Ubat titik mata..siapa tak pernah guna? ubat ni sudah jadi kemestian bagi sesetengah orang yang ada masalah mata merah dan gatal ni:
Korang tau ubat titik mata ni bukan sejenis je. Harus guna dengan nasihat doktor sahaja kecuali pelembap yang boleh dibeli di kaunter tanpa preskripsi.
2. Decongestant
3. Anti Alahan.
4. Antikuman
5. Steroid
Kenapa pentingnya tahu jenis-jenis ubat titik mata ni? Nanti saya nak share satu story yang membuatkan saya sendiri insaf..taknak dah guna ubat titik mata ni sewenangnya. Kalau nak guna selain pelembap tu, dapatkan nasihat doktor..jika berlarutan banyak hari, sebaiknya jumpa pakar. Sayangi mata kita dan keluarga kita..anugerah ilahi yang sangat besar. Alhamdulillah. Pengambilan susu merupakan kemestian di dalam gizi harian masyarakat kita. Penyerapan kalsium yang lebih tinggi diperlukan untuk kesihatan tulang, jantung dan juga saraf. Namun begitu, ramai yang tidak serasi dengan pengambilan susu lembu komersial terutamanya kerana alahan protein susu atau laktosa di dalamnya. Secara alternatifnya, kita boleh meningkatkan ketumpatan dan kesihatan tulang dengan mengamalkan 5 tips di bawah ini: 1. PILIH KALSIUM ALTERNATIF Bukan susu lembu sahaja yang tinggi kalsium. Susu kambing mengandungi kalsium dan mineral lain yang lebih tinggi. Susu kerbau dan susu unta juga mempunyai kandungan kalsium yang tinggi. Namun begitu, mereka yang mempunyai alahan tenusu akan mempunyai masalah penyerapan kalsium. Walaupun setinggi mana paras kalsium di dalam makanan jika tidak diserap usus, ia adalah tidak berguna. Terdapat juga pilihan produk bukan tenusu yang tinggi kalsium seperti
Bukan susu saja yang tinggi kandungan kalsium..itu gimik jual produk je tu hihi 2. TINGKATKAN VITAMIN D BADAN Vitamin D merupakan vitamin yang amat penting untuk penyerapan kalsium. Kulit kita boleh menghasilkan vitamin D apabila kolesterol kulit terdedah kepada cahaya matahari. Jadi dedahkan kulit kita kepada sinaran cahaya matahari pagi. Ingat, lebih gelap kulit kita, lebih lama kita perlu berjemur. Rata-rata mereka yang bekerja di pejabat yang terutamanya sangat kekurangan vitamin D menurut kajian oleh universiti tempatan berbanding nelayan. Ambil perhatian ya pekerja pejabat! Masyarakat kita sebenarnya lebih kritikal kekurangan vitamin D di dalam badan berbanding kalsium. Pengambilan makanan tinggi vitamin D juga adalah kurang kerana kebanyakannya tinggi kolesterol! Iya, siapa kata makanan kolesterol tidak bagus? Kebanyakan makanan tinggi vitamin D juga secara fitrahnya dijadikan Allah tinggi kolesterol dan lemak. Ini adalah untuk memudahkan penyerapan vitamin D yang bersifat larut lemak. 4 jenis makanan yang tinggi vitamin D ialah:
3. VITAMIN K2 KRITIKAL UNTUK FUNGSI TULANGPengambilan vitamin D secara berlebihan boleh menjadi toksik..hanya jika badan anda kekurangan vitamin K2. Berbeza dengan vitamin K1 yang berfungsi dalam pembekuan darah, vitamin K2 amat penting untuk kesihatan jantung dan tulang. Tanpa vitamin K2 juga, kalsium di dalam badan akan termendak di organ tidak sepatutnya seperti otot, jantung dan buah pinggang menyebabkan pengerasan organ-organ ini. 4. JANGAN LUPA MAGNESIUM YANG MENAKJUBKAN!Perlu ke mineral magnesium ni? Sudah tentu! Mineral magnesium ini mempunyai lebih 300 fungsi biokimia di dalam badan. Magnesium merupakan zat yang paling kurang parasnya di dalam masyarakat kita selain vitamin D. Ia adalah suplemen yang wajib diambil kerana kekurangannya di dalam makanan dan tanah pertanian. Bersama-sama vitamin D dan vitamin K2, magnesium membantu penyerapan kalsium untuk digunakan sel badan termasuk pembinaan tulang yang sihat. Cara mudah untuk tambah magnesium ialah dengan suplemen magnesium! 5. tulang sihat perlukan paras hormon yang sihat! Apabila wanita mengalami menopause, hormon tidak lagi berfungsi dengan optima. Hormon estrogen terutamanya sangat penting bagi membantu meningkatkan ketumpatan tulang. Tidak hairan ramai yang mengalami patah tulang, tulang rapuh atau osteoporosis pada usia selepas menopause. Phytoestrogen merupakan herba atau tumbuhan yang mempunyai ciri hormon kewanitaan. Di samping terkenal fungsinya sebagai awet muda, phytoestrogen juga membantu mencegah penguraian kolagen tulang. Hasilnya, tulang yang sihat dan kuat! Suplemen phytoestrogen? DIET PENGUAT TULANGSebagai kesimpulannya, diet untuk menguatkan tulang bukanlah susu lembu semata-mata. Ibu mengandung yang mengalami masalah alahan laktosa atau alahan protein susu mungkin membahayakan kesihatan diri dan kandungan dengan pengambilan berterusan. Malah, penyerapan zat di dalam susu juga jadi berkurangan.
Ingat, kalsium semata-mata juga tidak akan diserap badan, terutamanya susu rendah lemak. Ini kerana banyak zat yang penting untuk penyerapan kalsium memerlukan lemak sebagai pengangkutan zat-zat ini. Banyakkan makanan tinggi kalsium dan vitamin D, vitamin K2, magnesium dan phytoestrogen. Hati-hati juga ya jika anda ada penyakit alahan seperti ekzema, resdung, asma dan lain-lain. Terdapat beberapa makanan yang mengandungi zat di atas mungkin mencetus reaksi. Untuk rujukan makanan tersebut, boleh layari info ekzema www. thebiohealer.com/ekzema Akhirnya, kesihatan sistem pencernaan sangat penting untuk membantu penyerapan zat dan fungsi kesihatan tulang yang terbaik. Insha Allah. Berpuasa di bulan ramadhan menyebabkan perubahan mendadak terhadap fisiologi badan. Perut yang sudah biasa dengan pengambilan makanan sekurangnya 3 kali sehari kali ini kosong pada waktu siangnya. Badan mengalami stres kerana pemecahan lemak di dalam badan. Maka penting untuk kita mengurangkan stres di dalam pemakanan juga kerana akibat stres berlebihan ini menyebabkan keradanganyang merosakkan kesihatan badan.
Malah mengurangkan stres dalaman adalah amat penting ketika berpuasa untuk membantu pemulihan organ-organ dan tisu badan yang rosak. elakkan 5 pemakanan yang meningkatkan stres dalaman ini.Stres bukan sahaja di hasilkan melalui gangguan emosi. Pemakanan juga menyebabkan peningkatan stres dalaman badan. Minimakan 5 jenis pemakanan ini untuk mengurangkan stres dalaman yang merosakkan kesihatan badan. 1. Makanan Bergula dan Manis. Pengambilan gula yang berlebihan meningkatkan stres dalaman. Pengambilan gula juga meningkatkan hormon insulin di dalam badan yang berfungi menyimpan lemak badan. Kita susah kurus walaupun berpuasa. Juadah berbuka puasa zaman moden 2. Makanan Tinggi Proses Makanan proses mengandungi pelbagai bahan sintetik seperti pengawet, pewarna, pengemulsi, penstabil dan perisa yang boleh meningkatkan stres dalaman. Makanan proses mengandungi pelbagai bahan yang boleh meningkatkan stres dalaman badan seseorang. 3. Lemak Trans Lemak trans atau trans fat ini sangat biasa didapati di dalam makanan proses termasuk marjerin, shortening, pastri, makanan segera dan dalam pek. Lemak trans ini meningkatkan stres dan keradangan dengan menyingkirkan lemak bermanfaat setiap sel di dalam badan kita iaitu lemak omega3 dan omega6. Hasilnya ialah kerosakan sel yang sangat teruk. Lemak trans ialah lemak utama penyebab penyakit jantung dan dikaitkan dengan kanser. 4. Makanan Alahan. Jika kita ada alahan, makanan yang sihat pun boleh meningkatkan stres dalaman. Makanan tinggi histamin terutamanya boleh menyebabkan kegatalan, keradangan, sesak nafas, refluks makanan dan kembung serta cirit birit. Maka elakkan makanan tinggi histamin buat sementara waktu ketika badan kita dalam keadaan stres. Makanan ini biasanya terdiri daripada makanan peram seperti yogurt, budu, belacan serta buah-buahan seperti betik dan pisang. Makanan histamin perlu dielakkan ketika stres dan radang bagi mereka yang mempunyai isu alahan. 5. Makanan merosakkan sistem pencernaan Hormon kortisol yang tinggi secara berpanjangan boleh menyebabkan "kebocoran usus" @ leaky gut yang meningkatkan stres dan keradangan badan. Makanan seperti gluten dan lectin bukan sahaja susah dicerna, ia merosakkan lapisan dinding pertahanan usus dan masuk ke dalam badan menyebabkan peningkatan stres dalaman. Jika ada masalah penghadaman, elakkan makanan ini sewaktu bulan ramadhan. Mengurangkan stres kronik ialah strategi yang sangat baik untuk memulihkan kesihatan badan. Pemakanan yang meningkatkan stres harus diambil secara minima atau dielakkan buat sementara waktu untuk mengelakkan kerosakan akibat peningkatan stres dalaman. Diharapkan artikel ini membantu mengurangkan derita pesakit yang tinggi stres badannya. Semoga puasa kita dipermudahkan dan mendapat keberkatan insha Allah. Bulan puasa adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam di negara kita. Namun begitu bagi penderita radang gastrik dan juga pesakit GERD, ia menggamit debaran dan kerisauan yang serius. Pada bulan ini lah simtom "angin" jadi semakin serius terutamanya di awal waktu puasa. Ini kerana badan tidak biasa dalam keadaan puasa dan perlu masa untuk adaptasi. Apabila mula berpuasa, stres dalaman badan meningkat dan ini meningkatkan paras histamin di dalam badan. Dipetik daripada webmd.com Oleh kerana pesakit GERD dan masalah "angin" ini juga sering mengalami kegatalan, saya syorkan pembacaan ini. Maklumat lanjut di sini. Bagaimana peningkatan histamin berkait dengan GERD? 15 SIMTOM ALAH (BERLEBIHAN)HISTAMIN BAGI PESAKIT GERD.
SOLUSI
Apabila stres dalaman tinggi, maka langkah paling utama bagi penderita masalah angin ini ialah dengan tidak menambahkan lagi stres. AKTIVITI.
MAKANAN
Berdoa selalulah demi pemulihan dan redha akan ketentuannya. Kejarlah malam lailatul qadar semoga diberi keberkatan dan dimakbulkan doa hambanya. Insha Allah. Kesnya begini. Kita dah lama sembelit. Dah minum air berliter setiap hari. Dah makan sayur banyak-banyak. Tak juga membuang dengan lawas. Stres rasanya. Emosi terganggu kot. Mungkin toksin dalam badan perlu dibuang barulah rasa lega. Ada beberapa jenis makanann yang biasa diamalkan oleh penderita sembelit. Pisang dan betik. Ramai menyangka pisang dan betik memudahkan lawas membuang air besar hanya kerana kandungan serat yang tinggi. Masuk akal juga bukan? Kenapa tidak dapat membuang setiap pagi? Hakikatnya ramai tidak membuang setiap hari kerana mengalami masalah sistem pencernaan. Hanya dengan mengambil buah seperti pisang dan betik ini barulah boleh "detoks" dan "lawas" buang air besar. Ini mungkin adalah pemahaman yang salah dan amalan berisiko memudaratkan kesihatan. Pisang dan betik mungkin hanya bertindak sebagai JULAP. Bagi sesetengah orang yang sensitif, kandungan bahan kimia saraf histamin dan serotonin yang tinggi di dalam buah ini menyebabkan pergerakan usus menjadi lebih aktif. Malah mereka yang sensitif mungkin akan mengalami cirit birit dengan pengambilan buah ini. Siapakah mereka yang sensitif ini? Kebiasaannya, mereka yang sensitif badan ini ialah mereka yang mengalami kerosakan sistem pencernaan. Maka dengan pengambilan buah pisang dan betik ini, kita MEMAKSA usus kita aktif bekerja keras mengepam kandungan usus keluar. Ini juga bukan kerana aktiviti detoks daripada makanan tersebut ya. Kesannya, usus yang terlebih aktif ini akan jadi terbeban. Malah, pengambilan makanan tinggi histamin seperti betik dan pisang juga mungkin menyebabkan KERADANGAN dan sensitiviti usus meningkat. Usus mungkin jadi semakin rosak! Maka timbullah simtom-simtom seperti :
Mengapa bebankan usus dan sebabkan usus semakin sensitif dan rosak? Apabila usus sudah menunjukkan tanda kerosakan seperti sembelit, apa yang perlu dilakukan sebenarnya ialah merehatkannya supaya pemulihan secara fitrah dapat berjalan lancar tanpa gangguan. SOLUSI MERAWAT MASALAH SEMBELIT.
Psyllum husk boleh dibeli di kebanyakan farmasi. Kesimpulannya, jika kita mempunyai masalah sembelit, ia mungkin petanda kerosakan dan usus sensitif. Lama-kelamaan jika kita berterusan meransang usus untuk melancarkan pembuangan, usus yang terbeban dan bengkak kerana stres histamin mungkin akan bengkak dan rosak. Usus tidak boleh berfungsi mengepam najis seperti normal lagi walaupun diransang.
Beri masa dan rehatkan usus supaya pemulihan semulajadi berlaku. Usah dipaksa, kelak sistem pencernaan kita mungkin tidak mampu menampung stres bekerja walaupun usus tak sihat. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sila share kepada keluarga dan sahabat supaya tidak melakukan kesilapan yang mungkin memudaratkan ini. QALB adalah paras hati paling dalam yang Allah pegang dan bolak balikkan. Benteng keimanan ini terletak di Qalb dan tidak dapat diusik oleh syaitan. Berdoalah agar Allah menjaga hati kita.
Salah Satu Doa Yang Sering Dibaca Nabi Muhammad S.A.W: يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ وَ عَلَى طَاعَتِكَ YAA MUQALLIBAL QULUUB, TSABBIT QALBII 'ALAA DIINIKA WA ‘ALAA THOO'ATHIK. Artinya : "Wahai yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu dan di atas ketaatan kepada-Mu". . Adapun syaitan mampu membisikkan hati ke dalam "SADR" iaitu "dada" manusia: الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ "Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia". ![]() Banyak lambakan produk yang menggunakan bahan tidak berkesan seperti glutathion: 1) Glutathion sapu - Molekul glutathion ni besar, tak leh masuk dalam kulit dik oi.. 2) Glutathion makan - Dalam kajian paling lama dan paling saintifik iaitu double blind, randomised, placebo controlled diterbitkan pada tahun 2011 Glutathion yang dimakan tidak berfungsi. Fullstop. Sayur dan buah merupakan makanan yang sangat berkhasiat. Namun logik kah makan vitamin kemudian makan racun bersama?
Mengapa anda patut merasa ngeri apabila makan sayur dan buah yang disirami racun pestisid ini? (1) KANSER Banyak kajian mengaitkan pendedahan pestisid kepada risiko kanser. Antaranya: - Leukemia - Limfoma - Kanser otak - Kanser buah pinggang - Kanser payudara - Kanser prostat - Kanser pankreas - Kanser hati - Kanser paru-paru - Kanser kulit Ibu mengandung yang terdedah terhadap pestisid dikaitkan dengan risiko menyebabkan kandungannya mendapat leukemia, Wilm's tumor dan kanser otak. Pendedahan terhadap racun serangga di rumah (spray nyamuk, lipas etc2) serta herbisid luar rumah dikaitkan dengan kanser darah kanak-kanak. Banyak kajian juga menunjukkan herbisid roundup (glyphosate)yang digunakan dalam tanaman GMO mungkin menyebabkan kanser. ![]()
Racun pada buah dan sayuran mungkin membawa kepada kesan kesihatan yang serius terutamanya dalam jangka masa panjang. Berikut merupakan tips yang boleh diambil bagi membuang pestisid pada permukaan:
. 1) BASUH DAN GOSOK DENGAN AIR 75-80% sisa pestisid boleh dikurangkan dengan membasuh tanaman dan menggosoknya di bawah aliran air sejuk. Menurut kajian lain pula, bukan suhu yang penting, tetapi aktiviti menggosok itu lah yang mengurangkan pestisid. Gunakan sarung tangan plastik dan gosok sekurangnya 30 saat. Pastikan juga menggosok di celahan buah dan sayuran di mana racun serangga ini berkumpul. ![]()
Saya teringat 6 tahun lepas ketika di klinik kesihatan, seringkali pakcik makcik kategori warga emas tergelak kecil atau tersengih apabila saya menyarankan mereka bersenam angkat berat.
" Dah berumur takkan nak angkat berat doktor". " Umur kami ni berkebun, berjalan-jalan sekitar taman sesuai la doktor. Nak angkat besi dah tak larat lah doktor". " Saya tak minat nak bina badan doktor". Rasanya ramai yang keliru beza aktiviti harian, gaya hidup aktif dan bersenam. Tak kurang juga yang merasakan senaman angkat berat ini untuk mereka yang nak bina badan lawa-lawa saja hehe. Pada pendapat saya, semakin tua..semakin perlu seseorang itu senaman jenis angkat berat untuk mencegah SARKOPENIA. ![]() Pemakanan suplemen yang diluluskan agensi regulatori farmasi kebangsaan sepatutnya selamat dimakan oleh umum. . Namun bukan semua orang boleh makan semua suplemen. Suplemen bukan "whole food" ialah zat-zat yang tidak seimbang seperti mana juga ubatan. Sebahagian besar darinya memerlukan penilaian sejarah, pemeriksaan fizikal, dan ujian makmal tehadap darah dan juga sampel lain dari tubuh untuk memastikan keperluaannya. ![]()
Memandangkan banyak permintaan berkenaan terapi integratif@komplementari dalan perawatan sendi, otot dan saraf, saya akan menerangkan sedikit sebanyak informasi terkini berkenaan perawatan tidak konvensional dalam perawatan sendi, urat saraf dan otot.
Penafian: Maklumat ini tidak bertujuan mendiagnosa, merawat ataupun memberi nasihat perubatan.Segala maklumat bukan dakwaan keberkesanan rawatan cuma sebagai maklumat umum semata. Jika ada kemusykilan dan pertanyaan sila berjumpa doktor anda. Saya akan menerangkan secara ringkas dahulu teknik perawatan tidak konvensional yang ada. Nanti ada kesempatan saya akan jelaskan dengan terperinci.
Gula dan karbohidrat (termasuk bijian cereal, wholemeat, whole wheat) meningkatkan kerosakan kebanyakan organ termasuk otak, mata, buah pinggang, dan jantung menerusi apa yang dinamakan sebagai:
[PRODUK AKHIR GLIKASI] @ Advace Glycation End Product (AGE) AGE menyebabkan salur darah menjadi keras (tidak fleksibel). Ia juga mengurangkan pengaliran darah dengan menyekat penghasilan nitric oxide (NO).Ia juga menjadi punca radang dan dikaitkan rapat dengan penyakit kronik seperti: 1) Kencing manis 2) Alzheimer (nyanyuk) 3) Katarak dan degenerasi makula. 4) Masalah buah pinggang kronik. 5) Atherosclerosis (salur darah menyempit) ![]()
Nasi putih merupakan karbohidrat yang lebih selamat. Sudah berzaman nenek moyang kita termasuk populasi negara ASEAN lain mengambil nasi sebagai makanan harian mereka tetapi masih mengekalkan berat badan ideal mereka.
Nasi beras putih merupakan pilihan lebih baik berbanding beras perang pada pendapat peribadi saya. Hujahnya sama dengan hujah roti putih vs roti perang. Nasi putih lebih "lembut" kepada sistem pencernaan. Bagi yang mahu mengekalkan berat pula pengambilan nasi putih dengan sederhana lebih selamat berbanding mengambil sekeping roti yang meningkatkan kelaparan dan menerukkan simtom "withdrawal" gula. Apa yang membezakan nenek moyang kita ialah persekitaran yang berbeza. Kualiti tanah, kandungan logam berat dan penggunaan pestisid berbahaya boleh memberi mudarat kepada kesihatan. Tanggal April 2016, FDA telah meletakkan had 100 ppb arsenik tidak organik di dalam cereal bayi berasaskan beras. Adakah kurang daripada itu bermakna selamat? Sudah tentu tidak! Sebab itu dengarlah nasihat nenek moyang kita jangan makan makanan proses ;) ![]()
Persoalan yang mengelirukan, orang yang bertanya pada saya juga kelihatan sangat keliru.
Kemungkinan kerana prosedur keduanya sama yang mana darah dikeluarkan daripada badan. Jadi adakah manfaat keduanya sama? Ada yang sama mungkin tapi banyak bezanya! Derma darah sangat penting bagi menyelamatkan nyawa. Ini bagi saya manfaat terbesar melebihi semua manfaat lain termasuk manfaat bekam. Niat pada yang ni bila derma darah , insha Allah akan dibalasNYA dengan kesihatan yang lebih baik. Bekam pula banyak manfaatnya. Ramai lebih percaya pada gimiknya, iaitu “buang darah kotor” menyebabkan terdapat mereka yang skeptik dan memandang serong pada terapi bekam ini. Walhal banyak kajian ke atas terapi ini secara saintifik telah dijalankan terutama oleh negara-negara timur tengah, China, india dan juga Malaysia. ![]()
Ramai orang mengambil supplemen mineral kalsium.
Tetapi ramai tidak tahu kepentingan mengimbanginya dengan magnesium. Penyerapan kalsium ke dalam sel memerlukan vitamin D, Magnesium dan juga vitamin K2. Tidak ramai yang diperiksa mengalami kekurangan kalsium sebaliknya majority populasi kekurangan vitamin D, magnesium dan juga vitamin K2.
Antara isu utama pesakit kencing manis ialah kurangnya sensitiviti reseptor insulin menyebabkan gula tidak diangkut dari dalam darah masuk ke dalam sel. INSULIN TINGGI tetapi reseptor (penerima) TIDAK SENSITIF. Gula darah sentiasa menjadi tidak cukup dengan pengambilan biasa gula.
Cara meningkatkan pengangkutan gula ke dalam sel menjadikan reseptor insulin lebih sensitif: ![]()
Setiap lapisan sel di dalam tubuh anda terdiri daripada dua lapisan phospholipid daripada lemak dan juga kolesterol.
. Lemak tepu dan kolesterol memelihara integriti sel badan dan juga membenarkan nutrient larut lemak seperti vitamin A, D, E, K, choline dan DHA melaluinya. . Otak merupakan bahagian paling berlemak dengan 60% daripadanya terdiri daripada lemak dan kolesterol. . Selaput Myelin (Myelin sheath) di saraf manusia meningkatkan kelajuan impuls (maklumat saraf) dengan lompatan. Tanpanya maklumat akan bergerak secara gelombang yang lebih perlahan. Penyakit yang dikaitkan dengan kerosakan selaput myelin ialah >Multiple Sclerosis (MS) >Alzheimer (nyanyuk).
Pegangan saya terhadap prinsip pemakanan di dalam Islam hanya berlandaskan beberapa dalil naqli di dalam Al-Quran terutamanya ayat yang saya lampirkan. Saya tidak berniat menafsir cuma berkongsi pembacaan dan ijtihad saya atas ayat ini.
. . Di dalamnya terdapat beberapa beberapa arahan
Tikar getah dikatakan mempunyai kesan buruk kepada kesihatan kerana mengandungi BPA dan pthalates yang dikelaskan sebagai xenoestrogen.
Sebagai ringkasan, Xenoestrogen merupakan bahan bukan berasal dari badan tapi mampu memberi kesan kepada hormon estrogen di dalam badan anda..hormon yang dikaitkan dengan "kewanitaan". Antara Bahan Xenoestrogen: Tidak Organik -------------------- 1) Plastik : BPA, pthalates 2) Logam berat :Merkuri, aluminium, plumbum. 3) Produk Organoklorin 4) Racun Serangga 5) Kosmetik dan penjagaan badan tertentu Organik ------------ 1) Phytoestrogen : soya, flax, oat 2) Mycoestrogen |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|