![]()
Memandangkan banyak permintaan berkenaan terapi integratif@komplementari dalan perawatan sendi, otot dan saraf, saya akan menerangkan sedikit sebanyak informasi terkini berkenaan perawatan tidak konvensional dalam perawatan sendi, urat saraf dan otot.
Penafian: Maklumat ini tidak bertujuan mendiagnosa, merawat ataupun memberi nasihat perubatan.Segala maklumat bukan dakwaan keberkesanan rawatan cuma sebagai maklumat umum semata. Jika ada kemusykilan dan pertanyaan sila berjumpa doktor anda. Saya akan menerangkan secara ringkas dahulu teknik perawatan tidak konvensional yang ada. Nanti ada kesempatan saya akan jelaskan dengan terperinci.
Gula dan karbohidrat (termasuk bijian cereal, wholemeat, whole wheat) meningkatkan kerosakan kebanyakan organ termasuk otak, mata, buah pinggang, dan jantung menerusi apa yang dinamakan sebagai:
[PRODUK AKHIR GLIKASI] @ Advace Glycation End Product (AGE) AGE menyebabkan salur darah menjadi keras (tidak fleksibel). Ia juga mengurangkan pengaliran darah dengan menyekat penghasilan nitric oxide (NO).Ia juga menjadi punca radang dan dikaitkan rapat dengan penyakit kronik seperti: 1) Kencing manis 2) Alzheimer (nyanyuk) 3) Katarak dan degenerasi makula. 4) Masalah buah pinggang kronik. 5) Atherosclerosis (salur darah menyempit) ![]()
Nasi putih merupakan karbohidrat yang lebih selamat. Sudah berzaman nenek moyang kita termasuk populasi negara ASEAN lain mengambil nasi sebagai makanan harian mereka tetapi masih mengekalkan berat badan ideal mereka.
Nasi beras putih merupakan pilihan lebih baik berbanding beras perang pada pendapat peribadi saya. Hujahnya sama dengan hujah roti putih vs roti perang. Nasi putih lebih "lembut" kepada sistem pencernaan. Bagi yang mahu mengekalkan berat pula pengambilan nasi putih dengan sederhana lebih selamat berbanding mengambil sekeping roti yang meningkatkan kelaparan dan menerukkan simtom "withdrawal" gula. Apa yang membezakan nenek moyang kita ialah persekitaran yang berbeza. Kualiti tanah, kandungan logam berat dan penggunaan pestisid berbahaya boleh memberi mudarat kepada kesihatan. Tanggal April 2016, FDA telah meletakkan had 100 ppb arsenik tidak organik di dalam cereal bayi berasaskan beras. Adakah kurang daripada itu bermakna selamat? Sudah tentu tidak! Sebab itu dengarlah nasihat nenek moyang kita jangan makan makanan proses ;) ![]()
Persoalan yang mengelirukan, orang yang bertanya pada saya juga kelihatan sangat keliru.
Kemungkinan kerana prosedur keduanya sama yang mana darah dikeluarkan daripada badan. Jadi adakah manfaat keduanya sama? Ada yang sama mungkin tapi banyak bezanya! Derma darah sangat penting bagi menyelamatkan nyawa. Ini bagi saya manfaat terbesar melebihi semua manfaat lain termasuk manfaat bekam. Niat pada yang ni bila derma darah , insha Allah akan dibalasNYA dengan kesihatan yang lebih baik. Bekam pula banyak manfaatnya. Ramai lebih percaya pada gimiknya, iaitu “buang darah kotor” menyebabkan terdapat mereka yang skeptik dan memandang serong pada terapi bekam ini. Walhal banyak kajian ke atas terapi ini secara saintifik telah dijalankan terutama oleh negara-negara timur tengah, China, india dan juga Malaysia. ![]()
Ramai orang mengambil supplemen mineral kalsium.
Tetapi ramai tidak tahu kepentingan mengimbanginya dengan magnesium. Penyerapan kalsium ke dalam sel memerlukan vitamin D, Magnesium dan juga vitamin K2. Tidak ramai yang diperiksa mengalami kekurangan kalsium sebaliknya majority populasi kekurangan vitamin D, magnesium dan juga vitamin K2.
Antara isu utama pesakit kencing manis ialah kurangnya sensitiviti reseptor insulin menyebabkan gula tidak diangkut dari dalam darah masuk ke dalam sel. INSULIN TINGGI tetapi reseptor (penerima) TIDAK SENSITIF. Gula darah sentiasa menjadi tidak cukup dengan pengambilan biasa gula.
Cara meningkatkan pengangkutan gula ke dalam sel menjadikan reseptor insulin lebih sensitif: ![]()
Setiap lapisan sel di dalam tubuh anda terdiri daripada dua lapisan phospholipid daripada lemak dan juga kolesterol.
. Lemak tepu dan kolesterol memelihara integriti sel badan dan juga membenarkan nutrient larut lemak seperti vitamin A, D, E, K, choline dan DHA melaluinya. . Otak merupakan bahagian paling berlemak dengan 60% daripadanya terdiri daripada lemak dan kolesterol. . Selaput Myelin (Myelin sheath) di saraf manusia meningkatkan kelajuan impuls (maklumat saraf) dengan lompatan. Tanpanya maklumat akan bergerak secara gelombang yang lebih perlahan. Penyakit yang dikaitkan dengan kerosakan selaput myelin ialah >Multiple Sclerosis (MS) >Alzheimer (nyanyuk).
Pegangan saya terhadap prinsip pemakanan di dalam Islam hanya berlandaskan beberapa dalil naqli di dalam Al-Quran terutamanya ayat yang saya lampirkan. Saya tidak berniat menafsir cuma berkongsi pembacaan dan ijtihad saya atas ayat ini.
. . Di dalamnya terdapat beberapa beberapa arahan
Tikar getah dikatakan mempunyai kesan buruk kepada kesihatan kerana mengandungi BPA dan pthalates yang dikelaskan sebagai xenoestrogen.
Sebagai ringkasan, Xenoestrogen merupakan bahan bukan berasal dari badan tapi mampu memberi kesan kepada hormon estrogen di dalam badan anda..hormon yang dikaitkan dengan "kewanitaan". Antara Bahan Xenoestrogen: Tidak Organik -------------------- 1) Plastik : BPA, pthalates 2) Logam berat :Merkuri, aluminium, plumbum. 3) Produk Organoklorin 4) Racun Serangga 5) Kosmetik dan penjagaan badan tertentu Organik ------------ 1) Phytoestrogen : soya, flax, oat 2) Mycoestrogen ![]()
Kunyit merupakan antara sorotan utama kajian-kajian sains pemakanan abad ini. Ia dipetik lebih 6000 kali sebagai rujukan saintifik.
Kajian yang pesat beberapa tahun ini membuktikan banyak kesan positif kunyit, terutama ekstraknya iaitu curcumin dan curcuminoids yang efektif sebagai ubat tahan sakit dan anti radang, antivirus, antibakteria, antioksida dan juga antikanser. Curcumin juga meningkatkan paras Brain Derived Neurotropic Factor (BDNF) yang meningkatkan penjanaan saraf maka berpotensi mencegah dan merawat penyakit penuaan seperti nyanyuk (Alzheimer) dan juga Parkinson.
Masalah Gout berpunca daripada kandungan asid urik yang tinggi dalam darah (hyperuricemia) serta masalah perkumuhan asid uric ini. Ia berkumpul menjadi kristal (tophi) pada tempat-tempat tertentu seperti sendi dan menyebabkan kesakitan. Antara makanan yang disarankan pantang sekiranya anda pesakit gout ialah makanan tinggi purin seperti makanan laut contohnya ikan bilis dan kerang, hati dan organ dan juga daging.
Antara sebab-sebab lain menyebabkan gout ialah kekurangan air (dehidrasi) dan juga pengambilan alkohol. Senaman berlebihan yang meningkatkan stres oksidatif perlu dielakkan. Amalkan senaman ringkas seperti senaman kekuatan dalam tempoh hanya 10-20 minit sehari terutamanya bagi pesakit gout. ![]() Seringkali tekanan emosi melanda anak-anak yang menghafaz Al-Quran. Terutamanya jika menghafaz ayat yang susah dan ibu/bapa pula garang macam tiger shark. Ini menyukarkan pembelajaran dan didikan Al-Quran akan menjadi lebih mencabar buat ibubapa pendidik anak-anak huffaz. Stress yang berlebihan dan berpanjangan (kronik) akan menyebabkan anak-anak hilang mood, tertekan, kepenatan dan ketakutan dengan tiger shark ![]() Leaky gut merupakan masalah kesihatan kronik yang secara senyap merosakkan pelbagai sistem kesihatan tubuh badan manusia. Setelah membaca 2 artikel berkaitan gluten dan masalah leaky gut, dapatkan rawatan sekiranya anda merasakan anda atau keluarga anda terlibat. Sebarkan ilmu dan kesedaran berkenaan isu global ini yang menyebabkan banyak timbulnya penyakit-penyakit kronik yang semakin parah di zaman moden ini. Mulakan langkah kearah kesihatan lebih baik dengan gluten free diet (GFD). . Semua masalah kepenatan kronik, minda lebih jelas dan fokus, masalah tekanan dan kemurungan akan berkurangan , alahan makanan dan keradangan akan menjadi semakin baik selepas seminggu dua berpantang. Insha Allah sistem pencernaan anda akan pulih dalam masa 6-8 minggu. “Pintu” benteng pertahanan badan anda akan tertutup. Meskipun pintu sudah tertutup, namun gluten yang sudah menerobosi pintu pada pencerobohan awal mungkin mengambil masa 6 bulan – setahun untuk “dibersihkan” daripada sistem badan. Setiap individu adalah berbeza maka terdapat variasi tempoh pemulihan sistem pencernaan bagi setiap individu. ![]()
Leaky gut atau ketelapan usus merupakan terma yang kabur dalam dunia perubatan moden. Ia merupakan SINDROM, iaitu gabungan simtom-simtom dan bukannya diagnosis perubatan.
Perut menjadi “bocor” kerana beberapa sebab. Antaranya menurut Bischoff et al, 2014: 1) Keseimbangan hidupan (kuman) sistem pencernaan (pre dan probiotik dan persekitarannya). 2) Perubahan lapisan mukus atau kerosakan lapisan system pencernaan. 3) Gaya hidup seperti diet tinggi kalori dan alkohol. . Menurut NHS UK, punca kerosakan lapisan sistem pencernaan adalah seperti: 1) Alkohol 2) Aspirin ubat tahan sakit NSAIDs yang lainnya. 3) Penyakit keradangan perut seperti Crohn's disease 4) Jangkitan system pencernaan. 5) celiac disease 6) Ubat Kemoterapi 7) Sakit buah pinggang kronik. 8) Radioterapi kearah usus 9) Immunosuppressants. Ubat yang melemahkan imuniti badan seperti steroid dan kemoterapi. 10) HIV/AIDS 11) Cystic fibrosis 12) type 1 diabetes 13) Jangkitan kuman darah (sepsis). 14) Pembedahan rumit.
Zaman moden menyaksikan peningkatan pengeluaran hasil pertanian dan perindustrian secara besar-besaran hasil teknologi yang lebih canggih. Pengubahsuaian genetik, penghibridan dan penggunaan jentera serta bahan kimia .Malangnya ia mempunyai kesan sampingan yang dikhuatiri membawa kemudaratan kepada masyarakat umum.
Gandum merupakan sebahagian tanaman penting yang menjadi subjek utama perbincangan kesihatan mutakhir ini dikatakan berpunca kemungkinan kerosakan genetik hasil penggunaan racun glyphosate dan penghibridan.Penghibridan menghasilkan tanaman gandum yang lebih tinggi kandungan gluten dan saiznya lebih besar. Apakah makanan yang mengandungi gluten? Ia disekeliling anda: Roti, Roti canai, biskut, kek, kuih, mee, barli, jagung, oat dan bermacam-macam lagi makanan kebiasaan zaman moden.
5 Sebab Mengapa 2 Keping Roti Menyukarkan Pelan Diet Anda Berbanding Nasi Lemak Dan Telur Sebagai Sarapan.
*Sebab Pertama Roti mempunyai Glycaemic Index (GI) dan glycaemic load (GL) yang lebih tinggi berbanding nasi per gram. Di bawah saya sertakan kajian GI untuk roti-roti yang terdapat di Malaysia. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/18785052 Bermakna roti lebih cepat diserap dan lebih tinggi kandungan gula yg diserap. Ini ialah hasil pemprosesan roti yang dihasilkan dari tepung yg diperhalusi. Ini ialah kelebihan nasi yang mempunyai lebih serat yg mengurangkan penyerapan gula ke dalam darah.
Ramai yang musykil bila saya kata makan 2 keping roti masa sarapan menyebabkan lebih susah kurang berat badan berbanding nasi lemak sebungkus kecil atau pun beberapa biji telur separuh masak.
Mungkin kerana perbandingan dari segi kalori sudah tentunya 2 keping roti lebih kurang kalorinya. Mungkin saya patut mengulas lebih terperinci macam mana 3-4 biji telur atau sebungkus kecil nasi lemak lebih berkesan sebagai diet berbanding 2 keping roti masa sarapan.
Teknik pengelupasan kimia merupakan teknik kecantikan yang kurang popular dan kurang digemari berbanding laser dan rawatan lain muka. Kaedah ini dilakukan oleh doktor perubatan estetik yang terlatih. Ia menggunapakai agen pengelupasan untuk menggelupaskan kulit yang kusam, berjerawat atau berjeragat ataupun kulit berkedut yang dimamah usia.
Prosedur Rawatan - Cuci muka. - Muka akan disapu toner atau agen primer yang lain. - Agen pengelupasan akan disapu secara sekata atau spot bergantung masalah kulit. - Kulit akan dineutralkan sekiranya perlu. (bergantung kepada agen pengelupasan) - Kulit MUNGKIN akan menggelupas dalam tempoh 1hari hingga 2 minggu bergantung agen penggelupasan. - Kulit yang baru perlu dijaga dengan rapi menggunakan pencuci yang lembut pada kulit dan pelindung matahari setiap 2 jam sekiranya keluar ke kawasan terdedah matahari.
Bila sebut kurangkan berat badan, ramai yang terbayang kurangkan kalori. Jadi ramai mengambil cara berikut untuk membakar kalori badan demi mengurangkan lemak berlebihan:
1) Kurangkan karbohidrat dan gula serta makanan berlemak. 2) Banyakkan aktiviti kardio, bersenam lagi lama lagi bagus. Maraton, panjat gunung, berbasikal berpuluh dan beratus kilometer. Angkat berat biar sampai koyak sakit-sakit.. gym bro kata..."no peng no geng". 3) Supplemen: Protein perlu banyak dan supply tak boleh putus, casein ambil untuk malam dan sebelum puasa "slow releasing" bagus hehe Kena hantam supplement naikkan metabolisma sampai dup dap dup dap gigil-gigil terberak cair sampai saraf pun "terbako". Teh, kopi, limau dan lemon, protein sana sini pagi petang siang malam. Boleh. Boleh kurangkan berat badan jika bersemangat waja terus berusaha, yakin.boleh..rakan muda~ Namun kesihatan mungkin terjejas kerana keradangan dan peningkatan stress (radikal bebas) pada sel badan. Lebih naya kerana berat yang turun akan kembali dengan DENDAM. Bagi yang kurang bernasib baik, berat badan susah turun. Jika turun mungkin akan mencapai "plateau"..satu tahap yang.mana berat tak turun lagi walaupun anda sudah workout bagai nak rak. Anda jadi buntu. Dua perkara UTAMA anda mungkin tidak pernah dengar atau faham kenapa berat badan anda susah turun ialah faktor: HORMON ![]() Nak kongsi sikit pasal pemakanan daging memandangkan ramai pesakit gastritis dan GERD tanya. Pesakit ekzema saya pasti tahu saya memang wajibkan daging dalam protokol diet saya. Ini perkongsian saja ya bukan info dan nasihat perubatan. Kenapa daging penting: ------------------------------------ - Daging ni penting dalam menguatkan genetik. Kerana daging dan organ hati merupakan sumber b12 yang tinggi. Pemakan sayur sahaja (vegan) kena supplemen b12 sbb b12 hanya dari sumber haiwan. -Daging dan folate (dalam sayur hijau) penting dalam proses metilasi genetik..err..senang cerita utk buat DNA korang lah..utk detoks, utk fungsi macam2 dlm badan..untuk.senyapkan gene2 radang dan penyakit. - Ada orang baik dah GERD kununnya..tp sbb rosakkan perut blk makan makanan yg trigger genetik jahat..senang dia mai blk sbb gene x kuat. Makanan b12 dan folate ni utk senyapkan..kuatkan gene..moga2 sampi bila2. - Kita punya b12 dan folate mmg kurang. Terutamanya bila b12 ni perlu pertolongan garam magnesium (Mg) dan asid perut untuk penyerapannya. GERD korang tahu kan...KURANG ASID PERUT (ACHLORHYDRIA). Takkan lah perut rosak, asid perut makin banyak! Magnesium pun automatik la kurang sbb Mg ni perlu asid perut utk penyerapan. Tahukah anda apakah kegunaan magnesium? Untuk RELAX. Senang cerita. Relaxkan salur darah, ia boleh bantu kurgkan tekanan darah. Relax otot, akan kurangkan cramp kaki, relaxkan emosi juga..sbb tu garam magnesiun ni guna byk kat Spa utk bagi relax..tp kena pandai pilih la jenis magnesium pun byk. Ok berbalik pada vitamin b12 antara kesan kekurangan ..badan penat2..kurang selera makan...badan kurus keding..sel darah merah pun.kurang (megaloblastic anemia)..banyak lagi lah kesannya..oksigen pun jadi kurang bila darah merah kurang. |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|