Gula dan karbohidrat (termasuk bijian cereal, wholemeat, whole wheat) meningkatkan kerosakan kebanyakan organ termasuk otak, mata, buah pinggang, dan jantung menerusi apa yang dinamakan sebagai:
[PRODUK AKHIR GLIKASI] @ Advace Glycation End Product (AGE) AGE menyebabkan salur darah menjadi keras (tidak fleksibel). Ia juga mengurangkan pengaliran darah dengan menyekat penghasilan nitric oxide (NO).Ia juga menjadi punca radang dan dikaitkan rapat dengan penyakit kronik seperti: 1) Kencing manis 2) Alzheimer (nyanyuk) 3) Katarak dan degenerasi makula. 4) Masalah buah pinggang kronik. 5) Atherosclerosis (salur darah menyempit)
Masalah Gout berpunca daripada kandungan asid urik yang tinggi dalam darah (hyperuricemia) serta masalah perkumuhan asid uric ini. Ia berkumpul menjadi kristal (tophi) pada tempat-tempat tertentu seperti sendi dan menyebabkan kesakitan. Antara makanan yang disarankan pantang sekiranya anda pesakit gout ialah makanan tinggi purin seperti makanan laut contohnya ikan bilis dan kerang, hati dan organ dan juga daging.
Antara sebab-sebab lain menyebabkan gout ialah kekurangan air (dehidrasi) dan juga pengambilan alkohol. Senaman berlebihan yang meningkatkan stres oksidatif perlu dielakkan. Amalkan senaman ringkas seperti senaman kekuatan dalam tempoh hanya 10-20 minit sehari terutamanya bagi pesakit gout. ![]() Leaky gut merupakan masalah kesihatan kronik yang secara senyap merosakkan pelbagai sistem kesihatan tubuh badan manusia. Setelah membaca 2 artikel berkaitan gluten dan masalah leaky gut, dapatkan rawatan sekiranya anda merasakan anda atau keluarga anda terlibat. Sebarkan ilmu dan kesedaran berkenaan isu global ini yang menyebabkan banyak timbulnya penyakit-penyakit kronik yang semakin parah di zaman moden ini. Mulakan langkah kearah kesihatan lebih baik dengan gluten free diet (GFD). . Semua masalah kepenatan kronik, minda lebih jelas dan fokus, masalah tekanan dan kemurungan akan berkurangan , alahan makanan dan keradangan akan menjadi semakin baik selepas seminggu dua berpantang. Insha Allah sistem pencernaan anda akan pulih dalam masa 6-8 minggu. “Pintu” benteng pertahanan badan anda akan tertutup. Meskipun pintu sudah tertutup, namun gluten yang sudah menerobosi pintu pada pencerobohan awal mungkin mengambil masa 6 bulan – setahun untuk “dibersihkan” daripada sistem badan. Setiap individu adalah berbeza maka terdapat variasi tempoh pemulihan sistem pencernaan bagi setiap individu. ![]()
Leaky gut atau ketelapan usus merupakan terma yang kabur dalam dunia perubatan moden. Ia merupakan SINDROM, iaitu gabungan simtom-simtom dan bukannya diagnosis perubatan.
Perut menjadi “bocor” kerana beberapa sebab. Antaranya menurut Bischoff et al, 2014: 1) Keseimbangan hidupan (kuman) sistem pencernaan (pre dan probiotik dan persekitarannya). 2) Perubahan lapisan mukus atau kerosakan lapisan system pencernaan. 3) Gaya hidup seperti diet tinggi kalori dan alkohol. . Menurut NHS UK, punca kerosakan lapisan sistem pencernaan adalah seperti: 1) Alkohol 2) Aspirin ubat tahan sakit NSAIDs yang lainnya. 3) Penyakit keradangan perut seperti Crohn's disease 4) Jangkitan system pencernaan. 5) celiac disease 6) Ubat Kemoterapi 7) Sakit buah pinggang kronik. 8) Radioterapi kearah usus 9) Immunosuppressants. Ubat yang melemahkan imuniti badan seperti steroid dan kemoterapi. 10) HIV/AIDS 11) Cystic fibrosis 12) type 1 diabetes 13) Jangkitan kuman darah (sepsis). 14) Pembedahan rumit.
Zaman moden menyaksikan peningkatan pengeluaran hasil pertanian dan perindustrian secara besar-besaran hasil teknologi yang lebih canggih. Pengubahsuaian genetik, penghibridan dan penggunaan jentera serta bahan kimia .Malangnya ia mempunyai kesan sampingan yang dikhuatiri membawa kemudaratan kepada masyarakat umum.
Gandum merupakan sebahagian tanaman penting yang menjadi subjek utama perbincangan kesihatan mutakhir ini dikatakan berpunca kemungkinan kerosakan genetik hasil penggunaan racun glyphosate dan penghibridan.Penghibridan menghasilkan tanaman gandum yang lebih tinggi kandungan gluten dan saiznya lebih besar. Apakah makanan yang mengandungi gluten? Ia disekeliling anda: Roti, Roti canai, biskut, kek, kuih, mee, barli, jagung, oat dan bermacam-macam lagi makanan kebiasaan zaman moden.
Penyakit Celiac (CD) merupakan penyakit yang mengaktifkan autoimuniti (antibodi serang badan sendiri) seluruh badan menyebabkan kerosakan usus pada mereka yang berisiko. Ia diransang oleh pemakanan gluten yang menyebabkan keradangan seterusnya kerosakan dinding pertahanan di usus.
Gluten yang menerobosi benteng pertahanan di usus ini masuk ke dalam darah dan diserang antibodi badan lalu membentuk “kompleks” yang terdampar di organ-organ seterusnya menyebabkan kerosakan sistem pencernaan. Setelah membaca 2 artikel berkaitan gluten dan masalah leaky gut, dapatkan rawatan sekiranya anda merasakan anda atau keluarga anda terlibat. Sebarkan ilmu dan kesedaran berkenaan isu global ini yang menyebabkan banyak timbulnya penyakit-penyakit kronik yang semakin parah di zaman moden ini. Mulakan langkah kearah kesihatan lebih baik dengan gluten free diet (GFD). Semua masalah kepenatan kronik, minda lebih jelas dan fokus, masalah tekanan dan kemurungan akan berkurangan , alahan makanan dan keradangan akan menjadi semakin baik selepas seminggu dua berpantang. Insha Allah sistem pencernaan anda akan pulih dalam masa 6-8 minggu. “Pintu” benteng pertahanan badan anda akan tertutup. Meskipun pintu sudah tertutup, namun gluten yang sudah menerobosi pintu pada pencerobohan awal mungkin mengambil masa 6 bulan – setahun untuk “dibersihkan” daripada sistem badan. Setiap individu adalah berbeza maka terdapat variasi tempoh pemulihan sistem pencernaan bagi setiap individu. Dinding Perlindungan Usus Usus mempunyai dinding perlindung yang menghubung sistem darah dan juga persekitaran usus. Ini dinamakan "gut barrier" yang terdiri daripada: ![]() Perlindungan fizikal: Mukus, sel epitelial yang membarisi lapisan usus serta salur darah endotelium.
Leaky gut atau ketelapan usus (lntestinal permeability) merupakan terma yang kabur dalam dunia perubatan moden. Ia merupakan SINDROM, iaitu gabungan simtom-simtom dan bukannya diagnosis perubatan. Perut menjadi “bocor” kerana beberapa sebab. Antaranya menurut Bischoff et al, 2014: 1) Keseimbangan hidupan (kuman) sistem pencernaan (pre dan probiotik dan persekitarannya). 2) Perubahan lapisan mukus atau kerosakan lapisan system pencernaan. 3) Gaya hidup seperti diet tinggi kalori dan alkohol.
GLUTEN: PENCETUS KEROSAKAN TUBUH BADAN.
Zaman moden menyaksikan peningkatan pengeluaran hasil pertanian dan perindustrian secara besar-besaran hasil teknologi yang lebih canggih. Pengubahsuaian genetik, penghibridan dan penggunaan jentera serta bahan kimia .Malangnya ia mempunyai kesan sampingan yang dikhuatiri membawa kemudaratan kepada masyarakat umum. Gandum merupakan sebahagian tanaman penting yang menjadi subjek utama perbincangan kesihatan mutakhir ini dikatakan berpunca kemungkinan kerosakan genetik hasil penggunaan racun glyphosate dan penghibridan.Penghibridan menghasilkan tanaman gandum yang lebih tinggi kandungan gluten dan saiznya lebih besar. Apakah makanan yang mengandungi gluten? Ia disekeliling anda: Roti, Roti canai, biskut, kek, kuih, mee, barli, jagung, oat dan bermacam-macam lagi makanan kebiasaan zaman moden.
APA ITU GLUTEN
------------------------- Gluten berasal dari perkataan “glue” merupakan bahan yang “mengikat” antara makanan menjadikan lebih kenyal dan elastik. Ia merupakan simpanan protein tumbuhan yang dinamakan prolamin. Prolamin merupakan protein tumbuhan yang susah dihadam dan hanya larut di dalam cecair alkohol yang kuat. Antara prolamin di dalam makanan termasuk: 1) Gandum(glutenin & gliadin) 69% 2) Barli (hordein) 50% 3) Rye (secalin) 30-50% 4) Jagung (zein) 55% 5) Sorghum (kafirin) 52% 6) Avenin (oat) -protein minority 16% 7) Nasi (Orzenin) 5% (nota pendek: nasi memang paling selamat kerana lebih mudah dihadam) APA ITU GLUTEN ------------------------- Gluten berasal dari perkataan “glue” merupakan bahan yang “mengikat” antara makanan menjadikan lebih kenyal dan elastik. Ia merupakan simpanan protein tumbuhan yang dinamakan prolamin. Prolamin merupakan protein tumbuhan yang susah dihadam dan hanya larut di dalam cecair alkohol yang kuat. Antara prolamin di dalam makanan termasuk: 1) Gandum(glutenin & gliadin) 69% 2) Barli (hordein) 50% 3) Rye (secalin) 30-50% 4) Jagung (zein) 55% 5) Sorghum (kafirin) 52% 6) Avenin (oat) -protein minority 16% 7) Nasi (Orzenin) 5% (nota pendek: nasi memang paling selamat kerana lebih mudah dihadam) |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|