Ilmu manusia ini amat terbatas. Tanpa kita sedari kadang-kadang kita merasakan ilmu yang kita tahu itu sudah sangat hebat dan mendalam. Walhal ia cuma bagai setitik air di lautan yang luas. Di dalam bidang kesihatan umpamanya makanan yang kita rasakan selamat itu mungkin pada suatu hari ditemui sebagai pencetus utama kanser? Wallahua'lam kita sebagai manusia hanya mampu berdoa agar mampu dilindungiNya.
Terdapat beberapa contoh sesuatu yang dahulunya diberitakan selamat oleh badan kesihatan dunia, pakar-pakar kesihatan dan saintis rupanya membawa padah kepada kesihatan selama berpuluh tahun lamanya. Antaranya: Merokok![]() Merokok merupakan aktiviti yang tidak sihat dan mengundang risiko kanser paru-paru yang tinggi. Perokok tegar pun tahu bahaya merokok di zaman ini. Apatah lagi di kotak rokok zaman sekarang ni dah ada gambar yang horror budak-budak pun takut tengok. Kesedaran ini tiada pada awal abad ke 20an. Rokok yang dikomersialkan seawal tahun 1864 menjadi popular selepas perang dunia kedua. Ini kerana kempen pemasaran syarikat rokok yang agresif termasuk mengguna pakai personaliti yang dipercayai masyarakat iaitu doktor perubatan menghiasi ruangan iklan majalah, akhbar dan televisyen mempromosi rokok. Malah NEJM dan JAMA iaitu jurnal berprestij perubatan juga menjadi sarang iklan-iklan rokok yang semakin berleluasa dari tahun 1930an sehingga tahun 1950an. Promosi menjadi lebih agresif apabila syarikat rokok RJ Reynold menubuhkan "jabatan perhubungan kesihatan" bagi mencari pengkaji untuk "membenarkan" rokok sebagai menyihatkan. Rokok juga merupakan amalan biasa para doktor di zaman jahilliah itu. Pada tahun 1950an kaitan antara kaitan antara rokok dan kanser paru-paru berjaya diketengahkan saintis-saintis yang sentiasa lantang menentang promosi rokok. Kerisauan orang awam menjadikan industri rokok mula goyang. Pada tahun 1964, penemuan berkenaan kaitan rokok dan kanser paru-paru telah diumumkan dan larangan iklan rokok dalam televisyen dikuatkuasakan pada tahun 1970. Sehingga ke hari ni, rokok masih lagi menyebabkan kanser tetapi masih ramai yang mendambakannya,
|
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|