Kangen merupakan Air terion yang dihasilkan mesin menggunakan konsep elektrolisis. Plat negatif menghasilkan oksigen dan plat positif menghasilkan gas hidrogen. Pertama kali saya mendengar nama Kangen water saya membuat anggapan ringkas bahawa kangen water merupakan air yang sama dengan air alkali komersial yang selalu diberi nilai kesihatan melampau dan tidak saintifik. Setelah pendedahan FB "Pseudoscience Watch" berkenaan enhancer sodium hypochlorite di dalam Kangen water, saya merasa tertarik untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan air alkali dari negara nipon ini.
Apakah itu sodium hypochlorite? Menurut Wikipedia : Natrium hipoklorit ialah satu sebatian kimia dengan formula NaOCl. Larutan natrium hipoklorit, lebih dikenali sebagai peluntur atau clorox, selalunya digunakan sebagai penyahjangkitan atau agen peluntur. Wikipedia Formula: NaClO Takat lebur: 18 °C Ketumpatan: 1.11 g/cm³ Takat didih: 101 °C Jisim molar: 74.44 g/mol Larut dalam: Air NaClO merupakan salah satu bahan yang selalu digunakan loji perawatan air. Ia juga merupakan bahan yang sama digunakan untuk.membunuh kuman di dalam kolam renang. Mengapa NaOCl di dalam Kangen water? ia adalah kerana beberapa sebab antaranya: 1. Sodium hypochlorite atau nama lainnya natrium hipoklorit menghasilkan oksidiser yang kuat iaitu hypochlorous acid (HOCL) yang memberi kesan "redox" meningkatkan antioksida dalaman badan secara adaptasi. HOCL juga merupakan antikuman yang sangat kuat dalam kajian in vitro (tabung uji). Kesan ini lah yang menggalakkan penjualan kangen water kerana ramai pelanggan merasa kesan “positif” yang pelbagai hasil daripada kesan redoks oleh HOCL. 2. Gas hidrogen walaupun mempunyai kesan positif pada kesihatan namun ia adalah gas yang sangat reaktif. Hidrogen dalam masa yang singkat beberapa minit akan terurai menjadi air dan oksigen. Hypochlocorous acid yang terhasil dari penambahan sodium hipoklorit sebaliknya mempunyai jangka hayat (shelf life) yang lebih lama 4-6 minggu. Shelf life ini boleh dipertingkatkan sehingga setahun dengan penambahan sodium hydroxide (NaOH) yang meningkatkan pH air sehingga pH 11.5. Mesin Kangen water mengguna pakai prinsip elektrolisis untuk menghasilkan NaOH yang memanjangkan jangka hayat air yang terhasil. Meskipun hypochlorous acid dianggap sebagai oxidizer yang kuat dan memberi kesan “positif” kepada kesihatan namun banyak kajian yang menunjukkan kesan sitotoksiknya kepada sel. Saya mendapat tahu menerusi perbincangan di halaman forum molecular hydrogen institute yang dikendalikan oleh saintis pengkaji Tyler Le Baron bahawa Kangen water menggunakan bahan kimia calcium sulfite sebagai agen menyahkan klorin namun belum dapat disahihkan kerana tiada pengesahan dari pihak Enagic (Kangen water). Saya ingin mengulas sedikit tentang kesan positif penggunaan Kangen water ke atas beberapa masalah kesihatan. Secara asasnya pesakit kronik mempunyai kandungan stres oksidatif yang lebih tinggi kesan daripada kerosakan radikal bebas yang dihasilkan oleh ketidak seimbangan hormon dan ejen biokimia badan, emosi dan pemakanan yang tidak sihat. Sekiranya sistem antioksida dalaman (endogenous antioxidant) badan masih mampu melawan radical bebas dengan disokong antioksida dari pemakanan yang mencukupi (exogenous antioxidant), penggunaan Kangen water mampu meransang menguatkan lagi sistem antioksida badan. Kesannya:
Penambahan ejen oksidatif seperti hypochlorous acid dari luaran walau bagaimana pun mungkin memburukkan keadaan dalaman badan pada pesakit yang terlampau banyak radikal bebas (ROS) dan lemah sistem antioksida badan. Kesannya: 1. Batuk menjadi lebih teruk. (Iritasi pada paru-paru) 2. Iritasi sistem penghadaman seperti gastrik, muntah dan cirit birit terutama dengan pH yang tinggi. 3. Iritasi pada mukosa lain menyebabkan resdung makin teruk, alergi, “flare” eczema dll. 4. Sakit kepala. 5. Pertambahan beban oksidatif pada organ mungkin menyebabkan lemah dan rosak 6. Penyakit akan progres lebih cepat menjadi lebih teruk. Kesan Air Alkali Saya masih menkaji pembacaan yang saintifik dan layak digelar ilmiah berkenaan air alkali ini. Terdapat artikel yang membuktikan sel kanser dan kuman kebiasaanya hidup dalam keadaan berasid dan kurang oksigen.Namun pada pendapat peribadi saya pemakanan dan minuman pH tinggi ke dalam semua gizi merupakan solusi dan rumusan mudah yang boleh membahayakan kesihatan. Akhirnya, bidang terapi redoks dan bio-oksidatif merupakan cabang bukan “mainstream” yang tidak diterima di dalam perubatan masa kini. Terdapat pro dan kontra terhadap penggunaan Kangen.water sebagai terapi mahupun sebagai minuman harian.Paling penting ialah anda perlu tahu apa yang anda benarkan masuk ke dalam tubuh badan anda kerana kesihatan merupakan tanggungjawab dan amanah . Dapatkan nasihat mereka yang pakar dalam bidang ini dan merupakan doktor yang bertauliah dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Nota kaki: Penulisan ini merupakan pendapat peribadi penulis sebagai seorang pengamal kesihatan holistik. Ia tidak boleh dianggap sebagai nasihat kesihatan dan penulis tidak akan bertanggungjawab di atas segala akibat daripada perkongsian di atas. |
PERUBATAN FUNCTIONALArtikel kesihatan ini ditulis khusus kepada mereka yang inginkan perubahan positif kepada kesihatan diri dan keluarga. Semoga bermanfaat. KATEGORI
All
Archives
June 2018
|