![]() Banyak lambakan produk yang menggunakan bahan tidak berkesan seperti glutathion: 1) Glutathion sapu - Molekul glutathion ni besar, tak leh masuk dalam kulit dik oi.. 2) Glutathion makan - Dalam kajian paling lama dan paling saintifik iaitu double blind, randomised, placebo controlled diterbitkan pada tahun 2011 Glutathion yang dimakan tidak berfungsi. Fullstop. Sayur dan buah merupakan makanan yang sangat berkhasiat. Namun logik kah makan vitamin kemudian makan racun bersama?
Mengapa anda patut merasa ngeri apabila makan sayur dan buah yang disirami racun pestisid ini? (1) KANSER Banyak kajian mengaitkan pendedahan pestisid kepada risiko kanser. Antaranya: - Leukemia - Limfoma - Kanser otak - Kanser buah pinggang - Kanser payudara - Kanser prostat - Kanser pankreas - Kanser hati - Kanser paru-paru - Kanser kulit Ibu mengandung yang terdedah terhadap pestisid dikaitkan dengan risiko menyebabkan kandungannya mendapat leukemia, Wilm's tumor dan kanser otak. Pendedahan terhadap racun serangga di rumah (spray nyamuk, lipas etc2) serta herbisid luar rumah dikaitkan dengan kanser darah kanak-kanak. Banyak kajian juga menunjukkan herbisid roundup (glyphosate)yang digunakan dalam tanaman GMO mungkin menyebabkan kanser. ![]()
Racun pada buah dan sayuran mungkin membawa kepada kesan kesihatan yang serius terutamanya dalam jangka masa panjang. Berikut merupakan tips yang boleh diambil bagi membuang pestisid pada permukaan:
. 1) BASUH DAN GOSOK DENGAN AIR 75-80% sisa pestisid boleh dikurangkan dengan membasuh tanaman dan menggosoknya di bawah aliran air sejuk. Menurut kajian lain pula, bukan suhu yang penting, tetapi aktiviti menggosok itu lah yang mengurangkan pestisid. Gunakan sarung tangan plastik dan gosok sekurangnya 30 saat. Pastikan juga menggosok di celahan buah dan sayuran di mana racun serangga ini berkumpul. ![]()
Saya teringat 6 tahun lepas ketika di klinik kesihatan, seringkali pakcik makcik kategori warga emas tergelak kecil atau tersengih apabila saya menyarankan mereka bersenam angkat berat.
" Dah berumur takkan nak angkat berat doktor". " Umur kami ni berkebun, berjalan-jalan sekitar taman sesuai la doktor. Nak angkat besi dah tak larat lah doktor". " Saya tak minat nak bina badan doktor". Rasanya ramai yang keliru beza aktiviti harian, gaya hidup aktif dan bersenam. Tak kurang juga yang merasakan senaman angkat berat ini untuk mereka yang nak bina badan lawa-lawa saja hehe. Pada pendapat saya, semakin tua..semakin perlu seseorang itu senaman jenis angkat berat untuk mencegah SARKOPENIA. ![]() Pemakanan suplemen yang diluluskan agensi regulatori farmasi kebangsaan sepatutnya selamat dimakan oleh umum. . Namun bukan semua orang boleh makan semua suplemen. Suplemen bukan "whole food" ialah zat-zat yang tidak seimbang seperti mana juga ubatan. Sebahagian besar darinya memerlukan penilaian sejarah, pemeriksaan fizikal, dan ujian makmal tehadap darah dan juga sampel lain dari tubuh untuk memastikan keperluaannya. |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|