Lemak trans merupakan lemak yang paling bahaya kepada badan selain daripada minyak teroksida yang rosak.
Kesan pengambilan lemak trans kepada badan ialah: 1) Meningkatkan kolesterol “jahat” (LDL) daripada jenis kecil dan padat ( betul-betul jahat) 2) Merendahkan kolesterol baik (HDL) melindungi jantung dan organ. 3) Meningkatkan trigliserida (TG) 4) Menyesarkan dan mengurangkan kebaikan minyak omega-3 dan omega-6 badan. Kajian juga menunjukkan ibu yang menyusukan anak mencemarkan susu badan mereka dengan makanan minyak trans ini. Minyak trans meningkatkan risiko masalah jantung, strok dan kerosakan organ badan serta meningkatkan keradangan yang menjadi punca kepada banyak penyakit kronik. Menurut sumber badan tidak berkepentingan Weston A Price Foundation, antara bahaya lemak trans ialah: 1) KANSER -Minyak trans meningkatkan risiko kanser dalam banyak kajian -Minyak trans mengganggu penghasilan enzim pelindung dari kanser. 2) KENCING MANIS -Minyak trans mengganggu reseptor insulin membran sel dan mencetus diabetes type2 3) PENYAKIT JANTUNG Minyak trans meningkatkan paras lipoprotein-a (Lp(a)) yang menyumbat salur darah. 4) IMUNITI Minyak trans mengganggu T-cell dan B-cell seterusnya mengurangkan respon sistem pertahanan badan. 5) KESUBURAN DAN PEMBIAKAN Minyak trans mengganggu enzim yang menghasilkan hormon pembiakan. Minyak trans merendahkan paras testosteron dan meningkatkan penghasilan sperma cacat. 6) LAKTASI -Pengambilan lemak trans merendahkan paras lemak dalam susu badan secara keseluruhan menurut kajian manusia dan haiwan seterusnya mengurangkan zat susu. -Lemak trans juga mencemari susu badan menyebabkan pertumbuhan saraf dan penglihatan bayi 7) PERKEMBANGAN & PEMBESARAN -Lemak trans mampuu merentasi plasenta mengurangkan berat badan fetus dan merencatkan perkembangan sistem otak dan saraf kandungan. Mengapa minyak durjana trans ini banyak digunakan di dalam makanan proses? Ini kerana ia murah, senang digunakan dan tahan lama. Minyak trans ini memberikan makanan rasa dan tekstur yang diingini. Contohnya marjerin dari minyak sayuran mereka menjadi separa pepejal, lembut dan cair pada suhu 40-50 darjah celcius. Yang tidak sihat itu memang sedap bukan? Adakah semua Jenis lemak trans tidak sihat dan bahaya? ![]()
LEMAK TRANS SEMULAJADI
Tentu ada yang perasan di dalam jadual yang dipaparkan sebelum ini, terdapat juga trans fat secara semulajadi di dalam lemak haiwan, daging merah dan juga tenusu. Lemak trans ini bukan sahaja tidak berbahaya malahan bermanfaat kepada manusia. Kajian di dalam jurnal AJCN Mac 2008 mendapati bahaya lemak trans sintetik menurunkan kadar kolesterol baik HDL manakala lemak tran semulajadi meningkatkan paras kolesterol baik HDL. Kajian daripada universiti Alberta pula mendapati asid vaccenic di dalam minyak trans semulajadi mampu mengurangkan risiko sakit jantung, diabetes dan obesiti. CLA: Kelebihan minyak trans semulajadi berbanding lemak trans industri Lemak trans semulajadi juga mengandungi conjugated linoleic acid (CLA). Kajian haiwan mendapati sekecil 0.5 peratus pengambilan CLA di dalam diet ini mengurangkan tumor sehingga 50 peratus termasuk kanser :
CLA juga bertindak ke atas agen keradangan iaitu leukotrin dan asid arakidonik seterusnya mengurangkan keradangan paru-paru dan mengawal penyakit asma. Antara faedah kebaikan CLA daripada lemak trans ini ialah:
Kesimpulannya, lemak trans tiruan merupakan lemak hasil perkembangan pesat industri minyak sayuran di zaman moden. Ia merupakan lemak yang paling berbahaya dicipta oleh manusia sendiri. Adapun lemak trans semulajadi ciptaan sempurna yang Maha Kuasa ini mempunyai kesan yang jauh berbeza iaitu pengambilannya boleh membawa kepada kesihatan yang lebih baik insha Allah. Maka pilihlah lemak trans dari tenusu serta daging grassfed yang segar! |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|