Berpuasa di bulan ramadhan menyebabkan perubahan mendadak terhadap fisiologi badan. Perut yang sudah biasa dengan pengambilan makanan sekurangnya 3 kali sehari kali ini kosong pada waktu siangnya. Badan mengalami stres kerana pemecahan lemak di dalam badan. Maka penting untuk kita mengurangkan stres di dalam pemakanan juga kerana akibat stres berlebihan ini menyebabkan keradanganyang merosakkan kesihatan badan.
Malah mengurangkan stres dalaman adalah amat penting ketika berpuasa untuk membantu pemulihan organ-organ dan tisu badan yang rosak. elakkan 5 pemakanan yang meningkatkan stres dalaman ini.Stres bukan sahaja di hasilkan melalui gangguan emosi. Pemakanan juga menyebabkan peningkatan stres dalaman badan. Minimakan 5 jenis pemakanan ini untuk mengurangkan stres dalaman yang merosakkan kesihatan badan. 1. Makanan Bergula dan Manis. Pengambilan gula yang berlebihan meningkatkan stres dalaman. Pengambilan gula juga meningkatkan hormon insulin di dalam badan yang berfungi menyimpan lemak badan. Kita susah kurus walaupun berpuasa. Juadah berbuka puasa zaman moden 2. Makanan Tinggi Proses Makanan proses mengandungi pelbagai bahan sintetik seperti pengawet, pewarna, pengemulsi, penstabil dan perisa yang boleh meningkatkan stres dalaman. Makanan proses mengandungi pelbagai bahan yang boleh meningkatkan stres dalaman badan seseorang. 3. Lemak Trans Lemak trans atau trans fat ini sangat biasa didapati di dalam makanan proses termasuk marjerin, shortening, pastri, makanan segera dan dalam pek. Lemak trans ini meningkatkan stres dan keradangan dengan menyingkirkan lemak bermanfaat setiap sel di dalam badan kita iaitu lemak omega3 dan omega6. Hasilnya ialah kerosakan sel yang sangat teruk. Lemak trans ialah lemak utama penyebab penyakit jantung dan dikaitkan dengan kanser. 4. Makanan Alahan. Jika kita ada alahan, makanan yang sihat pun boleh meningkatkan stres dalaman. Makanan tinggi histamin terutamanya boleh menyebabkan kegatalan, keradangan, sesak nafas, refluks makanan dan kembung serta cirit birit. Maka elakkan makanan tinggi histamin buat sementara waktu ketika badan kita dalam keadaan stres. Makanan ini biasanya terdiri daripada makanan peram seperti yogurt, budu, belacan serta buah-buahan seperti betik dan pisang. Makanan histamin perlu dielakkan ketika stres dan radang bagi mereka yang mempunyai isu alahan. 5. Makanan merosakkan sistem pencernaan Hormon kortisol yang tinggi secara berpanjangan boleh menyebabkan "kebocoran usus" @ leaky gut yang meningkatkan stres dan keradangan badan. Makanan seperti gluten dan lectin bukan sahaja susah dicerna, ia merosakkan lapisan dinding pertahanan usus dan masuk ke dalam badan menyebabkan peningkatan stres dalaman. Jika ada masalah penghadaman, elakkan makanan ini sewaktu bulan ramadhan. Mengurangkan stres kronik ialah strategi yang sangat baik untuk memulihkan kesihatan badan. Pemakanan yang meningkatkan stres harus diambil secara minima atau dielakkan buat sementara waktu untuk mengelakkan kerosakan akibat peningkatan stres dalaman. Diharapkan artikel ini membantu mengurangkan derita pesakit yang tinggi stres badannya. Semoga puasa kita dipermudahkan dan mendapat keberkatan insha Allah. Bulan puasa adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam di negara kita. Namun begitu bagi penderita radang gastrik dan juga pesakit GERD, ia menggamit debaran dan kerisauan yang serius. Pada bulan ini lah simtom "angin" jadi semakin serius terutamanya di awal waktu puasa. Ini kerana badan tidak biasa dalam keadaan puasa dan perlu masa untuk adaptasi. Apabila mula berpuasa, stres dalaman badan meningkat dan ini meningkatkan paras histamin di dalam badan. Dipetik daripada webmd.com Oleh kerana pesakit GERD dan masalah "angin" ini juga sering mengalami kegatalan, saya syorkan pembacaan ini. Maklumat lanjut di sini. Bagaimana peningkatan histamin berkait dengan GERD? 15 SIMTOM ALAH (BERLEBIHAN)HISTAMIN BAGI PESAKIT GERD.
SOLUSI
Apabila stres dalaman tinggi, maka langkah paling utama bagi penderita masalah angin ini ialah dengan tidak menambahkan lagi stres. AKTIVITI.
MAKANAN
Berdoa selalulah demi pemulihan dan redha akan ketentuannya. Kejarlah malam lailatul qadar semoga diberi keberkatan dan dimakbulkan doa hambanya. Insha Allah. Kesnya begini. Kita dah lama sembelit. Dah minum air berliter setiap hari. Dah makan sayur banyak-banyak. Tak juga membuang dengan lawas. Stres rasanya. Emosi terganggu kot. Mungkin toksin dalam badan perlu dibuang barulah rasa lega. Ada beberapa jenis makanann yang biasa diamalkan oleh penderita sembelit. Pisang dan betik. Ramai menyangka pisang dan betik memudahkan lawas membuang air besar hanya kerana kandungan serat yang tinggi. Masuk akal juga bukan? Kenapa tidak dapat membuang setiap pagi? Hakikatnya ramai tidak membuang setiap hari kerana mengalami masalah sistem pencernaan. Hanya dengan mengambil buah seperti pisang dan betik ini barulah boleh "detoks" dan "lawas" buang air besar. Ini mungkin adalah pemahaman yang salah dan amalan berisiko memudaratkan kesihatan. Pisang dan betik mungkin hanya bertindak sebagai JULAP. Bagi sesetengah orang yang sensitif, kandungan bahan kimia saraf histamin dan serotonin yang tinggi di dalam buah ini menyebabkan pergerakan usus menjadi lebih aktif. Malah mereka yang sensitif mungkin akan mengalami cirit birit dengan pengambilan buah ini. Siapakah mereka yang sensitif ini? Kebiasaannya, mereka yang sensitif badan ini ialah mereka yang mengalami kerosakan sistem pencernaan. Maka dengan pengambilan buah pisang dan betik ini, kita MEMAKSA usus kita aktif bekerja keras mengepam kandungan usus keluar. Ini juga bukan kerana aktiviti detoks daripada makanan tersebut ya. Kesannya, usus yang terlebih aktif ini akan jadi terbeban. Malah, pengambilan makanan tinggi histamin seperti betik dan pisang juga mungkin menyebabkan KERADANGAN dan sensitiviti usus meningkat. Usus mungkin jadi semakin rosak! Maka timbullah simtom-simtom seperti :
Mengapa bebankan usus dan sebabkan usus semakin sensitif dan rosak? Apabila usus sudah menunjukkan tanda kerosakan seperti sembelit, apa yang perlu dilakukan sebenarnya ialah merehatkannya supaya pemulihan secara fitrah dapat berjalan lancar tanpa gangguan. SOLUSI MERAWAT MASALAH SEMBELIT.
Psyllum husk boleh dibeli di kebanyakan farmasi. Kesimpulannya, jika kita mempunyai masalah sembelit, ia mungkin petanda kerosakan dan usus sensitif. Lama-kelamaan jika kita berterusan meransang usus untuk melancarkan pembuangan, usus yang terbeban dan bengkak kerana stres histamin mungkin akan bengkak dan rosak. Usus tidak boleh berfungsi mengepam najis seperti normal lagi walaupun diransang.
Beri masa dan rehatkan usus supaya pemulihan semulajadi berlaku. Usah dipaksa, kelak sistem pencernaan kita mungkin tidak mampu menampung stres bekerja walaupun usus tak sihat. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sila share kepada keluarga dan sahabat supaya tidak melakukan kesilapan yang mungkin memudaratkan ini. |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|