Gula dan karbohidrat (termasuk bijian cereal, wholemeat, whole wheat) meningkatkan kerosakan kebanyakan organ termasuk otak, mata, buah pinggang, dan jantung menerusi apa yang dinamakan sebagai:
[PRODUK AKHIR GLIKASI] @ Advace Glycation End Product (AGE) AGE menyebabkan salur darah menjadi keras (tidak fleksibel). Ia juga mengurangkan pengaliran darah dengan menyekat penghasilan nitric oxide (NO).Ia juga menjadi punca radang dan dikaitkan rapat dengan penyakit kronik seperti: 1) Kencing manis 2) Alzheimer (nyanyuk) 3) Katarak dan degenerasi makula. 4) Masalah buah pinggang kronik. 5) Atherosclerosis (salur darah menyempit)
Antara isu utama pesakit kencing manis ialah kurangnya sensitiviti reseptor insulin menyebabkan gula tidak diangkut dari dalam darah masuk ke dalam sel. INSULIN TINGGI tetapi reseptor (penerima) TIDAK SENSITIF. Gula darah sentiasa menjadi tidak cukup dengan pengambilan biasa gula.
Cara meningkatkan pengangkutan gula ke dalam sel menjadikan reseptor insulin lebih sensitif:
Teh tarik alaf baru menggunakan krimer bukan tenusu iaitu lemak daripada minyak kelapa sawit bagi menggantikan pepejal susu yang semakin mahal kosnya..
. Minyak kelapa sawit menjadikan teh tarik berlemak menggantikan lemak susu..namun rasanya sudah tentu berbeza dengan lemak susu.. . Maka gula diletakkan dengan banyaknya..gula paling beracun jika diambil berlebihan, iaitu gula fruktosa kepekatan tinggi.. Terdapat banyak persamaan antara gula HFCS dan ARAK ialah keduanya menyebabkan ketagihan. - Keduanya hanya diproses di HATI semata. - Keduanya juga meningkatkan asid urik menyebabkan gout - Keduanya menyebabkan penyakit hati berlemak dan merosakkan hati. - Keduanya juga meningkatkan trigliserida dan kolesterol lemak jahat VLDL. - Keduanya menyebabkan masalah metabolic dan penyakit jantung. - Keduanya menyebabkan peningkatan stres radikal bebas yang merosakkan badan. - Keduanya juga meningkatkan produk glikasi (AGEs) yang merosakkan organ dan menyebabkan penuaan. - Pengambilan berlebihan juga dikaitkan dengan perkembangan pesat sel kanser pancreas mengikut kajian . Elakkan mengambil teh tarik dan air manis setiap hari. Jika diambil hari itu, maka hadkan pengambilan gula di dalam makanan anda termasuk gula tersembunyi di dalam nasi, biskut, gandum dan karbohidrat diperhalusi lainnya. . . Hafiz Sulaiman -Pejuang Kesihatan- Susu dan yogurt rendah lemak sentiasa menjadi pilihan ramai yang ingin lebih sihat dan kurus. Dakyah "rendah lemak" ini digunakan untuk mengaut keuntungan yang lebih kepada pengeluar
. Produk rendah lemak ini dihasilkan dengan membuang krim yang terhasil pada bahagian atas susu. Maka bergembiralah industri susu kerana sebelum ini susu yang dibuang lemak ini dikira hasil buangan industri membuat krim. . Sejarahnya susu skim ini digunakan untuk menggemukkan Al-babb. Rujuk: Oliver, A. W.; E. L. Potter (November 1930)."Fattening Pigs for Market" . Sekarang sudah jadi "healthy food" pula ;) . Apa yang dibuang bersama lemak ya? |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|