Pegangan saya terhadap prinsip pemakanan di dalam Islam hanya berlandaskan beberapa dalil naqli di dalam Al-Quran terutamanya ayat yang saya lampirkan. Saya tidak berniat menafsir cuma berkongsi pembacaan dan ijtihad saya atas ayat ini.
. . Di dalamnya terdapat beberapa beberapa arahan ![]() Leaky gut merupakan masalah kesihatan kronik yang secara senyap merosakkan pelbagai sistem kesihatan tubuh badan manusia. Setelah membaca 2 artikel berkaitan gluten dan masalah leaky gut, dapatkan rawatan sekiranya anda merasakan anda atau keluarga anda terlibat. Sebarkan ilmu dan kesedaran berkenaan isu global ini yang menyebabkan banyak timbulnya penyakit-penyakit kronik yang semakin parah di zaman moden ini. Mulakan langkah kearah kesihatan lebih baik dengan gluten free diet (GFD). . Semua masalah kepenatan kronik, minda lebih jelas dan fokus, masalah tekanan dan kemurungan akan berkurangan , alahan makanan dan keradangan akan menjadi semakin baik selepas seminggu dua berpantang. Insha Allah sistem pencernaan anda akan pulih dalam masa 6-8 minggu. “Pintu” benteng pertahanan badan anda akan tertutup. Meskipun pintu sudah tertutup, namun gluten yang sudah menerobosi pintu pada pencerobohan awal mungkin mengambil masa 6 bulan – setahun untuk “dibersihkan” daripada sistem badan. Setiap individu adalah berbeza maka terdapat variasi tempoh pemulihan sistem pencernaan bagi setiap individu. ![]()
Leaky gut atau ketelapan usus merupakan terma yang kabur dalam dunia perubatan moden. Ia merupakan SINDROM, iaitu gabungan simtom-simtom dan bukannya diagnosis perubatan.
Perut menjadi “bocor” kerana beberapa sebab. Antaranya menurut Bischoff et al, 2014: 1) Keseimbangan hidupan (kuman) sistem pencernaan (pre dan probiotik dan persekitarannya). 2) Perubahan lapisan mukus atau kerosakan lapisan system pencernaan. 3) Gaya hidup seperti diet tinggi kalori dan alkohol. . Menurut NHS UK, punca kerosakan lapisan sistem pencernaan adalah seperti: 1) Alkohol 2) Aspirin ubat tahan sakit NSAIDs yang lainnya. 3) Penyakit keradangan perut seperti Crohn's disease 4) Jangkitan system pencernaan. 5) celiac disease 6) Ubat Kemoterapi 7) Sakit buah pinggang kronik. 8) Radioterapi kearah usus 9) Immunosuppressants. Ubat yang melemahkan imuniti badan seperti steroid dan kemoterapi. 10) HIV/AIDS 11) Cystic fibrosis 12) type 1 diabetes 13) Jangkitan kuman darah (sepsis). 14) Pembedahan rumit.
Zaman moden menyaksikan peningkatan pengeluaran hasil pertanian dan perindustrian secara besar-besaran hasil teknologi yang lebih canggih. Pengubahsuaian genetik, penghibridan dan penggunaan jentera serta bahan kimia .Malangnya ia mempunyai kesan sampingan yang dikhuatiri membawa kemudaratan kepada masyarakat umum.
Gandum merupakan sebahagian tanaman penting yang menjadi subjek utama perbincangan kesihatan mutakhir ini dikatakan berpunca kemungkinan kerosakan genetik hasil penggunaan racun glyphosate dan penghibridan.Penghibridan menghasilkan tanaman gandum yang lebih tinggi kandungan gluten dan saiznya lebih besar. Apakah makanan yang mengandungi gluten? Ia disekeliling anda: Roti, Roti canai, biskut, kek, kuih, mee, barli, jagung, oat dan bermacam-macam lagi makanan kebiasaan zaman moden.
5 Sebab Mengapa 2 Keping Roti Menyukarkan Pelan Diet Anda Berbanding Nasi Lemak Dan Telur Sebagai Sarapan.
*Sebab Pertama Roti mempunyai Glycaemic Index (GI) dan glycaemic load (GL) yang lebih tinggi berbanding nasi per gram. Di bawah saya sertakan kajian GI untuk roti-roti yang terdapat di Malaysia. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/18785052 Bermakna roti lebih cepat diserap dan lebih tinggi kandungan gula yg diserap. Ini ialah hasil pemprosesan roti yang dihasilkan dari tepung yg diperhalusi. Ini ialah kelebihan nasi yang mempunyai lebih serat yg mengurangkan penyerapan gula ke dalam darah.
Ramai yang musykil bila saya kata makan 2 keping roti masa sarapan menyebabkan lebih susah kurang berat badan berbanding nasi lemak sebungkus kecil atau pun beberapa biji telur separuh masak.
Mungkin kerana perbandingan dari segi kalori sudah tentunya 2 keping roti lebih kurang kalorinya. Mungkin saya patut mengulas lebih terperinci macam mana 3-4 biji telur atau sebungkus kecil nasi lemak lebih berkesan sebagai diet berbanding 2 keping roti masa sarapan.
KORTISOL : Hormon yang dirembeskan kelenjar adrenal (atas buah pinggang) ini lebih dikenali sebagai hormone “stress”. Ia sebenarnya ialah sejenis HORMON STEROID. Fungsi utamanya ialah untuk mengurangkan stress dan keradangan. Ia juga berfungsi dalam metabolisma makanan karbohidrat (jadi parasnya meningkat sekejap lepas makan karbohidrat). Ia juga meningkatkan kesedaran dan fokus. Perembesannya dikawal oleh PAKSI HPA (Hypothalamus-Pituitary-Adrenal Axis) di otak.
MELATONIN: Merupakan hormon “tidur” yang dirembeskan kelenjar pineal di otak. Penghasilan melatonin berkurangan dengan ransangan cahaya terutama lampu dengan wavelength BIRU (LED kebiasaanya). Antara fungsi lain melatonin ialah antioksida, mengawal system imuniti (immunomodulatory), anti”stress” dan antiradang.
Penyakit Celiac (CD) merupakan penyakit yang mengaktifkan autoimuniti (antibodi serang badan sendiri) seluruh badan menyebabkan kerosakan usus pada mereka yang berisiko. Ia diransang oleh pemakanan gluten yang menyebabkan keradangan seterusnya kerosakan dinding pertahanan di usus.
Gluten yang menerobosi benteng pertahanan di usus ini masuk ke dalam darah dan diserang antibodi badan lalu membentuk “kompleks” yang terdampar di organ-organ seterusnya menyebabkan kerosakan sistem pencernaan.
Sebelum membeli, anda perlu tau kenapa minyak ikan ni istimewa.
Minyak ikan mengandungi lemak tidak tepu (PUFAs) Omega 3 yang tinggi. Omega 3 ialah antiradang yang sangat penting untuk mengimbangi radang dalam badan. Kebanyakan penyakit ialah disebabkan radang terutamanya pesakit kronik mengalami radang sistemik (seluruh badan). Radang ni sama jugak macam meradang.. tandanya: 1. Merah 2. Bengkak 3. Sakit 4. Hilang Fungsi (kalau meradang orang kata hilang akal :D) Radang ni menyebabkan kerosakan di mana-mana saja..radang otak, radang buah pinggang, radang salur darah, radang saraf, radang lutut, radang hati, radang di mana-mana saja yang boleh difikirkan.
Ilmu manusia ini amat terbatas. Tanpa kita sedari kadang-kadang kita merasakan ilmu yang kita tahu itu sudah sangat hebat dan mendalam. Walhal ia cuma bagai setitik air di lautan yang luas. Di dalam bidang kesihatan umpamanya makanan yang kita rasakan selamat itu mungkin pada suatu hari ditemui sebagai pencetus utama kanser? Wallahua'lam kita sebagai manusia hanya mampu berdoa agar mampu dilindungiNya.
Terdapat beberapa contoh sesuatu yang dahulunya diberitakan selamat oleh badan kesihatan dunia, pakar-pakar kesihatan dan saintis rupanya membawa padah kepada kesihatan selama berpuluh tahun lamanya. Antaranya: KORTISOL KURANG = PAGI SERABUT
------------------------------------------------------------ Ada orang susah bangun pagi, badan lemah...sendi ketat saja..kepala pula berat..tido lagi sedap.. mood sama serabai macam rambut bangun tidur. . Ada orang bangun penuh semangat. Melompat dari katil, otak penuh wawasan sepanjang hari.. Mood cerah bak matahari dinihari yang menyinari tingkap. . Hormon kesedaran iaitu kortisol dirembeskan juga ketika reaksi "fight and flight" , iaitu ketika anda stress dan memerlukan reaksi pantas..contohnya hampir dilanggar kereta, memandu dengan laju memerlukan fokus dan kesedaran yang tinggi. Jika kortisol anda rendah di waktu pagi akibatnya anda akan mendapat sindrom "kepenatan adrenal": 1) Mood jadi tertekan. 2) Badan lemah dan lenguh. Reaksi jadi lembab. 3) Sendi dan badan mungkin sakit. 4) Kepala berat dan minda kabur (brain fog). 5) Rendah nafsu seksual.."ehem" malas bangun tido. 6) Badan sendiri jadi malas bangun tidur. 7) "Gastrik" dan craving gula awal pagi. 8) Sangap rokok atau alkohol juga di awal pagi. 9) Gatal/ruam berterusan. 10) Tekanan darah rendah, pening dan nak pitam ketika bangun dari tidur. 11) Badan panas suam. Periksa suhu normal pula. . Terdapat beberapa cara meningkatkan hormon kortisol di waktu pagi...dengan syarat badan anda tidak tinggi stress dalamannya..Untuk menjaga paras hormon kortisol juga..anda harus mendapatkan tidur yang mencukupi dan berkualiti.. Functional Medicine. Ia merupakan disiplin perubatan holistik yang menitikberatkan hubungkait interaksi persekitaran,sistem penghadaman, nutrisi dan hormone. Functional medicine merupakan pendekatan pencegahan awal dan juga “patient centred” yang mana pesakit dirawat secara individu, mengikut variasi masing-masing. Ini berbeza dengan bidang perubatan moden yang memberi lebih fokus kepada penyakit yang dirawat.
Pengetahuan dalam bidang perubatan moden serta pemahaman di dalam bidang functional medicine membuka ruang yang lebih besar dalam perawatan pesakit secara menyeluruh (holistik). Apatah lagi, kemunculan bidang-bidang perubatan tidak konvensional seperti perubatan regeneratif, epigenetic dan nutrigenomik menjadikan impian bagi penyembuhan penyakit kronik seperti kencing manis, multiple sclerosis, alzheimer semakin hampir kepada realiti. |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|