Teh tarik alaf baru menggunakan krimer bukan tenusu iaitu lemak daripada minyak kelapa sawit bagi menggantikan pepejal susu yang semakin mahal kosnya..
. Minyak kelapa sawit menjadikan teh tarik berlemak menggantikan lemak susu..namun rasanya sudah tentu berbeza dengan lemak susu.. . Maka gula diletakkan dengan banyaknya..gula paling beracun jika diambil berlebihan, iaitu gula fruktosa kepekatan tinggi.. Terdapat banyak persamaan antara gula HFCS dan ARAK ialah keduanya menyebabkan ketagihan. - Keduanya hanya diproses di HATI semata. - Keduanya juga meningkatkan asid urik menyebabkan gout - Keduanya menyebabkan penyakit hati berlemak dan merosakkan hati. - Keduanya juga meningkatkan trigliserida dan kolesterol lemak jahat VLDL. - Keduanya menyebabkan masalah metabolic dan penyakit jantung. - Keduanya menyebabkan peningkatan stres radikal bebas yang merosakkan badan. - Keduanya juga meningkatkan produk glikasi (AGEs) yang merosakkan organ dan menyebabkan penuaan. - Pengambilan berlebihan juga dikaitkan dengan perkembangan pesat sel kanser pancreas mengikut kajian . Elakkan mengambil teh tarik dan air manis setiap hari. Jika diambil hari itu, maka hadkan pengambilan gula di dalam makanan anda termasuk gula tersembunyi di dalam nasi, biskut, gandum dan karbohidrat diperhalusi lainnya. . . Hafiz Sulaiman -Pejuang Kesihatan- |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|