Kesnya begini. Kita dah lama sembelit. Dah minum air berliter setiap hari. Dah makan sayur banyak-banyak. Tak juga membuang dengan lawas. Stres rasanya. Emosi terganggu kot. Mungkin toksin dalam badan perlu dibuang barulah rasa lega. Ada beberapa jenis makanann yang biasa diamalkan oleh penderita sembelit. Pisang dan betik. Ramai menyangka pisang dan betik memudahkan lawas membuang air besar hanya kerana kandungan serat yang tinggi. Masuk akal juga bukan? Kenapa tidak dapat membuang setiap pagi? Hakikatnya ramai tidak membuang setiap hari kerana mengalami masalah sistem pencernaan. Hanya dengan mengambil buah seperti pisang dan betik ini barulah boleh "detoks" dan "lawas" buang air besar. Ini mungkin adalah pemahaman yang salah dan amalan berisiko memudaratkan kesihatan. Pisang dan betik mungkin hanya bertindak sebagai JULAP. Bagi sesetengah orang yang sensitif, kandungan bahan kimia saraf histamin dan serotonin yang tinggi di dalam buah ini menyebabkan pergerakan usus menjadi lebih aktif. Malah mereka yang sensitif mungkin akan mengalami cirit birit dengan pengambilan buah ini. Siapakah mereka yang sensitif ini? Kebiasaannya, mereka yang sensitif badan ini ialah mereka yang mengalami kerosakan sistem pencernaan. Maka dengan pengambilan buah pisang dan betik ini, kita MEMAKSA usus kita aktif bekerja keras mengepam kandungan usus keluar. Ini juga bukan kerana aktiviti detoks daripada makanan tersebut ya. Kesannya, usus yang terlebih aktif ini akan jadi terbeban. Malah, pengambilan makanan tinggi histamin seperti betik dan pisang juga mungkin menyebabkan KERADANGAN dan sensitiviti usus meningkat. Usus mungkin jadi semakin rosak! Maka timbullah simtom-simtom seperti :
Mengapa bebankan usus dan sebabkan usus semakin sensitif dan rosak? Apabila usus sudah menunjukkan tanda kerosakan seperti sembelit, apa yang perlu dilakukan sebenarnya ialah merehatkannya supaya pemulihan secara fitrah dapat berjalan lancar tanpa gangguan. SOLUSI MERAWAT MASALAH SEMBELIT.
Psyllum husk boleh dibeli di kebanyakan farmasi. Kesimpulannya, jika kita mempunyai masalah sembelit, ia mungkin petanda kerosakan dan usus sensitif. Lama-kelamaan jika kita berterusan meransang usus untuk melancarkan pembuangan, usus yang terbeban dan bengkak kerana stres histamin mungkin akan bengkak dan rosak. Usus tidak boleh berfungsi mengepam najis seperti normal lagi walaupun diransang.
Beri masa dan rehatkan usus supaya pemulihan semulajadi berlaku. Usah dipaksa, kelak sistem pencernaan kita mungkin tidak mampu menampung stres bekerja walaupun usus tak sihat. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sila share kepada keluarga dan sahabat supaya tidak melakukan kesilapan yang mungkin memudaratkan ini.
GLUTEN: PENCETUS KEROSAKAN TUBUH BADAN.
Zaman moden menyaksikan peningkatan pengeluaran hasil pertanian dan perindustrian secara besar-besaran hasil teknologi yang lebih canggih. Pengubahsuaian genetik, penghibridan dan penggunaan jentera serta bahan kimia .Malangnya ia mempunyai kesan sampingan yang dikhuatiri membawa kemudaratan kepada masyarakat umum. Gandum merupakan sebahagian tanaman penting yang menjadi subjek utama perbincangan kesihatan mutakhir ini dikatakan berpunca kemungkinan kerosakan genetik hasil penggunaan racun glyphosate dan penghibridan.Penghibridan menghasilkan tanaman gandum yang lebih tinggi kandungan gluten dan saiznya lebih besar. Apakah makanan yang mengandungi gluten? Ia disekeliling anda: Roti, Roti canai, biskut, kek, kuih, mee, barli, jagung, oat dan bermacam-macam lagi makanan kebiasaan zaman moden.
APA ITU GLUTEN
------------------------- Gluten berasal dari perkataan “glue” merupakan bahan yang “mengikat” antara makanan menjadikan lebih kenyal dan elastik. Ia merupakan simpanan protein tumbuhan yang dinamakan prolamin. Prolamin merupakan protein tumbuhan yang susah dihadam dan hanya larut di dalam cecair alkohol yang kuat. Antara prolamin di dalam makanan termasuk: 1) Gandum(glutenin & gliadin) 69% 2) Barli (hordein) 50% 3) Rye (secalin) 30-50% 4) Jagung (zein) 55% 5) Sorghum (kafirin) 52% 6) Avenin (oat) -protein minority 16% 7) Nasi (Orzenin) 5% (nota pendek: nasi memang paling selamat kerana lebih mudah dihadam) APA ITU GLUTEN ------------------------- Gluten berasal dari perkataan “glue” merupakan bahan yang “mengikat” antara makanan menjadikan lebih kenyal dan elastik. Ia merupakan simpanan protein tumbuhan yang dinamakan prolamin. Prolamin merupakan protein tumbuhan yang susah dihadam dan hanya larut di dalam cecair alkohol yang kuat. Antara prolamin di dalam makanan termasuk: 1) Gandum(glutenin & gliadin) 69% 2) Barli (hordein) 50% 3) Rye (secalin) 30-50% 4) Jagung (zein) 55% 5) Sorghum (kafirin) 52% 6) Avenin (oat) -protein minority 16% 7) Nasi (Orzenin) 5% (nota pendek: nasi memang paling selamat kerana lebih mudah dihadam) |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|