Teh tarik alaf baru menggunakan krimer bukan tenusu iaitu lemak daripada minyak kelapa sawit bagi menggantikan pepejal susu yang semakin mahal kosnya..
. Minyak kelapa sawit menjadikan teh tarik berlemak menggantikan lemak susu..namun rasanya sudah tentu berbeza dengan lemak susu.. . Maka gula diletakkan dengan banyaknya..gula paling beracun jika diambil berlebihan, iaitu gula fruktosa kepekatan tinggi.. Terdapat banyak persamaan antara gula HFCS dan ARAK ialah keduanya menyebabkan ketagihan. - Keduanya hanya diproses di HATI semata. - Keduanya juga meningkatkan asid urik menyebabkan gout - Keduanya menyebabkan penyakit hati berlemak dan merosakkan hati. - Keduanya juga meningkatkan trigliserida dan kolesterol lemak jahat VLDL. - Keduanya menyebabkan masalah metabolic dan penyakit jantung. - Keduanya menyebabkan peningkatan stres radikal bebas yang merosakkan badan. - Keduanya juga meningkatkan produk glikasi (AGEs) yang merosakkan organ dan menyebabkan penuaan. - Pengambilan berlebihan juga dikaitkan dengan perkembangan pesat sel kanser pancreas mengikut kajian . Elakkan mengambil teh tarik dan air manis setiap hari. Jika diambil hari itu, maka hadkan pengambilan gula di dalam makanan anda termasuk gula tersembunyi di dalam nasi, biskut, gandum dan karbohidrat diperhalusi lainnya. . . Hafiz Sulaiman -Pejuang Kesihatan- Ia tiada kaitan dengan kolesterol. Kolesterol tidak wujud dalam santan mahupun mana-mana bahan dari tumbuhan di muka bumi ini. Dakyah menyalahkan kolesterol punca bermacam penyakit sudah DIMITOSKAN oleh garis panduan pemakanan USDA 2015.. . Amylopectin dan Amylose merupakan komponen kanji di dalam nasi lemak. Mengikut kajian oleh Shanita et al (2011), Nasi lemak mengandungi kandungan amylopectin paling tinggi. Amylopectin ini lebih senang diserap sistem pencernaan maka meningkatkan gula dalam darah dengan cepat. . Gula yang tinggi menurunkan kadar aktiviti sistem kesedaran yang dikawal di otak iaitu OREXIN. Sistem ini juga sangat mempengaruhi obesiti..insha Allah akan saya huraikan di lain masa. . Maka otak menjadi MENGANTUK dan badan menjadi lemah. Ia ketara bagi sesetengah orang yang lemah sistem orexin mereka. . Mengambil protein di waktu pagi pula meningkatkan aktiviti orexin. Maka jika makanan protein diambil bersama karbohidrat, ia mengurangkan rasa mengantuk. . Jangan risau makan karbohidrat di waktu pagi terutama jika anda sudah bersenam. Makanan karbohidrat meningkatkan penyerapan asid amino tryptophan ke dalam otak maka meningkatkan hormon serotonin (gembira) dan melatonin (fungsi tidur waktu malam). Bagi yang tertinggal bas, rujuk artikel serotonin: https://m.facebook.com/story.php… . Lagipun, walaupun nasi lemak tinggi amylopectin, mengikut kajian Shanita et al juga, indeks glisemik nasi lemak didapati TERENDAH dalam makanan sarapan yang dikaji. Mungkinkah kerana penambahan santan (lemak) ke atas nasi menjadikannya RESISTANT STARCH yang lebih degil susah diserap? Wallahua'lam. . . Coretan, Hafiz Sulaiman -Pejuang Kesihatan-.
Makanan Toyyib bukan sekadar makanan bersih dan berkhasiat semata..
Ia harus sesuai dengan KAMU. Kerna setiap individu adalah berbeza.. Anda perlu sesuaikan dengan keadaan...waki' tok arab kata.. . Madu, habbatussauda, gam arab, kurma dan makanan sunnah lain boleh jadi makanan tidak Toyyib.. . Contoh 1: Kencing Manis Bagi pesakit kencing manis teruk...kurma, madu, kismis jadi makanan tidak toyyib dan memudaratkan.. apatah lagi gula putih Apa hukum makan makanan mudaratkan kesihatan? Makanan ? menjadi tidak toyyib.. . Contoh 2: Buah Pinggang Gam arab (al manna), habbatussauda dikatakan merosakkan buah pinggang oleh seorang doktor pakar buah pinggang menurut pengalaman beliau.. Walaupun kajian mendapati kebanyakan makanan di atas melindungi buah pinggang.. Maknanya ada kondisi di mana pengambilannya perlu kaedah dan kriteria pesakit tertentu.. Suplemen makanan di atas tidak toyyib untuk pesakit beliau.. Suplemen di atas membantu pesakit buah pinggang Dato Dr Jamil..maka suplemen itu toyyib bagi pesakit beliau.. . Contoh 3: Alahan dan Makanan Peram. Makanan peram ni tinggi kuman (probiotik) Orang zaman dulu suka makan seafood, makanan peram seperti belacan, budu, tempoyak, nira, pekasam, tempe..dll Fungsi perut mereka tiptop. Malah probiotik ni kuatkan pula perut mereka. Apa jadi pada umat zaman moden? Makan probiotik sikit muka bengkak..badan gatal-gatal..cirit-birit muntah-muntah sampai kering.. Maka probiotik tidak toyyib sebab perut anda seperti enjin usang yang perlu diservis supaya berfungsi normal kembali.. . Semua makanan di atas boleh menjadi toyyib sekiranya anda sihat kembali..mampu makan makanan di atas tanpa memudaratkan kesihatan.. malah makanan di atas menjadi asbab kesihatan anda lebih baik..insha Allah.. Maka saya percaya takrifan toyyib ini jatuh tanggungjawab kepada orang berilmu @ AHLI (bidang pemakanan dan kesihatan) bagi menentukannya.. . Maka makanan Toyyib bukan sekadar bersih.. Maka makanan Toyyib bukan sekadar berkhasiat.. ..... Makanan toyyib perlu lah SESUAI untuk KAMU. . Maka makan lah makanan HALAL & TOYYIB.. . . Eh eh...mentang-mentang halal toyyib jangan ikut SETAN pulak..gelojoh bedal makanan "toyyib" pinggan bertingkat-tingkat ? toyyib hawau korok mung . . Nukilan, Hafiz Sulaiman -Pejuang Kesihatan-
Cara melemahkan umat Islam di zaman moden ini secara halus, ialah dengan merosakkan pusat kekuatan mereka
. Iaitu JIWA . Apabila JIWA gundah gelana, mereka menjadi risau, panik, ketakutan perkara yang hanya wujud di minda mereka..mereka membesar kan perkara yang kecil, mereka kan berfikir bukan bukan mengenai saudara mereka... . Mereka susah tidur malam memikirkan bukan kerana memikirkan masalah umat... Tetapi masalah kesihatan mereka, masalah kewangan dan masalah sosial mereka, dan masalah remeh yang bermain- main di fikiran..mereka menjadi tertekan..hendak saja bunuh diri untuk selesaikan masalah... . Mereka kemudiannya akan merasa was-was dengan ibadah mereka, dengan kesucian dan gerak geri mereka..amalan mereka.. . Akhirnya...syaitan akan datang membisikkan pada mereka...apakah Allah itu wujud? Kenapa engkau tak nampak kalau benar Allah itu wujud? Kenapa Allah jadikan keadaan aku begini sengsara? Di mana Allah bila aku memerlukanNya? Mereka kemudiannya dibayangi oleh apa yang tidak patut dilihat dan didengari oleh manusia biasa.. walhal apa yang mereka lihat itu dusta semata.. .... . Semuanya mungkin berpunca daripada keengkaran umat manusia beriman kepada ayat di bawah ini... . "Mereka Makan Makanan Haram" Dan jika mereka tidak makan haram, "Mereka Makan Makanan Tidak Toyyib" Dan jika mereka makan makanan toyyib, "Mereka Mengikut Hasutan Syaitan..." Mereka makan ikut hawa nafsu.. .... Tidak faham? . . Tukarkan JIWA kepada PERUT . . Ikhlas, Hafiz Sulaiman -Pejuang Kesihatan-
--------------------------------------------------------------------------
Tidak dinafikan sumber vitamin C yang seimbang ialah daripada sumber makanan. . Penggunaan vitamin C pada dos kurang 1000mg merupakan ANTIOKSIDAN yang mencegah penyakit skurvi pada paras 60mg. (RDA:80mg). . Namun vitamin C sintetik dipercayai oleh pakar-pakar vitamin C seperti Linus Pauling, Dr Fred Klenner, Robert Cathcart, Thomas Levy, dll mempunyai kesan yang lebih daripada hanya pencegahan skurvi. Dos yang tinggi . Pengambilan lebih 1000mg melalui suntikan..ada kajian mengatakan 10,000mg memberi stress (PROOKSIDAN) kepada badan yang mengaktifkan antioksida dalaman (enzimatik). Ia juga boleh dicapai menggunakan kaedah "toleransi usus" oleh Dr Robert Cathcart..insha Allah saya akan kongsi post lama saya ni.. . Maka mereka menyarankan sekurangnya 2gram setiap hari (Linus Pauling Institute Oregon). . Terdapat banyak kajian menunjukkan 1) Dos tinggi vitamin C membunuh kuman termasuk TB, Virus dan melawan sel kanser. 2) Dos tinggi vitamin mencepatkan penyembuhan luka luaran dan juga kerosakan dalaman. 3) Vitamin C mencepatkan pemulihan selsema dan batuk-batuk. 4) Vitamin C mengurangkan alahan. 5) Vitamin C mengurangkan kolesterol jenis jahat. 6) Vitamin C membantu mengurangkan asid urik. 7) Vitamin C mengurangkan keradangan dan juga kesakitan. 8) Vitamin C mengurangkan stress. 9) Vitamin C membantu pesakit kencing manis mengawal paras gula darah. 10) Vitamin C meningkatkan kolagen. 11) dan lain lain lain lain... . Jika diteruskan, dinding facebook anda akan dipenuhi dengan kebaikan dan khasiat vitamin C yang boleh saya senaraikan dan terangkan secara terperinci selama 2 hari 2 malam ? . Vitamin C mempunyai banyak kelebihan dan manfaat kepada kesihatan..maka tidak hairan ia merupakan zat paling saya gemari dan wajibkan kepada semua pesakit saya.. untuk kesihatan yang lebih baik..insha Allah.. . Namun anda juga perlu berjaga-jaga... Bersambung.. Bhgn 2 : Berjaga-jaga suplemen Vitamin C . . Ikhlas, Hafiz.Sulaiman -Pejuang Kesihatan-
ANDA RASA ANDA SIHAT?
-------------------------------------------- 1) Badan Rasanya Kuat Lagi Boleh Bekerja. - Hakikatnya obes ialah penyakit, bukannya anda lahir obes tahap 3. - Orang zaman dulu jarang gemuk. Malaysia negara obesiti. Ranking atas di negara asia. - Mengantuk waktu petang, selepas makan perkara biasa. "Angin" dan "gastrik"..sakit kepala sikit sikit...biasalah tu.. anda tak tahu, itu semua tidak normal walaupun biasa, ramai orang alaminya. . 2) Anda Rasa Perut Anda Kuat. - Orang zaman dulu makan kuman, perut mereka jadi kuat. Orang sekarang makan dapat alahan. - Seafood pun tak dapat makan. Telur pula pantang seumur hidup. Salah makan..cirit pulak..kuatkah perut anda? - Makan cili, koko, kopi, buah, kambing, anda jadi cirit birit. Tak tahu apa yang boleh makan perut kuat anda itu. . 3) Mental. - Menteri Kesihatan kata 1/3 orang dewasa Malaysia ada masalah mental. Its a freaking 4million+ rakyat ada isu kesihatan mental. -Anda nafikan. Biasalah... • Berdebar-debar tiba-tiba dan tak keruan. • Fikir macam2 bukan2. Mati. Jantung. Kanser. • Perjudis dan paranoid • Pelupa • Pemarah dan cepat sentap • Risau berlebihan dan panik. • Was-wasilkhannass..sikit-sikit OCD. • Nafas tak lawas, sesak, tercekik. • Bisikan akidah..bayang dan lembaga. . 4) Antibodi Anda Kuat! - Memanglah..kuat serang badan sendiri. - Sensitip. Sikit-sikit radang. Panas sangat tak boleh, sejuk sangat tak boleh. Bising tak boleh. Silau tak boleh. Bau tajam tak boleh. Panas matahari tak boleh. Peluh, susu tak boleh. Sabun dan bahan kimia sudah tentu reaksi lebih dahsyat. . 5) Anda Tak Stress. - Mengarut. Hari-hari duk confess kat IIUMC. - Maharaja Lawak yang tak kelakar pun boleh gelak. - Page troll jadi santapan rohani ramai. - Hakikatnya, anda menangis bucu katil hari-hari. . 6) Hati Anda Power Bab Detoks Ni. - Mana mungkin. Anda tau dok berapa ramai orang hatinya berlemak? Anda overweight? Acu try check. - Teh tarik, minuman 3-in-1 minum setiap hari. Kolestrol jahat & Triglyceride mencanak.. sebab hati tak cantik lah tu bro. . 7) Muda Lagi? - Tengok kulit. Kusam, berkedut dan kering gatai. - Kuku kaki rosak dan bergaris. - Tumit kering dan pecah-pecah. - Eye bag kemain sarat. - Mata macam panda. - Luka pun lambat baik. - Asyik tidur je sebab badan penat..Adik lelaki XXX pula taknak bangun bila diperlukan berhuhu je.. - Rambut gugur dan kering. - Mata dah mula rabun dan bayang-bayang. - Orang cakap kena ulang banyak kali sebab tak jelas kita dengar. - asyik lupa kunci kereta, pintu rumah, nama kawan sekolah. . . Anda perlu muhasabah diri.. mungkin perlu ambil suplemen untuk bantu kesihatan anda.. . Tapi jangan terlalu pantas capai suplemen anda.. Bersambung...
BAB 2: MAKANAN SEIMBANG DI ZAMAN MODEN?
-------------------------------------------------------------------------------- Makanan yang kita makan banyak berbeza dengan makanan nenek moyang kita. . Makanan zaman moden ini: 1) TINGGI PROSESNYA. Rosak zatnya. Bahaya kesannya. 2) TAK ORI. Sudah berubah asalnya. Diubah genetiknya. Tinggi glutennya. Buah yang asal juga sudah jadi lebih manis melalui teknik hybrid dan GMO. 3) TERCEMAR bahan kimia dan bahan pengganggu hormon dalam kuantiti "yang dibenarkan". 4) CIPTAAN DURJANA. Lemak trans yang dicipta pada abad ke-20 merupakan pembunuh utama jutaan umat manusia sejak diciptakan. 5) TINGGI GULA : Gula ciptaan ini berkali ganda lebih toksik daripada gula biasa. 6) KETAGIHAN: Makanan proses tinggi msg, fruktosa sudah menjadi candu halal yang merosakkan umat manusia. 7) MEROSAKKAN Sistem perlindungan badan di usus. Hati. Otak. Buah pinggang. 8) Tinggi RADANG: "Minyak Sayuran" yang dicipta abad 20-an pun ramai tidak tahu tinggi keradangan. 9) Tinggi STRESS: Sehingga merosakkan DNA sel. Tidak hairan kanser berleluasa. . . Mana Makanan Seimbang Anda? . Anda masih fikir anda tak perlu suplemen? Adakah badan anda begitu "tough"?
CABARAN ZAMAN MODEN
----------------------------------------------------------- Makanan sebenar sudah pasti jauh lebih baik dan seimbang dari segi kandungan nutrisinya. . Namun, kita harus berpijak pada dunia realiti zaman moden yang mencabar: 1) Kualiti dan pencemaran tanah yang membawa kepada berkurangnya zat dalam tanaman. 2) Tumbuhan yang disirami racun serangga/rumpai mengumpul toksin yang akhirnya menjadi santapan anda. 3) Pencemaran toksin persekitaran lainnya terutamanya bahan kimia dan pengganggu hormon. 4) Pengambilan makanan rapu tanpa nutrisi dan penuh kalori. 5) Penggunaan ubatan seperti ubat tahan sakit, antibioktik yang membebankan usus, hati dan buah pinggang. 6) Kurang aktiviti fizikal di siang hari, tidur juga kurang. Ini mengelirukan jam biologi badan anda. 7) Peningkatan stress yang kronik. 8) Kerja..kerja..dan kerja..sehingga lewat malam.. Makan pun tak sempat..apatah lagi memasak makanan anda sendiri? Tanam sendiri? Mimpilah! Fast food juga yang jadi pilihan.. . Maka anda rasa anda tidak perlukan suplemen tambahan?
Lemak trans industri (tiruan) merupakan lemak durjana yang meningkatkan kolesterol jahat dan mengurangkan kolesterol baik.
Banyak kerosakan berlaku dikaitkan dengan pengambilan lemak trans termasuk kanser, kencing manis. masalah jantung, strok dan kerosakan organ badan serta meningkatkan keradangan yang menjadi punca kepada banyak penyakit kronik. Anda tentu lega bukan, apabila mendapati makanan dengan label seperti di atas. Zero gram trans fat tu bro.. Tunggu dulu....sabarr....tuan dengar dulu penjelasan selanjutnya...tuan mungkin akan tukar fikiran murni tuan itu :)
Lemak trans merupakan lemak yang paling bahaya kepada badan selain daripada minyak teroksida yang rosak.
Kesan pengambilan lemak trans kepada badan ialah: 1) Meningkatkan kolesterol “jahat” (LDL) daripada jenis kecil dan padat ( betul-betul jahat) 2) Merendahkan kolesterol baik (HDL) melindungi jantung dan organ. 3) Meningkatkan trigliserida (TG) 4) Menyesarkan dan mengurangkan kebaikan minyak omega-3 dan omega-6 badan. Kajian juga menunjukkan ibu yang menyusukan anak mencemarkan susu badan mereka dengan makanan minyak trans ini. Minyak trans meningkatkan risiko masalah jantung, strok dan kerosakan organ badan serta meningkatkan keradangan yang menjadi punca kepada banyak penyakit kronik. PEMAKANAN ZAMAN MODEN DAN IMPLIKASINYA TERHADAP KESIHATAN
[BAB MINYAK] TIPU DAYA MINYAK ABAD KE-20 : MINYAK TRANS Berhati-hati dengan label makanan mengandungi minyak hidrogen! Minyak Trans (Trans Fat) tiruan merupakan antara minyak makanan paling durjana di muka bumi ini. Minyak ini dihasilkan dengan menambahkan molekul hidrogen untuk menjadikan minyak sayuran.Minyak Trans biasa didapati di dalam makanan proses berikut: 1) Marjerin 2) Biskut dan kerepek. 3) Bertih jagung gelombang mikro 4) Makanan segera. 5) Kek, pastri dan pai 6) Coklat. dan bar snek. 7) Roti/ bun berkrim. 8) Sesetengah mentega kacang 9) Krimer kopi 10) Makanan segera bergoreng dan bakar (shortening) Jenis makanan/Kandungan Minyak Trans per 100g shortenings 10 to 33 g margarine/spreads 0.2 to 26 g butter 2 to 7 g whole milk 0.07 to 0.1 g breads/cake products 0.1 to 10 g cookies and crackers 1 to 8 g salty snacks 0 to 4 g cake frostings and sweets 0.1 to 7 g animal fat 0 to 5 g ground beef 1 g Sumber : Maria; Tarrago-Trani, Teresa; Phillips, Katherine M.; Lemar, Linda E.; Holden, Joanne M. (2006). "New and Existing Oils and Fats Used in Products with Reduced Trans-Fatty Acid Content". Journal of the American Dietetic Association. 106: 867–880. Shortening mengungguli carta kandungan minyak trans. Shortening merupakan minyak sayuran terhidrogen yang membeku pada suhu bilik. Ia biasa digunakan dalam pembuatan pastri kerana memberikan hasil produk yang gebu, tahan bakar dan tahan lama. Hati-hati dengan makanan segera yang digoreng ya, ia banyak menggunakan shortening dalam bentuk cecair. Sejarah minyak trans ini bermula awal 1900an ketika ahli kimia german Wilhelm Normann mendapati minyak sayuran atau minyak ikan boleh dirawat dengan menggunakan gas hidrogen menjadikannya pepejal atau separa pepejal. Kerana kelebihannya yang pelbagai dan lebih murah berbanding lemak haiwan seperti butter, minyak sayuran terhidrogen ini menjadi semakin popular. Sejak sekian lama minyak ini dicanangkan lebih selamat dan sihat berbanding lemak tepu. Walaupun kajian awal pada tahun 1970-1980an menunjukkan minyak trans ini meningkatkan risiko sakit jantung, reviu oleh Food and Drug Administration (FDA) malangnya merumuskan kajian keseluruhan minyak trans dan minyak terhidrogen ini tidak berbahaya. Hanya sehingga tahun 1990an, semakin banyak kajian membuktikan bahaya minyak trans ini. Usaha tanpa jemu saintis yang ikhlas dalam menyedarkan masyarakat berhasil apabila minyak trans ini tidak lagi dikategorikan sebagai GRAS (generally recognised as safe). FDA telah memberi tempoh selama 3 tahun mulai tahun 2015 kepada pengusaha makanan sebelum minyak trans ini diharamkan sepenuhnya pada tahun 2018. Bagaimanakah durjananya minyak trans ini membawa mudarat kepada umat manusia? Insha Allah saya akan uraikan pada artikel berikutnya... Tahukah anda?
. Haiwan kebanyakannya dapat menghasilkan sendiri vitamin C di dalam badan mereka. . Manusia kekurangan enzim GULO (Gulonolactone oxidase) yang penting untuk menghasilkan sendiri vitamin C. . Semakin tinggi stress dan teruk penyakit itu, semakin tinggi vitamin C diperlukan oleh manusia dan juga haiwan untuk melawan penyakit itu. . Maka tidak hairan jika zat vitamin C ini sangat penting & "essential" untuk kehidupan yang sihat. . Amalkan pemakanan tinggi vitamin C seperti sayuran dan buah-buahan. Jika tidak mencukupi, ambil suplemen vitamin C yang baik. . PERUT PUNCA & UBAT PENYAKIT
------------------------------------------------------- Sistem pencernaan merupakan satu sistem yang menjadi pusat kajian para saintis masa kini. Ini kerana banyaknya penemuan mengejutkan berkenaan kaitan penyakit dengan sistem ini dijumpai sejak beberapa kurun yang lepas. . Ia bukan sesuatu yang baru..Islam sendiri melarang makan secara berlebihan dan mengikut hawa nafsu kerana ia punca kepada penyakit. . "Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit" ( Hadis riwayat muslim) Makan dan minumlah kamu dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlebih-lebihan" ( Surah al-A'raf:31) . Malah "bapa kepada perubatan" yang hidup lebih 2400 tahun lepas mengatakan: "All disease begins in the gut.” – Hippocrates . dan ubatnya: "Let food be thy medicine and medicine be thy food" . Banyak kajian terbaru membuktikan kenyataan tokoh-tokoh perubatan berkenaan pentingnya sistem pencernaan sebagai pusat penyakit dan juga ubatnya. Sebagai contohnya: . Histamin iaitu pengantara keradangan banyak terdapat di usus (ECL cells)..maka tidak hairan banyak penyakit termasuk penyakit mental, autoimune, kanser dan juga penyakit akut yang mempamerkan simtomnya di usus/perut. . Ubatnya iaitu DAO & HNMT yang mengimbangi histamin juga terdapat di lapisan usus. Maka cara memulihkan keradangan ialah dengan memulihkan usus. . Cara paling terbaik pula pada pendapat saya ialah dengan berpantang @ berpuasa! Sememangnya badan kita punyai keupayaan menyembuh tersendiri. To do nothing is sometimes a good remedy - Hippocrates. . Berpuasa juga merupakan unjuran Islam. " Berpuasalah nescaya kamu akan sihat" (Hadis riwayat Ibnu Sunni dan Abu Naim dari Abu Hurairah). . . Maka berpuasa lah dan elakkan makanan berlebihan menjadikan badan lebih sihat supaya kita dapat beribadah kepadaNya. . . Wallahua'lam.. . . Khutbah Jumaat Oleh: Hafiz Sulaiman -Pejuang Kesihatan- KORTISOL KURANG = PAGI SERABUT
------------------------------------------------------------ Ada orang susah bangun pagi, badan lemah...sendi ketat saja..kepala pula berat..tido lagi sedap.. mood sama serabai macam rambut bangun tidur. . Ada orang bangun penuh semangat. Melompat dari katil, otak penuh wawasan sepanjang hari.. Mood cerah bak matahari dinihari yang menyinari tingkap. . Hormon kesedaran iaitu kortisol dirembeskan juga ketika reaksi "fight and flight" , iaitu ketika anda stress dan memerlukan reaksi pantas..contohnya hampir dilanggar kereta, memandu dengan laju memerlukan fokus dan kesedaran yang tinggi. Jika kortisol anda rendah di waktu pagi akibatnya anda akan mendapat sindrom "kepenatan adrenal": 1) Mood jadi tertekan. 2) Badan lemah dan lenguh. Reaksi jadi lembab. 3) Sendi dan badan mungkin sakit. 4) Kepala berat dan minda kabur (brain fog). 5) Rendah nafsu seksual.."ehem" malas bangun tido. 6) Badan sendiri jadi malas bangun tidur. 7) "Gastrik" dan craving gula awal pagi. 8) Sangap rokok atau alkohol juga di awal pagi. 9) Gatal/ruam berterusan. 10) Tekanan darah rendah, pening dan nak pitam ketika bangun dari tidur. 11) Badan panas suam. Periksa suhu normal pula. . Terdapat beberapa cara meningkatkan hormon kortisol di waktu pagi...dengan syarat badan anda tidak tinggi stress dalamannya..Untuk menjaga paras hormon kortisol juga..anda harus mendapatkan tidur yang mencukupi dan berkualiti.. SOALAN: Apakah kolagen dimakan mampu meningkatkan kolagen kulit? . JAWAPAN: Iya, boleh. Protein kolagen akan dipecahkan oleh asid perut kepada protein kecil (amino asid) : 1) Glycine 2) Proline 3) Glutamine . Proline dan Glycine terutamanya merupakan BAHAN ASAS untuk membina struktur KOLAGEN! . Jadi anda tak banyakkan kolagen dengan serap kolagen sebijik-sebijik lepas tu letak bawah kulit. . Tapi asid perut akan pecahkan kepada bahan asas binaan kolagen yang diserap badan dan digunakan untuk buat kolagen. . . Apa yang penting ialah pencernaan kolagen ini oleh sistem pencernaan. Ramai populasi kita mengalami masalah penyerapan menyebabkan cirit birit dan sakit perut. Tidak kurang juga mengalami ALAHAN..kemungkinan besar disebabkan oleh masalah "kebocoran usus" (leaky gut). Kolagen yang besar tak dicerna akan masuk ke dalam usus dan mencetus reaksi antibodi. . . Sebab itu banyak produk kolagen menggunakan kolagen "hydrolysate" yang lebih kecil molekulnya supaya lebih mudah dicerna..bukan diserap ya. Tauke kolagen Zulkifli Mohamed Sharif tengah buat promotion tu collagen hydrolysate ;) . . Kolagen semulajadi boleh diperoleh daripada sumber: . Susu dan yogurt rendah lemak sentiasa menjadi pilihan ramai yang ingin lebih sihat dan kurus. Dakyah "rendah lemak" ini digunakan untuk mengaut keuntungan yang lebih kepada pengeluar
. Produk rendah lemak ini dihasilkan dengan membuang krim yang terhasil pada bahagian atas susu. Maka bergembiralah industri susu kerana sebelum ini susu yang dibuang lemak ini dikira hasil buangan industri membuat krim. . Sejarahnya susu skim ini digunakan untuk menggemukkan Al-babb. Rujuk: Oliver, A. W.; E. L. Potter (November 1930)."Fattening Pigs for Market" . Sekarang sudah jadi "healthy food" pula ;) . Apa yang dibuang bersama lemak ya? Ia merupakan keadaan di mana badan tidak mampu menangani keradangan disebabkan ketidakseimbangan dan kelemahan sistem badan.
Ia berlaku pada fasa awal kesembuhan iaitu FASA KERADANGAN. Kebiasaannya fasa keradangan ini mengambil masa 2-5 hari. Begitu lah kebiasaannya healing krisis. Namun ia berbeza mengikut kapasiti penyembuhan masing-masing. |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|