Sayur dan buah merupakan makanan yang sangat berkhasiat. Namun logik kah makan vitamin kemudian makan racun bersama? Mengapa anda patut merasa ngeri apabila makan sayur dan buah yang disirami racun pestisid ini? (1) KANSER Banyak kajian mengaitkan pendedahan pestisid kepada risiko kanser. Antaranya: - Leukemia - Limfoma - Kanser otak - Kanser buah pinggang - Kanser payudara - Kanser prostat - Kanser pankreas - Kanser hati - Kanser paru-paru - Kanser kulit Ibu mengandung yang terdedah terhadap pestisid dikaitkan dengan risiko menyebabkan kandungannya mendapat leukemia, Wilm's tumor dan kanser otak. Pendedahan terhadap racun serangga di rumah (spray nyamuk, lipas etc2) serta herbisid luar rumah dikaitkan dengan kanser darah kanak-kanak. Banyak kajian juga menunjukkan herbisid roundup (glyphosate)yang digunakan dalam tanaman GMO mungkin menyebabkan kanser. 2) PENYAKIT NEUROLOGI (SARAF)
Kajian yang diterbitkan di dalam "Journal of Alzheimer's disease" menunjukkan paras tinggi DDT di dalam darah dan juga otak pesakit Alzheimer. Laporan tahun 2015 di dalam jurnal neuroscience pula menerangkan bagaimana pestisid terlibat dalam penyakit Alzheimer dengan menghasilkan beta-amyloid (AB) peptide dan fosforilasi protein tau...ciri utama penyakit nyanyuk ini. Sedikit sahaja pestisid meningkatkan risiko penyakit Parkinson sehingga 70%. Kedua herbisid dan pestisid meningkatkan risiko Parkinson. Pendedahan dalam jangka masa panjang dikaitkan juga dengan penyakit dementia (rosak otak dan hilang ingatan). Kajian pada University College of London mendapati pendedahan jangka panjang racun pestisid dengan ketara merosakkan memori. . 3) MASALAH KELAHIRAN Pendedahan terhadap pestisid dikaitkan dengan kematian atau kecacatan serta gangguan perkembangan janin. Racun pestisid juga mungkin mengganggu perkembangan saraf kanak-kanak dan merendahkan paras IQ mereka mengikut kajian. . 4) MASALAH KESUBURAN Pendedahan terhadap pestisid menyebabkan pengubahsuaian genetik terhadap sperma, pengurangan kuantiti sperma, kerosakan terhadap organ pembiakan dan gangguan hormon lelaki. Pestisid seperti dibromochlorophane and 2,4-D juga dikaitkan dengan pengurangan kesuburan kaum lelaki mengikut kajian. Kajian Universiti Yale menunjukkan pestisid methoxychlor yang juga digunakan di Malaysia mengganggu perkembangan dan fungsi pembiakan kaum wanita seterusnya mungkin mengurangkan kesuburan. Wanita yang tededah terhadap racun serangga di rumah juga didapati kurang peluang mengandung. . 5) MENGGANGGU PERKEMBANGAN JANIN DAN BERAT LAHIR BAYI. Kajian menunjukkan racun terutamanya antikulat yang digunakan dalam pertanian boleh mengurangkan berat bayi yang baru lahir. Ukur lilit kepala juga lebih kecil berbanding kebiasaannya. Ukur lilit lebih kecil ini mencadangkan perkembangan saraf bayi yang mungkin terganggu oleh pestisid. Kajian yang lain menunjukkan bahawa pendedahan terhadap pestisid organophosphate dikaitkan secara negatif dengan perkembangan kognitif kanak-kanak. Perkembangan saraf mereka dinilai pada umur mereka 1,2,6dan 9 tahun. Kajian di California melibatkan kanak-kanak berumur 7 tahun menunjukkan kaitan konsentrasi air kencing yang mengandungi produk pestisid dengan perkembangan intelektual kanak-kanak sebanyak 7 poin IQ secara puratanya. Dalam Kajian Columbia Center for Children's Environmental Health melibatkan 265 orang kanak-kanak berumur 7 tahun, Pendedahan terhadap racun organophosphate chlorpyrifos sebelum lahir dan kaitannya terhadap perkembangan saraf kanak-kanak dikaji. Didapati terdapat bukti defisit pada skor Working Memory Index and Full-Scale IQ kanak-kanak yang dikaitkan dengan pendedahan racun pestisid ini. . 6) AUTISM Kajian oleh pengkaji di Environmental Health Perspectives yang diterbitkan dalam jurnal Environmental Health Perspectives menunjukkan lebih daripada sepertiga daripada 970 subjek kajian Childhood Risk of Autism from Genetics and the Environment (CHARGE) tinggal kurang daripada 1 batu daripada kawasan penggunaan pestisid. Jarak pendedahan dengan racun oganophosphates dalam kandungan meningkatkan risiko dsehingga 60% diagnosis Autism (ASD )atau perkembangan bayi (DD). Pendedahan pestisid ketika trimester ketiga meningkatkan risiko 3 kali ganda berbanding pada awal kandungan. Aktivis daripada Pesticide Action Network and the Natural Resources Defense Council baru-baru ini menyaman Environmental Protection Agency (EPA) kerana menarik larangan penggunaan racun chlorpyrifos yang dikaitkan dengan kerosakan otak kanak-kanak. Walhal EPA sendiri merumuskan pada November tahun lalu bahawa pestisid ini dikaitkan dengan autism, mengurangkan kecerdikan, melambatkan perkembangan kanak-kanak dan penyakit attention deficit. . Oh untuk pengetahuan umum, chlorpyrifos merupakan racun yang biasa digunakan di dalam tanaman di Malaysia termasuk di ladang kelapa sawit. . 7) ENDOMETRIOSIS Penyakit endometriosis yang mengakibatkan senggugut teruk dikaitkan dengan sekurangnya 2 jenis pestisid. Kajian menunjukkan pestisid beta-hexachlorocyclohexane (HCHs) dan mirex meningkatkan risiko endometriosis sehingga 30-70% Walaupun HCHs sudah diharamkan di Malaysia pada tahun 2003, kajian pada tahun 2012 menunjukkan sisa pestisid ini masih wujud di beberapa batang sungai di Cameron Highland. . 8) HILANG PENDENGARAN Kajian yang diterbitkan dalam jurnal "Environmental Science and Pollution Research International", pendedahan kepada pestisid organochloride sewaktu bayi mendedahkannya kepada kehilangan pendengaran. Kajian pada tahun 2009 ke atas 14, 229 pengendali racun pestisid mendapati lebih daripada satu pertiga (35%) dilaporkan mengalami masalah hilang pendengaran. . 9) KENCING MANIS Pestisid merupakan xenoestrogen iaitu bahan pengganggu hormon. Pada tahun 2015 artikel di 'Journal of Diabetes' menilai 49 kajian yang melihat kaitan risiko kencing manis dengan pendedahan terhadap pestisid berklorin, PCB dan juga dioxin. Pengkajinya merumuskan bahawa bahan pengganggu hormon ini memberi kesan terhadap risiko kencing manis. . 10) OBESITI Kajian yang diterbitkan di Environmental Health Perspective pada tahun 2012 melaporkan bahawa lebih 50 jenis pestisid merupakan pengganggu hormon yang menyebabkan sindrom metabolik dan juga obesiti. . 11) ASMA Reviu 41 artikel saintifik pada tahun 2015 merumuskan bahawa pendedahan terhadap pestisid meningkatkan risiko penerukan simtom pernafasan, asma dan juga radang paru-paru (bronchitis). Pengkaji di Albert Einstein College of Medicine menemui bukti kaitan alergi dan juga pestisid. Pengkajinya menjelaskan bagaimana sisa pestisid dalam badan mengganggu kuman baik sistem pencernaan, mengurangkan imuniti badan dan menyebabkan alergi. . 12)KANSER PAYUDARA Kajian pada tahun 2015 yang diterbitkan dalam "The Science of the Total Environment" melaporkan potensi kaitan pestisid jenis beta-hexachlorocyclohexane (HCHs) dan kanser payudara. Sisa pestisid ini juga di dikaji di beberapa tempat pertanian di Cameron Highland. . . Kajian di atas kebanyakannya merupakan kajian kaitan (association). Kajian lebih kukuh seperti "double blind RCT" yang mana kajian tidak memaklumkan subjek tentang bahan racun yang dikaji adalah tidak berertika dan tidak dibenarkan. Walaupun tidak dapat memuktamadkan sebab dan kesan bahan ini, namun banyak kajian jenis lain yang secara konsisten menunjukkan bahaya racun ini terhadap penyakit-penyakit tertentu. . Maka seharusnya kita mengambil jalan selamat untuk semampu boleh mengelakkan diri daripada memilih sayuran dan buah yang diracun dengan banyaknya.Kaedah membasuh yang lebih berkesan diharapkan dapat mengurangkan mudarat pendedahan terhadap toksin persekitaran ini. Selain daripada itu kita juga perlu berusaha memastikan organ detoks badan kita adalah pada tahap optimum supaya berupaya mengumuhkan toksin persekitaran ini dengan lebih berkesan. . . Ikhlas, Hafiz Sulaiman -Pejuang Kesihatan- |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|