Fungsi histamin ialah menyingkirkan pencetus alahan ataupun apa-apa benda asing dalam badan.
1. MENYINGKIRKAN PUNCA ALERGI Histamin sebenarnya merupakan sebahagian daripada imuniti badan yang berfungsi "menyingkirkan" bahan asing seperti pencetus alergi (trigger).
Contohnya,
PARU-PARU Kita mula batuk apabila terhidu asap atau habuk kerana fungsi histamin
Menyebabkan salur pernafasan menjadi sempit
Merembeskan lebih banyak lendir mukus untuk memerangkap habuk dan asap.
Menyebabkan salur pernafasan menjadi bengkak supaya pengaliran darah menjadi lebih banyak dan imuniti kawasan itu menjadi lebih tinggi untuk pemulihan dan penyingkiran kuman.
HIDUNG Begitu juga kawasan hidung, histamin yang diransang oleh stres di kawasan hidung akan menyebabkan perembesan lendir hingus, salur dan turbin hidung menjadi bengkak dan sempit dan sensitif. Kita akan bersin dan menjauhi alergen itu kerana reaksi ini.
Cuma yang jadi masalah ialah sekiranya respon histamin itu berlebihan, badan jadi sensitif.
2. MEMULAKAN AKTIVITI PENYEMBUHAN BADAN. Histamin juga merupakan komponen penting yang memberi arahan untuk pemulihan.