Ramai yang musykil bila saya kata makan 2 keping roti masa sarapan menyebabkan lebih susah kurang berat badan berbanding nasi lemak sebungkus kecil atau pun beberapa biji telur separuh masak. Mungkin kerana perbandingan dari segi kalori sudah tentunya 2 keping roti lebih kurang kalorinya. Mungkin saya patut mengulas lebih terperinci macam mana 3-4 biji telur atau sebungkus kecil nasi lemak lebih berkesan sebagai diet berbanding 2 keping roti masa sarapan.
Resepi ayahanda dapat dari perkongsian seorang pegawai pertanian..dan pernah amalkan dulu alhamdulillah berkesan mengurangkan radang. Cuma kesannya tidaklah seperti terapi sel atau perubatan regeneratif. Kalau dah tak amalkan lagi dan tak pantang makanan penyebab radang memang akan datang balik. Apa pun sememanya ia merupakan alternatif lebih selamat berbanding ubat tahan sakit dan steroid yang menyebabkan masalah buah pinggang, ulser perut dan masalah jantung sekiranya diambil buat jangka masa panjang. Sesuai untuk masalah radang terutama rheumatoid arthritis, gouty arthritis. Lain-lain saya tiada pengalaman. Selamat mencuba! * Betik wajib hijau.. Oren memang tak jalan.. Boleh try ambil sekali kulitnya sebab papain banyak simpan di kulit betik. Ramai tidak mengetahui otak terdiri daripada 60% lemak. Ia merupakan organ yang paling berlemak dalam badan manusia. Walaupun kecil, ia menggunakan 20% daripada tenaga metabolism badan.
Selain mengurangkan makanan tinggi gula dan kafein, makanan tinggi bijian (grains) tinggi phytic acid juga perlu dikurangkan bagi pesakit kekurangan darah atau anemia.
Amalkan merendam beras dan bijian lain untuk mengurangkan kandungan phytic acid di dalamnya. Tingkatkan pengambilan makanan tinggi zat besi seperti daging, sayuran hijau dan makanan laut. Tingkatkan penyerapan zat besi berkali ganda dengan pengambilan vitamin C berkualiti tinggi. * Nota kaki: jangan pulak minum "jus vitamin C" padat HFCS! Kangen merupakan Air terion yang dihasilkan mesin menggunakan konsep elektrolisis. Plat negatif menghasilkan oksigen dan plat positif menghasilkan gas hidrogen. Pertama kali saya mendengar nama Kangen water saya membuat anggapan ringkas bahawa kangen water merupakan air yang sama dengan air alkali komersial yang selalu diberi nilai kesihatan melampau dan tidak saintifik. Setelah pendedahan FB "Pseudoscience Watch" berkenaan enhancer sodium hypochlorite di dalam Kangen water, saya merasa tertarik untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan air alkali dari negara nipon ini.
Apakah itu sodium hypochlorite? Menurut Wikipedia : Natrium hipoklorit ialah satu sebatian kimia dengan formula NaOCl. Larutan natrium hipoklorit, lebih dikenali sebagai peluntur atau clorox, selalunya digunakan sebagai penyahjangkitan atau agen peluntur. Wikipedia Formula: NaClO Takat lebur: 18 °C Ketumpatan: 1.11 g/cm³ Takat didih: 101 °C Jisim molar: 74.44 g/mol Larut dalam: Air NaClO merupakan salah satu bahan yang selalu digunakan loji perawatan air. Ia juga merupakan bahan yang sama digunakan untuk.membunuh kuman di dalam kolam renang. Mengapa NaOCl di dalam Kangen water? ia adalah kerana beberapa sebab antaranya: 1. Sodium hypochlorite atau nama lainnya natrium hipoklorit menghasilkan oksidiser yang kuat iaitu hypochlorous acid (HOCL) yang memberi kesan "redox" meningkatkan antioksida dalaman badan secara adaptasi. HOCL juga merupakan antikuman yang sangat kuat dalam kajian in vitro (tabung uji). Kesan ini lah yang menggalakkan penjualan kangen water kerana ramai pelanggan merasa kesan “positif” yang pelbagai hasil daripada kesan redoks oleh HOCL. 2. Gas hidrogen walaupun mempunyai kesan positif pada kesihatan namun ia adalah gas yang sangat reaktif. Hidrogen dalam masa yang singkat beberapa minit akan terurai menjadi air dan oksigen. Hypochlocorous acid yang terhasil dari penambahan sodium hipoklorit sebaliknya mempunyai jangka hayat (shelf life) yang lebih lama 4-6 minggu. Shelf life ini boleh dipertingkatkan sehingga setahun dengan penambahan sodium hydroxide (NaOH) yang meningkatkan pH air sehingga pH 11.5. Mesin Kangen water mengguna pakai prinsip elektrolisis untuk menghasilkan NaOH yang memanjangkan jangka hayat air yang terhasil. Meskipun hypochlorous acid dianggap sebagai oxidizer yang kuat dan memberi kesan “positif” kepada kesihatan namun banyak kajian yang menunjukkan kesan sitotoksiknya kepada sel. Saya mendapat tahu menerusi perbincangan di halaman forum molecular hydrogen institute yang dikendalikan oleh saintis pengkaji Tyler Le Baron bahawa Kangen water menggunakan bahan kimia calcium sulfite sebagai agen menyahkan klorin namun belum dapat disahihkan kerana tiada pengesahan dari pihak Enagic (Kangen water). Saya ingin mengulas sedikit tentang kesan positif penggunaan Kangen water ke atas beberapa masalah kesihatan. Secara asasnya pesakit kronik mempunyai kandungan stres oksidatif yang lebih tinggi kesan daripada kerosakan radikal bebas yang dihasilkan oleh ketidak seimbangan hormon dan ejen biokimia badan, emosi dan pemakanan yang tidak sihat. Sekiranya sistem antioksida dalaman (endogenous antioxidant) badan masih mampu melawan radical bebas dengan disokong antioksida dari pemakanan yang mencukupi (exogenous antioxidant), penggunaan Kangen water mampu meransang menguatkan lagi sistem antioksida badan. Kesannya:
Penambahan ejen oksidatif seperti hypochlorous acid dari luaran walau bagaimana pun mungkin memburukkan keadaan dalaman badan pada pesakit yang terlampau banyak radikal bebas (ROS) dan lemah sistem antioksida badan. Kesannya: 1. Batuk menjadi lebih teruk. (Iritasi pada paru-paru) 2. Iritasi sistem penghadaman seperti gastrik, muntah dan cirit birit terutama dengan pH yang tinggi. 3. Iritasi pada mukosa lain menyebabkan resdung makin teruk, alergi, “flare” eczema dll. 4. Sakit kepala. 5. Pertambahan beban oksidatif pada organ mungkin menyebabkan lemah dan rosak 6. Penyakit akan progres lebih cepat menjadi lebih teruk. Kesan Air Alkali Saya masih menkaji pembacaan yang saintifik dan layak digelar ilmiah berkenaan air alkali ini. Terdapat artikel yang membuktikan sel kanser dan kuman kebiasaanya hidup dalam keadaan berasid dan kurang oksigen.Namun pada pendapat peribadi saya pemakanan dan minuman pH tinggi ke dalam semua gizi merupakan solusi dan rumusan mudah yang boleh membahayakan kesihatan. Akhirnya, bidang terapi redoks dan bio-oksidatif merupakan cabang bukan “mainstream” yang tidak diterima di dalam perubatan masa kini. Terdapat pro dan kontra terhadap penggunaan Kangen.water sebagai terapi mahupun sebagai minuman harian.Paling penting ialah anda perlu tahu apa yang anda benarkan masuk ke dalam tubuh badan anda kerana kesihatan merupakan tanggungjawab dan amanah . Dapatkan nasihat mereka yang pakar dalam bidang ini dan merupakan doktor yang bertauliah dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Nota kaki: Penulisan ini merupakan pendapat peribadi penulis sebagai seorang pengamal kesihatan holistik. Ia tidak boleh dianggap sebagai nasihat kesihatan dan penulis tidak akan bertanggungjawab di atas segala akibat daripada perkongsian di atas. Masalah Gout berpunca daripada kandungan asid urik yang tinggi dalam darah (hyperuricemia) serta masalah perkumuhan asid uric ini. Ia berkumpul menjadi kristal (tophi) pada tempat-tempat tertentu seperti sendi dan menyebabkan kesakitan. Antara makanan yang disarankan pantang sekiranya anda pesakit gout ialah makanan tinggi purin seperti makanan laut contohnya ikan bilis dan kerang, hati dan organ dan juga daging. Antara sebab-sebab lain menyebabkan gout ialah kekurangan air (dehidrasi) dan juga pengambilan alkohol. Senaman berlebihan yang meningkatkan stres oksidatif perlu dielakkan. Amalkan senaman ringkas seperti senaman kekuatan dalam tempoh hanya 10-20 minit sehari terutamanya bagi pesakit gout. Antara masalah yang dikaitkan dengan asid urik ialah 1. Kencing manis. 2. Tinggi Kolesterol jenis Triglyceride. (TG) dan VLDL dense bb gunpellet 3. Masalah jantung. 4. Masalah buah pinggang. 5. Masalah metabolik dan hormon seperti PCOS dll. 6. Darah tinggi. Punca peningkatan asid urik darah yang saya ingin tekankan ialah disebabkan pengambilan gula fruktosa secara berlebihan. Gula fruktosa juga meningkatkan rintangan insulin dan sidrom metabolik yang mana peningkatan asid uric berkait rapat dengan masalah ini. Antara sumber gula fruktosa yang paling banyak ialah gula buah dan juga gula sirap jagung tinggi fruktosa (HFCS). Gula HFCS terdiri daripada gabungan gula glukosa dan kandungan fruktosa yang tinggi sama ada 42%, 55% atau 90% komposisinya. Makanan yang mengandungi HFCS kebanyakannya ialah makanan proses antaranya: - Minuman berkarbonat, air tin dan air kotak (termasuk “jus buah”). - Pekatan jus - Sirap koktel buah - Emping jagung (cereal) - Coklat - Produk susu - Roti, pastry, bijirin. - Biskut - Gula-gula - Yogurt - Sos cili, tomato - Minuman segera (kopi dan lain-lain minuman pracampuran ) - TEH TARIK. susu pekat mempunyai kepekatan tinggi HFCS • Madu, kismis, kurma, buah-buahan juga mengandungi kandungan gula fruktosa yang tinggi jadi pengambilannya perlulah dikawal terutamanya bagi pesakit masalah metabolic seperti kencing manis. Gula fruktosa atau gula buah mempunyai nama yang sihat tetapi hakikatnya pengambilan secara berlebihan adalah sangat berbahaya berbanding gula lain. Ia dihasilkan daripada jagung yang diubah secara genetic (GMO) dan proses penghasilannya memerlukan 3 jenis enzim yang juga diubah genetiknya supaya lebih stabil. Gula fruktosa boleh menyebabkan ketagihan seperti kokain menurut kajian ke atas tikus di Universiti Princeton. Apabila dihentikan gula fruktosa , tikus kajian menjadi resah dan gelisah serta menunjukkan tanda “withdrawal”. Seperti gula lain juga, gula fruktosa boleh meransang “rewarding sistem” di bahagian mesolimbik otak . Semakin banyak gula diambil, lebih banyak gula diperlukan untuk memenuhi keseronokan pengambilnya. Selain itu, pengambilannya secara berlebihan juga sering berlaku kerana tidak seperti gula lain, gula fruktosa merendahkan kandungan leptin yang merupakan “hormon kekenyangan”. Gula fruktosa juga tidak mempunyai kesan mengurangkan hormone grehlin (hormone kelaparan) selepas makan berbanding gula lain. Ini mengakibatkan pengambilan makanan secara berlebihan menyebabkan masalah obesiti. Berbeza dengan gula glukosa yang boleh digunakan dan diproses oleh semua sel badan manusia, gula fruktosa diproses hanya di organ hati. Metabolisma gula fruktosa juga pada hakikatnya sama dengan metabolism alkohol (arak) di dalam badan. Pengambilan HFCS terutamanya akan membebankan hati menyebabkan hati berlemak dan juga peningkatan lemak dalam darah. Hasil bahan kumuh yang berlebihan juga toksik kepada badan ialah seperti lemak trigliserida dan VLDL (antara penyebab utama masalah jantung), asid uric dan juga stress oksidatif. Kesimpulannya pengurangan makanan tinggi gula fruktosa perlu selari dengan pengurangan makanan tinggi purin yang juga menyebabkan gout . Namun begitu, pendapat saya, elakkan dahulu gula fruktosa dan nikmati makanan laut, daging, hati dan organ lain secara sederhana kerana makanan tinggi purin kebanyakannya tinggi dan padat nutrisi. Lebihkan makanan padat nutrisi dan jauhi makanan yang memudaratkan kerana ini bertepatan dengan matlamat makan iaitu untuk kesejahteraan dan kelangsungan hidupan. Mengapa 2 Keping Roti Menyukarkan Pelan Diet Anda Berbanding Nasi Lemak Dan Telur Sebagai Sarapan.27/3/2016 *Sebab Pertama
Roti mempunyai Glycaemic Index (GI) dan glycaemic load (GL) yang lebih tinggi berbanding nasi per gram. Di bawah saya sertakan kajian GI untuk roti-roti yang terdapat di Malaysia. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/18785052 Bermakna roti lebih cepat diserap dan lebih tinggi kandungan gula yg diserap. Ini ialah hasil pemprosesan roti yang dihasilkan dari tepung yg diperhalusi. Ini ialah kelebihan nasi yang mempunyai lebih serat yg mengurangkan penyerapan gula ke dalam darah. Kajian di sebuah universiti di Sepanyol menunjukkan peningkatan risiko obes sebanyak 40% dengan memakan 3-4 keping roti putih sehari. **fakta menarik. Roti putih dan roti wholemeal tergolong dalam makanan tinggi GI dalam 85-100 manakala whole grain dan sourdough tergolong dalam GI pertengahan 50-55 Glycaemic index antara yang terendah jatuh pada ROTI BARLI iaitu lebih kurang 25- 30 sahaja. Di dalam Hadith Rasulullah S.A.W. mengamalkan roti barli tetapi tidak setiap hari juga. Roti barli juga tinggi nutrisi dan antioksida berbanding roti-roti yang lain *Sebab Kedua Roti menyebabkan ketagihan disebabkan gula diperhalusi (refined) dan juga HFCS. Pengambilan gula terutamanya HFCS memberi imej "memori seronok" pada sistem ganjaran pada otak. Pengambilan karbohidrat diperhalusi juga menyebabkan masalah "withdrawal" yang teruk seperti kegelisahan dan "perasaan hypoglycaemia". Akibatnya anda sukar berpisah dengan roti. *Sebab Ketiga Roti tak mengenyangkan berbanding nasi. Ini kerana roti diperhalusi lebih cepat diserap ke dalam darah berbanding nasi..apatah nasi berlemak seperti nasi lemak. Sarapan lemak seperti telur lebih mengenyangkan dan tahan lama. Telur juga mengandungi antioksida yang mengurangkan stress. * Sebab Keempat Gula Terutamanya gula fruktosa menyebabkan rintangan leptin (hormon leptin tiggi tapi tidak sensitif). Hormon leptin merupakan hormon kekenyangan yang memberi signal "kenyang" selepas makan. Pengambilan makanan tinggi lemak untuk jangka masa panjang menurut kajian, meningkatkan paras hormon leptin. Kesimpulannya: makan roti otak cakap tak kenyang pun. * Sebab Kelima Roti mengandungi Gluten penyebab keradangan. Ramai yang mempunyai masalah menghadamkan gluten. Gluten merupakan antara penyebab utama keradangan, kerosakan usus dan masalah autoimun. Keradangan pula menyulitkan proses mengurangkan berat badan. Emosi menjadi tidak stabil dan badan menjadi stress. Antara kepantangan utama dalam mencapai kesihatan optimum ialah roti dan biskut yang diperhalusi dan banyak prosesnya. Amalkan makanan kurang gula dan karbohidrat diperhalusi. Lebihkan lemak dan minyak yang sihat. Makan protein secukupnya dan ambil sayuran hijau sebanyak yang mungkin. Badan anda kan berterima kasih pada anda. Sebagai ganjarannya, badan akan membalas dengan memberi berat badan ideal yang anda impikan, walaupun tanpa sebarang senaman. |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|