkan rasa mengantuk. . Jangan risau makan karbohidrat di waktu pagi terutama jika anda sudah bersenam. Makanan karbohidrat meningkatkan penyerapan asid amino tryptophan ke dalam otak maka meningkatkan hormon serotonin (gembira) dan melatonin (fungsi tidur waktu malam). Bagi yang tertinggal bas, rujuk artikel serotonin: https://m.facebook.com/story.php… . Lagipun, walaupun nasi lemak tinggi amylopectin, mengikut kajian Shanita et al juga, indeks glisemik nasi lemak didapati TERENDAH dalam makanan sarapan yang dikaji. Mungkinkah kerana penambahan santan (lemak) ke atas nasi menjadikannya RESISTANT STARCH yang lebih degil susah diserap? Wallahua'lam. . . Coretan, Hafiz Sulaiman -Pejuang Kesihatan-.
Lemak trans industri (tiruan) merupakan lemak durjana yang meningkatkan kolesterol jahat dan mengurangkan kolesterol baik.
Banyak kerosakan berlaku dikaitkan dengan pengambilan lemak trans termasuk kanser, kencing manis. masalah jantung, strok dan kerosakan organ badan serta meningkatkan keradangan yang menjadi punca kepada banyak penyakit kronik. Anda tentu lega bukan, apabila mendapati makanan dengan label seperti di atas. Zero gram trans fat tu bro.. Tunggu dulu....sabarr....tuan dengar dulu penjelasan selanjutnya...tuan mungkin akan tukar fikiran murni tuan itu :)
Lemak trans merupakan lemak yang paling bahaya kepada badan selain daripada minyak teroksida yang rosak.
Kesan pengambilan lemak trans kepada badan ialah: 1) Meningkatkan kolesterol “jahat” (LDL) daripada jenis kecil dan padat ( betul-betul jahat) 2) Merendahkan kolesterol baik (HDL) melindungi jantung dan organ. 3) Meningkatkan trigliserida (TG) 4) Menyesarkan dan mengurangkan kebaikan minyak omega-3 dan omega-6 badan. Kajian juga menunjukkan ibu yang menyusukan anak mencemarkan susu badan mereka dengan makanan minyak trans ini. Minyak trans meningkatkan risiko masalah jantung, strok dan kerosakan organ badan serta meningkatkan keradangan yang menjadi punca kepada banyak penyakit kronik. PEMAKANAN ZAMAN MODEN DAN IMPLIKASINYA TERHADAP KESIHATAN
[BAB MINYAK] TIPU DAYA MINYAK ABAD KE-20 : MINYAK TRANS Berhati-hati dengan label makanan mengandungi minyak hidrogen! Minyak Trans (Trans Fat) tiruan merupakan antara minyak makanan paling durjana di muka bumi ini. Minyak ini dihasilkan dengan menambahkan molekul hidrogen untuk menjadikan minyak sayuran.Minyak Trans biasa didapati di dalam makanan proses berikut: 1) Marjerin 2) Biskut dan kerepek. 3) Bertih jagung gelombang mikro 4) Makanan segera. 5) Kek, pastri dan pai 6) Coklat. dan bar snek. 7) Roti/ bun berkrim. 8) Sesetengah mentega kacang 9) Krimer kopi 10) Makanan segera bergoreng dan bakar (shortening) Jenis makanan/Kandungan Minyak Trans per 100g shortenings 10 to 33 g margarine/spreads 0.2 to 26 g butter 2 to 7 g whole milk 0.07 to 0.1 g breads/cake products 0.1 to 10 g cookies and crackers 1 to 8 g salty snacks 0 to 4 g cake frostings and sweets 0.1 to 7 g animal fat 0 to 5 g ground beef 1 g Sumber : Maria; Tarrago-Trani, Teresa; Phillips, Katherine M.; Lemar, Linda E.; Holden, Joanne M. (2006). "New and Existing Oils and Fats Used in Products with Reduced Trans-Fatty Acid Content". Journal of the American Dietetic Association. 106: 867–880. Shortening mengungguli carta kandungan minyak trans. Shortening merupakan minyak sayuran terhidrogen yang membeku pada suhu bilik. Ia biasa digunakan dalam pembuatan pastri kerana memberikan hasil produk yang gebu, tahan bakar dan tahan lama. Hati-hati dengan makanan segera yang digoreng ya, ia banyak menggunakan shortening dalam bentuk cecair. Sejarah minyak trans ini bermula awal 1900an ketika ahli kimia german Wilhelm Normann mendapati minyak sayuran atau minyak ikan boleh dirawat dengan menggunakan gas hidrogen menjadikannya pepejal atau separa pepejal. Kerana kelebihannya yang pelbagai dan lebih murah berbanding lemak haiwan seperti butter, minyak sayuran terhidrogen ini menjadi semakin popular. Sejak sekian lama minyak ini dicanangkan lebih selamat dan sihat berbanding lemak tepu. Walaupun kajian awal pada tahun 1970-1980an menunjukkan minyak trans ini meningkatkan risiko sakit jantung, reviu oleh Food and Drug Administration (FDA) malangnya merumuskan kajian keseluruhan minyak trans dan minyak terhidrogen ini tidak berbahaya. Hanya sehingga tahun 1990an, semakin banyak kajian membuktikan bahaya minyak trans ini. Usaha tanpa jemu saintis yang ikhlas dalam menyedarkan masyarakat berhasil apabila minyak trans ini tidak lagi dikategorikan sebagai GRAS (generally recognised as safe). FDA telah memberi tempoh selama 3 tahun mulai tahun 2015 kepada pengusaha makanan sebelum minyak trans ini diharamkan sepenuhnya pada tahun 2018. Bagaimanakah durjananya minyak trans ini membawa mudarat kepada umat manusia? Insha Allah saya akan uraikan pada artikel berikutnya... Susu dan yogurt rendah lemak sentiasa menjadi pilihan ramai yang ingin lebih sihat dan kurus. Dakyah "rendah lemak" ini digunakan untuk mengaut keuntungan yang lebih kepada pengeluar
. Produk rendah lemak ini dihasilkan dengan membuang krim yang terhasil pada bahagian atas susu. Maka bergembiralah industri susu kerana sebelum ini susu yang dibuang lemak ini dikira hasil buangan industri membuat krim. . Sejarahnya susu skim ini digunakan untuk menggemukkan Al-babb. Rujuk: Oliver, A. W.; E. L. Potter (November 1930)."Fattening Pigs for Market" . Sekarang sudah jadi "healthy food" pula ;) . Apa yang dibuang bersama lemak ya? |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|