![]() Ramai tidak mengetahui otak terdiri daripada 60% lemak. Ia merupakan organ yang paling berlemak dalam badan manusia. Walaupun kecil, ia menggunakan 20% daripada tenaga metabolism badan. Sumber utama tenaga bagi otak tidak dapat dinafikan ialah gula. Namun begitu penggunaan secara berlebihan akan menyebabkan ketagihan gula. Iya benar, gula boleh menyebabkan ketagihan. Pemberian gula terutamanya fruktosa (gula buah) akan mengaktifkan “sistem ganjaran” di “Mesolimbic pathway”.Otak akan menyimpan memori “keseronokan” makan gula fruktosa dan makin lama semakin banyak gula ini diperlukan untuk memenuhi kepuasan dan keseronokan makan gula. Kekurangannya akan menyebabkan kelesuan, kerisauan, tekanan perasaan dan emosi yang tidak stabil Serupa dengan ketagihan bukan. Cuba periksa sekiranya anda atau keluarga anda dalam kategori ini.Kesan akan menjadi lebih buruk jika ketagihan gula digabungkan dengan ketagihan cafein. Cafein dan gula merupakan antara penyumbang utama kepada masalah keletihan adrenal. Sikit tak mengapa, banyak menjadi racun. Quote yang saya suka guna daripada Paracelcus, yang digelar bapa toksikologi: Dosis facit venunum. "dos yang menentukan sesuatu benda itu beracun". Mengapa lemak pilihan saya?
Kolesterol dan lemak merupakan komponen utama dinding sel.Dinding sel penting utk mengekalkan struktur sel dan mengekalkan zat-zat penting di dalam sel. Diet tinggi lemak akan menukarkan glutamate kepada GABA manakala gula berlebihan menyebabkan penghasilan aspartate dari glutamate. Peningkatan apartate dikaitkan dengan masalah kanak-kanak hiperaktif yang kian meningkat. Pembakaran lemak sebagai tenaga juga menghasilkan ketone yang lebih efisyen digunakan oleh otak.Pada tahun 1920-1930an diet ketogenik merupakan rawatan utama bagi masalah epilepsi (sawan).Namun penggunaanya diabaikan setelah penemuan ubat epilepsi. Kolesterol di dalam otak juga banyak di simpan di dalam selaput myelin (myelin sheath) pada saraf otak. Myelin sheath ini terdiri daripada 30% protein , 27% kolesterol (lemak) dan 43% phospholipid (lemak) Fungsi myelin sheath ni ialah untuk mempercepatkan pemindahan impuls dari saraf ke saraf jiran. Kerosakan myelin sheath mengakibatkan masalah degenerasi saraf seperti Alzheimer (nyanyuk) dan Multiple sclerosis. Pengambilan gula berlebihan serta lemak trans akan menghasilkan radikal bebas yang akan merosakkan struktur saraf ini. ![]() Lemak merupakan nutrisi yang sangat penting bagi perkembangan otak. Lemak Tepu (daging, ayam, telur, minyak kelapa, minyak kelapa sawit, butter, minyak sapi) -Merupakan komponen utama sel-sel otak. -Memelihara integriti dan kelikatan dinding sel. -Penting bagi mengekalkan nutrisi sel otak. ![]() Lemak Tak Tepu (PUFAs) - ( minyak ikan, minyak flax, walnut, makanan laut)
Monounsaturated (minyak zaitun, kekacang,)
Kesimpulannya, lemak merupakan antara komponen utama dalam perkembangan otak. Pengambilan lemak yang sihat seperti lemak tepu dan lemak monounsaturated sangat penting untuk meningkatkan kecerdasan dan mencapai fungsi optimum otak. Pengenalan Stem sel merupakan sel induk yang mampu bertukar (differentiate) kepada sel-sel yang pelbagai di dalam badan kita. Stem sel ada di mana-mana sahaja di dalam badan kita (ubiquitous). Sel kulit, rambut, kuku, otot dan sel pada organ-organ dan sebagainya semuanya mempunyai stem sel masing-masing. Stem sel perlu untuk memperbaharui sel-sel yang mati setiap hari. Kemampuan bertukar diukur melalui kebolehupayaan atau potensi stem sel tersebut. Antaranya:
2. Pluripoten (Sel Embrio) - Mampu berubah kepada semua sel embrionik germ line : ektodem, mesoderm dan endoderm. 3. Multipoten ( Stem sel dewasa, Stem sel tali pusat) - Kebolehupayaan untuk berubah terhad. 4. Unipoten ( Stem sel darah) - Hanya berubah kepada satu jenis keturunan sel sahaja. Aplikasi Perubatan Stem Sel mampu menggantikan tisu yang rosak dengan yang baru. Stem sel darah seperti platelet rich plasma (PRP) dengan potensi unipoten menjana salur darah baru bagi membolehkan faktor tumbesaran (growth factor), antioksida,nutrisi penting sampai ke kawasan yang rosak. Beberapa faktor memainkan peranan dalam penggantian sel. Antaranya: Terdapat banyak potensi bidang regeneratif yang masih di tahap bayi dalam dunia perubatan moden. Terdapat banyak kajian-kajian baru yang mengkaji potensi penyembuhan bagi penyakit-penyakit kronik antaranya: Kecederaan Saraf Tunjang Multiple sclerosis Nyanyuk (Alzheimer) Parkinson’s disease Masalah-masalah Ortopedik : sendi, tulang, otot dll. Kegagalan fungsi organ seperti pancreas, buah pinggang, hati, paru-paru dll. Rawatan kulit : Ekzema, psoriasis dll. Bidang kecantikan : Mengurangkan kedutan, mengembalikan seri wajah, mengisi rongga cekung (volumisation) dll. Pendek kata banyak masalah kesihatan mempunyai potensi rawatan menggunakan terapi sel ini terutamanya melalui transplan menggunakan stem sel badan sendiri (autologous) yang mana risikonya kurang dan diterima lebih baik oleh badan sendiri.Tidak mustahil tidak lama lagi kita mampu menjana kembali organ yang rosak! Isu dan Kontroversi Stem Sel Namun begitu terdapat banyak juga kontroversi penggunaan terapi sel ini antaranya: Produk scam
Dakwaan kesihatan yang berlebihan
Prosedur rawatan dan persekitaran kondusif dan selamat
Stem sel penyebab kanser
Kesimpulannya terapi regeneratif mempunya potensi yang sangat besar dalam perawatan pesakit yang gagal dalam rawatan konvensional terutamanya dalam rawatan penyakit-penyakit kronik. Ia membuka lembaran baru dalam mendalami bidang-bidang lain seperti nutrigenomik, epigenetic dan juga pengkulturan sel. Namun begitu, aplikasi terapi regeneratif perlu diteliti secara mendalam dan mendapat nasihat doktor perubatan bertauliah yang pakar dalam bidang ini bagi mengelakkan terjadinya kejadian yang tidak diingini akibat komplikasi terapi ini. Functional Medicine. Ia merupakan disiplin perubatan holistik yang menitikberatkan hubungkait interaksi persekitaran,sistem penghadaman, nutrisi dan hormone. Functional medicine merupakan pendekatan pencegahan awal dan juga “patient centred” yang mana pesakit dirawat secara individu, mengikut variasi masing-masing. Ini berbeza dengan bidang perubatan moden yang memberi lebih fokus kepada penyakit yang dirawat.
Pengetahuan dalam bidang perubatan moden serta pemahaman di dalam bidang functional medicine membuka ruang yang lebih besar dalam perawatan pesakit secara menyeluruh (holistik). Apatah lagi, kemunculan bidang-bidang perubatan tidak konvensional seperti perubatan regeneratif, epigenetic dan nutrigenomik menjadikan impian bagi penyembuhan penyakit kronik seperti kencing manis, multiple sclerosis, alzheimer semakin hampir kepada realiti. |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|