Pengambilan susu merupakan kemestian di dalam gizi harian masyarakat kita. Penyerapan kalsium yang lebih tinggi diperlukan untuk kesihatan tulang, jantung dan juga saraf. Namun begitu, ramai yang tidak serasi dengan pengambilan susu lembu komersial terutamanya kerana alahan protein susu atau laktosa di dalamnya. Secara alternatifnya, kita boleh meningkatkan ketumpatan dan kesihatan tulang dengan mengamalkan 5 tips di bawah ini: 1. PILIH KALSIUM ALTERNATIF Bukan susu lembu sahaja yang tinggi kalsium. Susu kambing mengandungi kalsium dan mineral lain yang lebih tinggi. Susu kerbau dan susu unta juga mempunyai kandungan kalsium yang tinggi. Namun begitu, mereka yang mempunyai alahan tenusu akan mempunyai masalah penyerapan kalsium. Walaupun setinggi mana paras kalsium di dalam makanan jika tidak diserap usus, ia adalah tidak berguna. Terdapat juga pilihan produk bukan tenusu yang tinggi kalsium seperti
Bukan susu saja yang tinggi kandungan kalsium..itu gimik jual produk je tu hihi 2. TINGKATKAN VITAMIN D BADAN Vitamin D merupakan vitamin yang amat penting untuk penyerapan kalsium. Kulit kita boleh menghasilkan vitamin D apabila kolesterol kulit terdedah kepada cahaya matahari. Jadi dedahkan kulit kita kepada sinaran cahaya matahari pagi. Ingat, lebih gelap kulit kita, lebih lama kita perlu berjemur. Rata-rata mereka yang bekerja di pejabat yang terutamanya sangat kekurangan vitamin D menurut kajian oleh universiti tempatan berbanding nelayan. Ambil perhatian ya pekerja pejabat! Masyarakat kita sebenarnya lebih kritikal kekurangan vitamin D di dalam badan berbanding kalsium. Pengambilan makanan tinggi vitamin D juga adalah kurang kerana kebanyakannya tinggi kolesterol! Iya, siapa kata makanan kolesterol tidak bagus? Kebanyakan makanan tinggi vitamin D juga secara fitrahnya dijadikan Allah tinggi kolesterol dan lemak. Ini adalah untuk memudahkan penyerapan vitamin D yang bersifat larut lemak. 4 jenis makanan yang tinggi vitamin D ialah:
3. VITAMIN K2 KRITIKAL UNTUK FUNGSI TULANGPengambilan vitamin D secara berlebihan boleh menjadi toksik..hanya jika badan anda kekurangan vitamin K2. Berbeza dengan vitamin K1 yang berfungsi dalam pembekuan darah, vitamin K2 amat penting untuk kesihatan jantung dan tulang. Tanpa vitamin K2 juga, kalsium di dalam badan akan termendak di organ tidak sepatutnya seperti otot, jantung dan buah pinggang menyebabkan pengerasan organ-organ ini. 4. JANGAN LUPA MAGNESIUM YANG MENAKJUBKAN!Perlu ke mineral magnesium ni? Sudah tentu! Mineral magnesium ini mempunyai lebih 300 fungsi biokimia di dalam badan. Magnesium merupakan zat yang paling kurang parasnya di dalam masyarakat kita selain vitamin D. Ia adalah suplemen yang wajib diambil kerana kekurangannya di dalam makanan dan tanah pertanian. Bersama-sama vitamin D dan vitamin K2, magnesium membantu penyerapan kalsium untuk digunakan sel badan termasuk pembinaan tulang yang sihat. Cara mudah untuk tambah magnesium ialah dengan suplemen magnesium! 5. tulang sihat perlukan paras hormon yang sihat! Apabila wanita mengalami menopause, hormon tidak lagi berfungsi dengan optima. Hormon estrogen terutamanya sangat penting bagi membantu meningkatkan ketumpatan tulang. Tidak hairan ramai yang mengalami patah tulang, tulang rapuh atau osteoporosis pada usia selepas menopause. Phytoestrogen merupakan herba atau tumbuhan yang mempunyai ciri hormon kewanitaan. Di samping terkenal fungsinya sebagai awet muda, phytoestrogen juga membantu mencegah penguraian kolagen tulang. Hasilnya, tulang yang sihat dan kuat! Suplemen phytoestrogen? DIET PENGUAT TULANGSebagai kesimpulannya, diet untuk menguatkan tulang bukanlah susu lembu semata-mata. Ibu mengandung yang mengalami masalah alahan laktosa atau alahan protein susu mungkin membahayakan kesihatan diri dan kandungan dengan pengambilan berterusan. Malah, penyerapan zat di dalam susu juga jadi berkurangan.
Ingat, kalsium semata-mata juga tidak akan diserap badan, terutamanya susu rendah lemak. Ini kerana banyak zat yang penting untuk penyerapan kalsium memerlukan lemak sebagai pengangkutan zat-zat ini. Banyakkan makanan tinggi kalsium dan vitamin D, vitamin K2, magnesium dan phytoestrogen. Hati-hati juga ya jika anda ada penyakit alahan seperti ekzema, resdung, asma dan lain-lain. Terdapat beberapa makanan yang mengandungi zat di atas mungkin mencetus reaksi. Untuk rujukan makanan tersebut, boleh layari info ekzema www. thebiohealer.com/ekzema Akhirnya, kesihatan sistem pencernaan sangat penting untuk membantu penyerapan zat dan fungsi kesihatan tulang yang terbaik. Insha Allah. |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|